Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “10 Elemen Rekabentuk Blog Popular Malaysia“ dan “Kenapa Blogger Perlu Ada Gravatar?“. Jom kita baca entri terbaru yang menarik ini :
Melalui Facebook & Twitter, kita kenal ramai blogger baru setiap hari. Apakah first impression pada golongan blogger ni?
1. Domain – Laa… blogspot je ke? Hm… Kalau guna domain sendiri, nampak sedikit keseriusan di situ, tapi tengok jugak domain macam mana – guna nama sendiri, guna nama samaran/nama pena dan macam-macam lagi. Daripada domain dapat agak sedikit sebanyak blogger ni macam mana. Contohnya macam AbangEnsem.com, tau dah mesti hensem ni…
2. Blogger ke WordPress – Kalau dah guna domain blogspot tu, tau dah platform Blogger. Kalau guna domain sendiri, kena masuk blog dulu tengok guna Blogger atau WordPress.
3. Bahasa. Kalau guna bahasa rempit jewww keww, mesti blog budak-budak tak cukup matang, atau orang tua yang berjiwa budak-budak. Tulis perkataan penuh ke tak atau entri sekadar penuh dengan short form.
4. Blog kemas ke tak? Banner bersepah? Warna menyakitkan mata ke?. Paling senang, guna konsep lagi sikit warna, lagi selamat. Tapi kalau monotone je pun nampak blog macam sedih je..
5. Entri. Point yang nak disampaikan tu, betul ke tak? Atau sekadar entri melepaskan geram emosi. Ada idea bernas? Ada pandangan matang?
Jadi saya anggap kebanyakan yang ada blog sekarang rata-ratanya nak buat duit daripada blog. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Kalau lepas duit internet bulan-bulan kan dah untung tu, betul tak?
1. Domain ni anggap macam pendaftaran perniagaan kepada mereka yang nak buat bisnes. Takde domain macam takde pendaftaran syarikat sendiri yang sah.
2. Yang ni tak kisah sangat sebenarnya. Dua-dua pun boleh.
3. Kalau tulis guna bahasa yang orang susah nak faham, macam mana agaknya nak dapat advertorial daripada company? Diorang takut gak kalau dah bayar mahal-mahal, sekali tulis entah apa-apa, orang pun tak faham. Membazir dah macam tu.
4. Biasanya kalau nak promote barang macam kat PC Fair tu mestio diorang pilih amoi lawa-lawa kan? Sama gak macam blog. Kalau company nak pasang iklan kat yang blog tak kemas designnya, siapa lah sangat yang nak tengok..
5. Tulis entri merapu rasa-rasanya ada ke orang ramai nak baca? Ikhlaskan diri jawab soalan ni. Kemudian, tengok blog yang trafik tinggi, ada ke blogger-blogger ni tulis merapu? Walaupun kelakar dan kadang-kadang mengarut, tapi most of the time ada point yang mereka sampaikan melalui entri mereka.
Itulah dia. Nak buat duit daripada blog boleh je. Buat blog betul-betul. Kalau buat pun separuh jalan, idea dan planning takde, janganlah nak bermimpi buat duit daripada blog. Daripada first impression ni pun dapat improve banyak dah sebenarnya dalam aspek pembangunan sesebuah blog.
186 Comments
Setuju sgt nie First Impression amat penting……tapi itulah kdg2 niat pada awl bebrblogging membuatkan blogger tak tentu arah….apa2 pun kena ada plan utk blog…
Curahan rasa Tuan Tanah @ ..iPad 3 Bakal dilancarkan pada Tarikh Lahir Steve Jobs’
betul…niat awalnya lain..bila bermula tu…dah jadi haru biru…
Curahan rasa Syarih @ ..iPad – Apple Membina Sepenuhnya Keunikan Tersendiri.
tips yang berguna yang tentulah tak susah untuk di terjemahkan di template blog kita…
Curahan rasa Syarih @ ..Rahsia Pelajar Cemerlang – Masa Mencemburui Daya Usaha.
Terima kasih pada Ariffshah, penulis jemputan DH yg byk pengalaman. Bolehlah rakan blogger yg baru berjinak mencuba sesuatu tip yg baru sbg panduan, tidak terkecuali juga spt saya ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ .."PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN"
Bolehlah menghitung apa2 yg kurang pada blog kita utk diguna pakai perkara2 di atas sekadar mencantikan lagi blog kita serta memberi keselesaan pada para pengunjung kita yg sudi menjengok kat ruang blog kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ .."PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN"
kadang kandang susah jugak nak dapat idea untuk update blog…
Curahan rasa Syarih @ ..Rahsia Pelajar Cemerlang – Masa Mencemburui Daya Usaha.
thanks atas infonya
be yourself….adalah penting demi kemajuan blog sendiri. jangan tiru orang lain punya blog….
Curahan rasa Syarih @ ..Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Gaji/Pendapatan dan Kos Sarahidup.
Blogging merupakan satu wadah untuk menyampaikan maklumat. Maklumat yang paling berguna dalam kehidupan ini adalah maklumat yang boleh memberi manfaat kepada umat sejagat. Pra syarat sebuah blog yang baik adalah mempunyai aturan teks yang kemas, gaya bahasa yang mudah dan sangat penting adalah fakta yang tepat dan tidak menimbulkan fitnah serta membuka aib orang lain. Ini sangat penting kerana apa yang dipaparkan akan dipertanggungjawabkan kepada kita di akhirat kelak. Perkataan yang benar lagi baik akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. InsyaAllah.
nice info bro…saya suke.
Curahan rasa Syarih @ ..iPad – Apple Membina Sepenuhnya Keunikan Tersendiri.
Terima kasih atas informasinya Abu Syahrini.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Twin Strollers
sokong sesangat…p sya suka tulis entry merapu2…heheheh
Curahan rasa ERAH eiey @ ..Mega Giveaway By Cik Bunny
betul2, saya sokong yan ariff…erk…kebanyakkan sekarang, buat blog nak duit je. dah tak meriah mcm kite dulo2…haha
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Topup Percuma Hanya Dengan Menjawab Kajian Reaksi Belia Terhadap Perlaksanaan Parlimen Belia Malaysia
dulu cerita jer kan…best baca gitu…sekarang ni, mcm2 ada..huhu
Jadi pengen ketemu Ma Bang Ariff, kayanya orangnya baik n pintar
Curahan rasa Ibang S R @ ..Twin Strollers
Semakin banyak info yang didapat disini.
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
1) Beli domain bagi aku tak penting sangat, yang penting rajin menulis dan blog sentiasa dikemas kini. Kalau blog bermotifkan perniagaan, lain cerita. Domain bukti keseriusan kita.
2) Idea. Bab ni paling payah sekali nak datang. Terlalu banyak blog cerita benda yang sama. Contoh: wang kertas baharu mulai tahun depan. Semua tulis benda yang sama, salin balik artikel di surat khabar. Pernah tak terfikir kenapa dulu tak ada RM20 dan RM100 sekeping tetapi sekarang ada? Galak pengeluaran wang haram ke luar negara? Kos buat duit kertas lebih mahal daripada nilai angkanya? Sekuriti? Jarang orang kritis dan ulas. Punca? Malas membaca.
3) Niche blog. Tengok gaya macam blog personal tetapi kandungan penuh cerita politik. Pembaca dapat menilai kualiti sesebuah blog dan sejauh mana kecerdikan si penulis blog. Biar fokus blog kita kepada tema tertentu sahaja supaya blog kita ada keunikan dan tak ikut arus.
Curahan rasa msbmna @ ..Mengapa harga katrij pencetak terlalu mahal?
ermm…kalau dah ada domin sendiri tentulah kena komited..
Curahan rasa Syarih @ ..Rahsia Pelajar Cemerlang – Masa Mencemburui Daya Usaha.
makasih banyak info yang saya dapat 🙂
very nice info gan… 🙂
sangat setuju dengan entry ni
tap still tak berjaya nih..adehh.. 🙁
Curahan rasa dzuandiey @ ..Ibu anak 3 ditangkap berkhalwat dengan rakan suami
Comments are closed.