Gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang

Spread the love

KUALA LUMPUR: Penduduk di 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air, mulai esok.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di sini, memberitahu, antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Katanya, gangguan bekalan air yang bermula jam 9 pagi itu adalah berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja siap dilaksanakan, operasi LRA SSP1 mengambil masa enam jam untuk stabil di setiap bahagian dalam proses rawatan air bagi mengisi kolam imbangan sehingga optimum iaitu empat meter, yang dijangka selesai pada jam 5 pagi, Khamis ini.

Bekalan air pula akan mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air dan mengambil masa 12 jam untuk memenuhkan semua tangki utama yang kosong dan memastikan tekanan air mencukupi serta tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula jam 5 petang (Khamis) dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam (Jumaat),” katanya.

Air Selangor akan menggerakkan 108 lori tangki air ke 998 kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Air Selangor juga akan menyediakan 20 pili air awam bermula 14 hingga 16 Oktober ini bagi kemudahan pelanggan yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air.

“Bagi pelanggan komersial pula, pembelian air menggunakan lori tangki air masing-masing akan dibuka di empat stesen pengisian air komersial bermula Rabu ini.

“Pelanggan komersial boleh membuat pembayaran untuk pembelian air di semua 10 Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor,” katanya.

Menurut kenyataan itu, lokasi bagi pili awam dan stesen pengisian air komersial boleh didapati pada laman pautan hentitugas.airselangor.com.

Sumber: Awani


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!