Final AFF Suzuki Cup Malaysia vs Indonesia panas di Twitter

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perlawanan akhir pertama AFF Suzuki Cup di Stadium Bukit Jalil berakhir dengan Malaysia membawa bekal 3-0 menuju ke Jakarta untuk pelawanan akhir pusingan ke dua. Tahniah Malaysia memang Malaysia Boleh.

Suasana di stadium Twitter tak kurang panasnya antara twitter Malaysia dan Indonesia. Antara tweet panas yang aku nak kongsikan.

1. “@elisssbrv: RT @rincxx: Final AFF Suzuki Cup Leg 1 berakhir dgn skor 3-0 ☺ Malaysia menang dgn penuh kecurangan!”

2. “@RivkiSatria: Malaysian supporters shot laser at Indonesian player in order to make them lost their concentration in AFF Suzuki Cup tonight in Bukit Jalil”

3. “@nurultahta: Tapi kenapa Malaysia pake laser? Kok curang yaa? RT “@NikeMY: AFF Suzuki Cup: Malaysia with 3 goals up ahead Indonesia. Stadium Bukit Jalil”

4. “@atuladawiyah: RT @lidew: Baru kali ini gue nonton Suzuki AFF cup n Baru kali ini emosi. Malingsia kampungan abes. Lu kira sunatan massal? Pake laser n petasan sgla”

5. “@igedeagungl: 29 desember 2010,gelora bung karno:ribuan supporter malaysia ditemukan tak bernyawa setelah selesainya final aff suzuki cup *amin”

6. “@emilykwan87: RT @glennguan: AFF Suzuki Cup finals 1st leg match, Mal vs Indon. Game suspended. Fans used lazers n fireworks. #fb”

7. “@mentarids: Malaysia menang secara KOTOR, CURANG, dan KAMPUNGAN”

8. “@jonathanfun: RT @jasonmumbles: We, Malaysians, are ashamed of the laser but you can’t say we cheat cos we scored AFTER the incident.”

9. Dan banyak lagi emosi yang diluahkan sehingga ada yang tidak masuk akal hanya kerana bola sepak final yang pasti ada yang menang dan tewas. Untuk kes laser ni Indonesia pasti akan balas lebih teruk di Jakarta kelak kerana telah terbukti dalam banyak kes sebelum ini Indonesia pasti hendak menang dalam apa juga keadaan dengan cara apa pun. Semangat benci kepada Malaysia negara kecil yang mendahulu segalanya menjadi kebencian kepada Rakyat Indonesia bukan menjadi motivasi untuk jadi lebih baik dari Malaysia itulah hakikatnya.

Bagi aku laser ini hanya sebagai alasan sahaja untuk menutup kekalahan. Kalah dan menang memang pasti akan adalah dalam suatu pertandingan kenapa harus dibesar-besarkan sehingga menggunakan perkataan yang kasar dan tidak sepatut digunakan.

Sebab tu dari awal aku memang tak setuju dengan AFF buat 2 pusingan final. Kenapa tidak buat satu grand final sahaja di negara berkecuali.

Semuga team Malaysia tabah mengharungi gelora di Jakarta dan berjaya membawa Piala Suzuki untuk pertama kali … Kami tahu Malaysia Boleh!!!!

[ad#nuffnang336]


Spread the love

176 Comments

  1. Indonesia pun berpeluang membuktikan kejaguhan ditempat sendiri Rabu ni…Kalau dulu boleh menang 5-1, buktikan kali ini…Yang herannya masa menang dulu….diorang kutuk Malaysia macam nak rak jugak….

    1. Ya…sama-sama kita nantikan…apa pun keputusan perlawanan nanti, kita harus menerimaya dengan hati yang terbuka..

  2. Setelah diteliti, ketika perlawanan Indonesia lwn Malaysia pusingan pertama Piala AFF Suzuki di Jakarta, penyokong Indon juga menyasarkan sinaran laser kepada pemain kita di Stadium Gelora Bung Karno. Tetapi pemain Malaysia diamkan sahaja. Alih-alih sekarang ni terus jadi sebutan dan tuduhan kepada kita.

    Semuanya itu propaganda agar rakyat Indonesia tidak melenting selepas pasukan mereka tewas… Laser oh laser…

  3. Cara Malaysia bermain semalam di second half memang wow.

    Sapo la peminat malaysia yang melaser semalam. Memang agak dangkal juga. tp ade gak peminat Indonesia yg bawa laser dan strike player Malaysia. harap2 second match berakhir dengan baik dan tiada kekecohan.
    Curahan rasa mas @ ..Taska Al Tabiya- Taman MelawatiMy Profile

  4. aku tak dapat mengulas panjang, sbb aku sendiri tidak ada di stadium. andai benar ada gangguan laser, harap diampunkan oleh sikap segelintir penonton yg kurang profesional. tetapi apa yg aku lihat, malaysia memang berhak memenangi perlawanan dengan cara permainan yg ditunjukan bukan dengan bantuan laser. harap maklum. 🙂
    Curahan rasa Mohd Isa @ ..Drama Tiramisu Slot Akasia TV3My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!