Formula Tarik Rezeki yang kita terlepas pandang

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU dan artikel viral untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Baru-baru ini tonton satu video kisah dua anak muda yang berkawan baik.

Sedang mereka berbual, tiba-tiba hp salah seorang berdering. Dia tengok nama pemanggil dah off kan panggilan tersebut. Kawan dia kata kan itu emak engkau yang call kenapa reject? Kawan dia jawab nantilah bila free aku call balik.

Mereka terus sambung berbual. Si kawan yang tak jawab panggilan emak tadi pengeloh bisnis teruk dan sale berkurangan. Selamba je kawan dia jawab, emak kau call pun kau reject macam mana nak sukses bisnis.

Ibu bapa adalah pintu rezeki kita. Doa mereka sangat makbul. Kita mesti bahagiankan mereka kerana walaupun 1 billion duit kita berikan tak akan dapat membalas jasa mereka.

tangan ibu

Tujuh Tips Bahagiakan Ibu Bapa:

1. Lemah lembut semasa berbicara
2. Gembirakan hati mereka
3. Doakan mereka
4. Hubungi mereka setiap hari
5. Hargai mereka pada hari lahir kita
6. Peluk dan ciumlah mereka selalu
7. Bawa mereka melawat saudara mara dan rakan-rakan lama

Semuga pintu rezeki yang selama ini tertutup akan terbuka luas selepas ini.

Seminggu dua ini Abang dapat beberapa wassap daripada sahabat-sahabat bisnis ada yang memang rapat dan ada kenal online di #Facebook sahaja.

Isu mereka sama iaitu rezeki bisnis makin merosot walaupun berbagai usaha telah dibuat. Paling merisaukan apabila agen-agen mula lari mencari peluang bisnis lain.

Cikgu bisnis Abang selalu pesan usaha bisnis mesti sepenuh hati jangan pernah rehat. Selain berusaha buat marketing ada usaha-usaha lain yang mesti dibuat seperti menghormati ibu bapa.

Maulana juga pernah mengajar kami untuk amalkan beberapa zikir yang boleh membuka pintu rezeki.

Zikir pembuka rezeki, amalkan dengan banyak membaca :

1. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah. 
2. La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin.
3. Subhanallahi Wabihamdhi Subhanallahil’Adziim.
4. Surah al Al Ikhlas.
5. Surah Al Waqiah.
6. Banyakkan Selawat Nabi. 
7. Beristighfar.

Alhamdulillah sahabat-sahabat bisnis yang amalkan zikir dan membaca surah Al Quran ini nampaknya bisnis mereka tidak terjejas teruk walaupun suasana bisnis Malaysia tidak menentu.

Rezeki kan dari ALLAH.


Spread the love

6 Comments

    1. Alhamdulillah. Itu yang terbaik. Selagi meraka masih ada, hargai mereka. Bukan semua orang masih ada nikmat keberkatan mak ayah ni.

    1. Walau siapapun kita, walau sehebat mana pun kita, walau berjaya setinggi langit pun, tetapi tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita, maka tiadalah keberkatan hidup.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!