Floyd Mayweather Jr vs Conor McGregor

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Peminat bola sepak boleh klik link “jadual dan keputusan English Premier League 2017/18“ untuk tengo keputusan terkini setiap minggu. Kali ini Abang nak kongsi kisah perlawan tinju Mayweather Jr lawan McGregor.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sudah lama sangat tidak menonton siaran lansung tinju peringkat tinggi selepas zaman legenda tinju dunia Mike Tyson dan Muhammad Ali. Ingat dulu ketika zaman kegemilangan Muhammad Ali apabila ada pertarungan pasti satu sekolah akan berehat untuk menonton. Paling menarik zaman tersebut belum ada letrik jadi guna engin untuk  dapatkan kuasa letrik untuk menonton TV. Pasti pembaca-pembaca muda tidak dapat nak bayangkan kerana zaman sekarang dimana sahaja sudah ada letrik.

Seronoknya menonton tinju zamanMuhammad Ali, peminat akan menyaksikan persaingan yang lama dengan teknik tarian yang menarik. Masuk ke zaman Mike Tyson sudah berbeza. Peminat tak sempat nak menonton pertandingan yang menarik, tak sampai beberapa minit lawan Tyson sudah tumbang dengan kiraan KO.

Perlawanan paling bosan ketika menyaksikan perlawanan Muhammad Ali menentang  jaguh gusti ketika itu, tak ingat namanya, yang berakhir dengan seri. Jaguh tinju menentang jaguh gusti pasti konsep berbeza.

Kenapa Abang tertarik dengan perlawanan Mayweather vs McGregor.

  1. Pertama kali perlawanan antara Juara Tinju dan Juara UFC (Ultimate  Fighting Championship)
  2. Floyd Mayweather sudah berusia 40 tahun menentang Conor McGregor berusia 29 tahun
  3. Floyd Mayweather keluar daripada persaraan khas untuk perlawanan yang menyediakan hadiah lebih USD100 juta.

Promosi perlawanan antara Mayweather Jr lawan McGregor memang panas dengan berbagai cara untuk menarik peminat tinju dunia.

Ketika masukkan dalam gelanggan raut muka Mayweather memang tidak menyakinkan berbanding McGregor yang nampak sungguh yakin. Mayweather masih  tersenggeh-senggeh  pada perlawanan pusingan pertama dan kedua yang dikuasai McGregor.

Rupanya semua itu hanya strategi Mayweather, dia sengaja membawa McGregor kepusingan yang lebih lama. Masuk ke pusingan ke lapan McGegor kelihatan sangat penat dan ketika ini Mayweather menunjukkan belang. Akhirnya pada separuh pusingan ke sepuluh, pengadil memberhentikan perlawanan apabila Mayweather tidal berhenti-henti membelasah McGregor. Pengadil mengumumkan Mayweather menang dengan teknikal KO dengan undian 50 – 0.

McGregor kurang berpuasahati kerana pengadil memberhentikan pertarungan tetapi menerima keputusan dengan  hati terbuka manakala Mayweather berkata ini adalah perlawanan terakhir. Keputusan tetap untuk terus bersara daripada dunia tinju walaupun ditawarkan dengan hadiah yang lebih lumayan.

Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada pertarungan ini ialah dalam bisnis kita mesti ada strategi sebagaimana strategi yang ditunjukkan oleh Mayweather. Muda bukan semestinya tiket untuk berjaya apabila menentang yang lebih tua kerana pengalaman menjadi guru terbaik.

Dalam bisnis pun begitu siapa yang boleh bertahan lama dalam persaingan marathon yang panjang pasti peluang untuk sampai ke garis penamat memang cerah. Kalau awal-awal sudah lari pantas, keluar segala tenaga memang pasti ada yang akan kecewa dan berhenti ditengah jalan.Misi kita bukan setakat nak tamat di garis penamat tapi nak jadi juara, nak jadi jutawan.Tapi kalau salah pilih bisnis, walaupun tenaga dan stamina kita tengah banyak tapi bisnis sudah padam pun susah juga. Jadi perlulah kita belajar daripada usahawan yang berpengalaman cara memilih bisnis yang boleh bertahan lama.

Semuga sahabat sukses dalam apa juga projek yang diusahakan. Jangan pernah putus asa selagi belum berjaya.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

41 Comments

  1. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau http://www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

  2. tinju memang benda yang boleh ting tongkan kepala sesorg.. tetapi tahukah anda bahawa pendapatan org bermain tinju ni tk lama lagi boleh kalahkan pendapatan pemain bola sepak terkaya di dunia.. sebab apa?? sebab nilai komersial lerrr hahaha 😀

    tapi memang terbaik dua lagenda ni.. memang sedap tgok dia main
    Curahan rasa Produk Jenama Sendiri @ ..Hello world!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!