Fakta menarik “Storm Area 51”, Tentera Laut AS sahkan 3 klip video UFO tulen

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah satu kawasan yang dirahsiakan oleh kerajaan amerika syarikat daripada orang ramai, kawasan yang terletak di negeri Nevada pada asalnya di gelar bukan sebagai Area 51 tetapi sebagai Nevada Test and Training Range ataupun the Groom lake base.

Area 51 hanyalah sebuah kawsan yang lebih kecil terletak di dalam. Kawasan di mana tentera amerika syarikat menjalankan dan menguji Senjata bom atom serta pelbagai sejata tentera rahsia yang lain khususnya semasa perang dunia kedua dahulu.

Fakta menarik berkenaan Area 51:

  • Nama kawasan diambil dari kawasan yang dikelaskan oleh Tapak Ujian Nevada (kini dikenali Tapak Keselamatan Kebangsaan Nevada), 105 kilometer di utara Las Vegas. Kawasan ini pernah menjadi tapak ujian senjata nuklear pada tahun 1950-an di mana 100 ujian berkenaan dijalankan di atas tanah.
  • Terkenal kerana didakwa menjadi kawasan kajian dan pembangunan (R&D) untuk teknologi makhluk asing oleh beberapa orang termasuk Bob Lazar. Salah satu kapal makhluk asing yang dikatakan dibawa ke Area 51 ialah kapal angkasa makhluk asing yang terhempas di Roswell. Bagaimanapun pada tahun 1994, USAF mengeluarkan satu laporan yang menjelaskan objek yang terhempas di Roswell sememangnya belon tetapi bukan belon kaji cuaca. Sebaliknya, ia sebenarnya belon pemantau atom yang dilancarkan untuk mengesan ujian nuklear yang diadakan di tempat yang jauh.
  • Sebut pasal Lazar, dia pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan satu kawasan yang bernama S4 sebagai kawasan kajian kapal makhluk asing. Tetapi selepas disiasat, Lazar didapati memalsukan semua info termasuk maklumat latar belakangnya. Antara dakwaannya ialah dia pernah menuntut di MIT dan Caltech tetapi kedua-dua institusi berkenaan tidak menyimpan rekod berkenaan Lazar di situ.
  • Walaupun ia ada dalam peta, ia tak semestinya boleh dilawati begitu saja. Area 51 merupakan kawasan larangan dan dikawal rapi pengawal bersenjata yang meronda perimeter kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, mereka juga yang terjejas dengan kerahsiaan pihak tentera berkenaan Area 51. Ada sesetengah memfailkan tuntutan pampasan atas masalah pernafasan yang dihadapi semasa bekerja di Area 51.

    Ini disebabkan mereka terdedah dengan bahan kimia akibat lapisan pelindung yang terbakar yang melindungi pesawat daripada radar.

Kawasan pengujian Tentera Udara USA

Didakwa sebagai tempat memalsukan peristiwa manusia mendarat di bulan tetapi dibuktikan sebagai palsu. Malah sesetengah peralatan seperti kenderaan perayau dan sistem sokongan kehidupan turut diuji di Nevada berhampiran sebuah tapak ujian nuklear.

Secara rasmi, Area 51 merupakan sebahagian daripada Lapangan Latihan dan Ujian Nevada (NTTR) dan ada kaitan dengan Pangkalan Tentera Udara Nellis. NTTR merupakan kawasan terbesar bagi operasi tentera masa aman yang meliputi 2.9 juta ekar persegi dan kawasan udara terhad seluas 5,000 batu.

Untuk menarik minat pekerja bekerja di Area 51, kawasan tersebut diberi nama baru iaitu Paradise Ranch oleh salah seorang orang kuat Lockheed, Johnson.

Area 51 terus beroperasi sebagai tapak ujian pesawat rahsia lain termasuk A-12, D-21 Tagboard dan F-117 Nighthawk. Buktinya pada September tahun lepas, seorang Kolonel USAF terbunuh apabila pesawatnya terhempas di Nevada dan Pentagon tidak mengenalpasti dengan cepat pesawat yang dipandu juruterbang tersebut. Ramai mengesyaki juruterbang itu sebenarnya memandu pesawat asing yang dirampas oleh Amerika Syarikat.

Orang awam boleh memandu hingga pintu masuk atau pintu belakang Area 51 tetapi jangan mengada-ada nak masuk. Jika anda berani berbuat demikian, anda akan ditahan dan dikenakan denda $1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali atas kesalahan menceroboh.

Pada tahun 2016, imej Google Earth mendedahkan wujud pembangunan kawasan landasan dan hangar di Area 6 berhampiran tapak ujian Yucca Flat. Tidak diketahui apa yang diuji di situ tetapi Jabatan Pertahanan (DOD) dan Jabatan Keselamatan Tanah Air (Homeland Security) menggunakan tapak tersebut. Analisis pakar keselamatan menyifatkan ia merupakan kawasan ujian dron pengintip dan pengesan dua jabatan tersebut.

Tiada kapal angkasa lepas makhluk asing di Area 51 tetapi pihak Amerika ada menyimpan pesawat MiG yang dirampas semasa Perang Dingin pada tahun 1970-an dan 1980-an. Pesawat-pesawat ini diberi label HAVE DOUGHNUT, HAVE FERRY dan HAVE DRILL.

Video yang memaparkan sebuah objek misteri yang bergerak pantas merentasi udara disahkan tulen oleh pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS). Jurucakap Tentera Laut AS, Joseph Gradisher memberitahu NBC News bahawa ketiga-tiga video itu dirakam semasa latihan ketenteraannya.

Jelasnya, video-video tersebut tidak sepatutnya disebar luas kepada orang awam berikutan ia adalah sesuatu yang sulit.

“Ketiga-tiga video ini menunjukkan ‘gangguan’ semasa latihan ketenteraan kami oleh objek terbang misteri yang tidak dikenali,”.

Bagaimanapun, ia tidak dijelaskan secara terperinci tentang kandungan video tersebut. Salah satu video itu memaparkan objek gelap berbentuk pil merentasi ruang udara selama beberapa saat sebelum ia hilang dari rakaman.

Manakala, satu lagi video menunjukkan pasukan tentera cuba ‘menangkap’ pergerakan objek tidak dikenali itu menggunakan sistem sensor khas daripada pesawat.

Malah, di dalam video berkenaan juga terdapat perbualan di antara pasukan tentera yang bingung dengan penemuan objek berkenaan. Salah satu daripada video tersebut dirakam pada 2004 manakala dua lagi dikatakan berjaya dirakam pada tahun 2015. – patriots, awani –


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!