Facebook, Instagram dan Whatsapp ‘down’ lagi selepas sebulan lalu, sebahagian besar pengguna dunia terjejas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengguna melaporkan bahawa mereka sama sekali tidak boleh menggunakan ketiga-tiga platform ini untuk berkomunikasi.

Pengguna mengatakan mereka mengalami gangguan ketika mengirim pesan menggunakan Messenger, membuat hantaran konten di Facebook, Instagram serta WhatsApp.

Bahkan menurut sejumlah pengguna, aplikasi utama seperti Instagram Stories, direct message, dan button untuk buat hantaran konten baru juga tidak boleh digunakan.

Gangguan ini terjadi pada sekitar petang hari ini (14/4/2019). Sebelum ini, hal yang sama berlaku pada sebulan yang lalu iaitu 14 Mac 2019.

Perkhidmatan Facebook mengalami masalah teknikal, dengan pengguna di Eropah, Malaysia dan beberapa bahagian Amerika Syarikat melaporkan kurangnya akses ke Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Laman web downdetector.com, yang menjejaki aduan mengenai ketersediaan laman web dalam talian popular, menyenaraikan ribuan laporan mengenai ketiga-tiga perkhidmatan popular yang dimiliki oleh gergasi teknologi AS.

Moga semua masalah ini akan dipulihkan sepenuhnya tidak lama lagi.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!