Gas beracun di Pasir Gudang, penduduk jadi mangsa kritikal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan pencemaran di Pasir Gudang Johor yang telah menyebabkan ratusan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang di kejarkan ke hospital. Gas methana yang beracun itu telah dibuang ke kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi Facebook Noor Atikah Daud, ibu kepada salah seorang mangsa yang terhidu gas beracun itu berkongsi kisah sedih dan perbualan terakhir bersama anaknya itu. Anaknya, Affza Balqis Ahmad Sharel, 14, telah di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) dan masih tidak sedarkan diri serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Berikut catatan yang dikongsikan;

“Assalamualaikum semua sahabat-sahabat FB yang mengenaliku ataupun tidak….Mohon solat hajat dan doa dari kalian semua untuk Allah berikan kesembuhan buat anakanda yang dikasihi AFFZA BALQIS BINTI AHMAD SAHREL panggilan manja “Adik”, 14 tahun dari SMK Tg Puteri Resort Pasir Gudang yang kini dalam keadaan kritikal di Icu Hospital Sultan Ismail, Johor akibat terhidu gas methana (beracun) yang menular di Pasir Gudang”.

“(Perbuatan pihak yang tidak bertangungjawab) sekarang mengakibatkan majoriti mangsa-mangsanya adalah anak-anak sekolah yang tak berdosa. Masih tergiang-ngiang ditelingaku semasa bersalam sebelum adik keluar ke sekolah di hari kejadian 12/3/19.”

Adik: Ummi.., adik cantik kan.. ( sambil peluk dan cium ummi dengan manja)
Ummi: Ya sayang….adik cannntiiikk sangat-sangat, tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik, cantik niat kerana Allah tau.
Adik: Ya ummi..(sambil kukucup dahinya)

“Dengan bapanya pula dia cium dan peluk erat-erat sambil berkata adik nak peluk bapa.( seorang anak yang manja dan taat pada ibubapa).”

“UmmiBapa redha dengan ujian Allah ini tapi bila ummi, bapa tengok adik terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan dan segala macam alat membuatkan hati ummi, bapa lemah dan longlai seluruh anggota”.

Perbuatan tak bertanggungjawab

Pada Khamis lepas, seramai 1,400 pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Puteh diarah mengosongkan kawasan sekolah apabila beberapa pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai berkenaan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengesahkan penahanan tiga suspek yang dipercayai terlibat dengan insiden pembuangan sisa toksik berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, di sini pada Khamis lalu.

Pengarah JAS negeri, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, suspek terdiri daripada dua pemilik syarikat dan seorang pekerja.

Apa yang penting sekarang adalah kerja pembersihan sungai yang tercemar bagi mengelak ia terus merebak.

Pihak yang menjalankan kerja pembersihan juga diminta mengambil langkah keselamatan sesuai sepanjang menjalankan operasi membersihkan sungai.

Semoga ahli keluarga yang terlibat sabar dan redha dengan ujian yang diberikan. Sama-sama kita doakan mangsa yang terhidu gas beracun ini diberi kesembuhan dan cepat pulih. Diharap pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal.


Spread the love

One Comment

  1. Telah banyak garis panduan yang dikeluarkan dalam menguruskan bahan kimia. Namun masih ada pihak tidak bertanggungjawab menguruskan hal ini dengan membuangnya ke sungai dan mengakibatkan bencana kepada manusia yang tidak bersalah.
    Curahan rasa Nurol Huda @ ..Pusat Bimbingan Darul SolihinMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!