Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “10 video dengan lebih 100 juta views”.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 35 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Piala Dunia 2014 pasukan pilihan abang adalah German berjaya masuk final dan menang menewaskan Argentina 1 – 0. Untuk World Cup 2018 di Russia Abang masih memilih German sebagai pasukan utama dan kedua pasukan France. Kenapa Abang memilih dua pasukan ini, sudah tentu kerana ada pemain Arsenal yang merupakan kelab bola sepak feberet sepanjang zaman. Nampaknya badi sebagai Juara Piala Dunia yang tersingkir awal berjangkit kepada German apabila tidak layak kepusingan kalah mati. Juara sebelum ini Sepanyol 2010, Itali 2006 dan Brazil 2002 juga mengalami nasib yang sama terkeluar dipusingan kumpulan pada piala dunia selepas menjadi juara.
Croatia kali pertama layak final Piala Dunia
World Cup 2018 kali pertama Croatia layak ke final. Sebuah negara kecil yang hanya ada 4 juta penduduk tetapi mempunyai jiwa besar dalam dunia bola sepak. Ramai pemain-pemain Croatia bermain di pasukan besar seperti Real Madrid, Barcelona, Jeventus dan Tottenham. Walaupun bukan pasukan feberet tetapi dari sepak mula Abang sudah merasakan aura kuat pasukan Croatia yang bermain secara berpasukan. Pemain tengah Modric mengemudi pasukan Croatia dengan baik sehingga ada pengulas sukan yang menyamakan beliau dengan konduktor orkestra yang mengawal setiap perlawanan sehingga pihak lawan terpaksa mengikut rentak.
Croatia layak ke final world cup 2018 dengan jalan yang sukar iaitu menewaskan England 2 – 1 di peringkat separuh akhir pada masa tambahan oleh jaringan Mario Mandzukic. Pada peringkat suku akhir Croatia menewaskan tuan rumah Russia dengan sepakan penalti 4 – 3 setelah seri 2 – 2 pada masa tambahan.
Senarai pemain Croatia untuk perlawan final menentang France
Penjaga Gol : Danijel Subasic
Pertahanan : Sime Vrsaljko, Dejan Levron, Domagoj Vida, Ivan Strinic
Tengah : Ivan Perisic, Ivan Rakitic, Ante Rebic, Marcelo Brozovic, Luka Modric
Penyerang : Mario Mandzukic
Perancis Mengejar Kejuaran kedua Piala Dunia
Perancis mengejar kejuaran Piala Dunia kali kedua selepas berjaya menjulang kali pertama pada tahun 1998 dan tewas final kepada Italy pada tahun 2006. Kali ini pasukan perancis adalah feberet kerana dibarisi pemain super star dunia antaranya Pogba, Mbappe, Kante, Giroud, Umiti, Matuidi, Griezmann, Varane dan Lloris. Mbappe dijangja bakal menjadi pemain termahal dunia pasa usi awal 20 an. Harapan memang besar untuk menjulang piala dunia 2018 yang paling penting mereka perlu mengikat kaki Modric dan Rakitic supaya tidak mengawal permainan. Harapan penyokong perancis pasti setiap pemain berada pada tahap terbaik dan jangan sesekali over confident.
France layak ke final world cup 2018 setelah menewaskan pasukan under dog yang hebat Belgium 1 – 0 di peringkat separuh akhir. Pada peringkat suku akhir France menewaskan pasukan Uruguay 2 – 0 dan para peringkat kalah mati France menewaskan Argentina 4 – 3.
Senarai pemain France untuk perlawan final menentang Croatia
Penjaga Gol : Hugo Lloris
Pertahanan : Raphael Varane, Lucas Hernandez, Benjamin Pavard, Samuel Umtiti
Tengah : Blaise Matuidi, Paul Pogba, Antoine Griezmann, Kylian Mbappe, N’Golo Kante
Penyerang : Giroud
Senarai Juara Piala Dunia
- 1930 : Uruguay (Uruguay 4 – 2 Argentina)
- 1934 : Itali (Itali 2 – 1 Czechoslovakia)
- 1938 : Itali (Itali 4 – 2 Hungary)
- 1950 : Uruguay (Uruguay 4 – 2 Brazil)
- 1954 : German (German 3 – 2 Hungary)
- 1958 : Brazil (brazil 5 – 2 Sweden)
- 1962 : Brazil (Brazil 3 – 1 Czechoslovakia)
- 1966 : England (England 4 – 2 German)
- 1970 : Brazil (Brazil 4 – 1 Itali)
- 1974 : German (German 2 – 1 Belanda)
- 1978 : Argentina (Argentina 3 – 1 Belanda)
- 1982 : Itali (Itali 3 – 1 German)
- 1986 : Argentina (Argentina 3 – 2 German)
- 1990 : German (German 1 – 0 Argentina)
- 1994 : Brazil (Brazil 3 – 2 Itali)
- 1998 : Perancis (Perancis 3 – 0 Brazil)
- 2002 : Brazil (Brazil 2 – 0 German)
- 2006 : Itali (Itali 1 – 1 (5 – 3) Perancis)
- 2010 : Sepanyol (Sepanyol 1 – 0 Belanda)
- 2014 : German (German 1 – 0 Argentina)
- 2018 : Perancis (Perancis 4 – 2 Croatia)
Keputusan Final Piala Dunia 2018
Tahniah kepada Perancis yang telah berjaya menjulang piala dunia untuk kali kedua setelah menewaskan Croatia 4 – 2. Gol kemenangan perancis hasil jaringan Mario Mandzukic (gol sendiri), Antoine Griezmann (penalti), Paul Pogba dan Kylian Mbappe. Manakal gol Croatia dijaringkan oleh Ivan Percic dan Mario Mandzukic.
Tahniah Perancis jadi juara juga Croatia yang ada dalam hati ramai peminat bola sepak dunia.
37 Comments
Tahniah france, pasukan fav saya akhirnya menjadi juara. next is nak tengok piala aff suzuki pula nocember ni
Curahan rasa Encikhafiz.MY @ ..Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) USIM
Salam rabu dari Mama, Semoga sihat wal afiat dan di rahmati Allah swt. Dah melabuhkan tirai juga akhirnya.
Bolehlah tidur malam lena lepas ni
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Pelembap muka terbaik di Malaysia! Mana 1 yang paling berkesan?
Baru tahu ada pusat percetakan quran yang besar di Malaysia ni. Dah habis pun world cup.
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..8 Resort di Melaka yang best untuk bercuti!
sekarang segala penantian yang penuh debaran sudah terjawap…
Perancis menjuarai piala Dunia 2018 selepas menunggu 20 tahun..
tahniah untuk pasukan dan peminat Perancis di Malaysia dan seluruh dunia kerana menyokong pasukan yang telah menjadi juara..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bisnes Tudung Je Tapi Income RM15 Ribu Sebulan..Betul Ke Nie ?
next is nak tengok piala aff suzuki cup pula. semoga malaysia mampu mengulangi kejayaan 2010
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Beli Domain Dot MY Murah
memang terasa pelik ngan Croatia, kurang popular tetapi sampai ke final, terbaik lah
Curahan rasa rujukan @ ..TM Streamyx Speed Test Download Dan Upload
Walaupun dah agak France akan menang, somehow wish yang Crotia boleh menang World Cup, sebab tumpang excited Crotia first time buat kemunculan di final World Cup. Banyak keajaiban di World Cup 2018 nie, kan..
Curahan rasa Arnie @ ..Rawatan Perubatan dan Rawatan Hospital Percuma Untuk Penderma Darah
Saya tak minat tengok world cup tapi waktu final, rumah sebelah bersorak2. Rasa saspens jugak pun ada, hhehe. Tahniah France!
crotia membuat sejarah di piala dunia tahun 2018 nie dengan menebus final tapi sayang nya team ini mengalami kekalah untuk pertama kali nya dan harus puas menjadi peringkat ke 2.,
Final bola piala dunia sudah habis. Maka sudah terjawab keputusan perlawanan pagi tadi.
France menang dengan 4 gol berbalas 2 gol dari Croatia.
Saya dah kurang follow bola, tak sempat .hehe
Btw, entry tuan ini membuatkan saya search google maps. Nak tengok negara terlibat.
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Kursus Spa TWB Termurah di Pasaran
Rasa-rasa siapa yang akan menang malam ni ye? Kak Fa rasa crotia akan buat kejutan malam ni😄
Curahan rasa wafa @ ..Percutian Keluarga di Melaka
agak-agak siapa menang ye? Kak Fa rasa crotia akan buat kejutan malam ni😊
Saya bukan peminat World Cup tp berbangga bila tgk semua brgabung tnpa kira darjat, bgsa, umur. This make me proud. Fifa 2018 will be the best match ever
Curahan rasa Tah @ ..3 Tips Turunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Cepat Untuk Pesakit Kencing Manis
Saya bukan peminat World Cup tp berbangga bila tgk semua brgabung tnpa kira darjat, bgsa, umur. This make me proud
Curahan rasa Tah @ ..3 Tips Turunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Cepat Untuk Pesakit Kencing Manis
Yang paling seronok mereka yang sambut hari lahir sama dengan tarikh perlawanan akhir Piala Dunia ni. Dengar ceritanya pengasas Al Ikhsan berkongsi tarikh hari lahir sama dengan tarikh perlawanan akhir piala dunia ni.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Potensi Untung Tinggi Tapi Kenapa Buat Bisnes Di Ebay Dianggap Ketinggalan Zaman?
Comments are closed.