Facebook haramkan pre-pemasangan aplikasi, Google pula rayu Trump benarkan kerjasama dengan Huawei

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagaikan sudah penampakan perang perdangangan, isu Huawei dan Amerika Syarikat masih lagi berkumandang.

Facebook Inc tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi media sosial itu di dalam telefon pintar Huawei, tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China berkenaan.

Larangan itu dibuat ketika syarikat terbabit berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di China ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat.

Tiada lagi Facebook, WhatsApp dan Instagram di Huawei

Menurut Facebook, pengguna sedia ada telefon Huawei masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemas kini, tetapi pelanggan baharu tidak lagi dapat menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Kebanyakan penjual telefon pintar gemar menyertakan tawaran pemasangan aplikasi popular seperti Facebook, termasuk Twitter dan Booking.com di dalam telefon pintar Huawei.

Setakat ini semua syarikat terbabit enggan memberikan sebarang reaksi terhadap perkembangan terbaru itu.

Langkah Facebook sudah pasti menjejaskan prospek jualan telefon pintar Huawei Technologies Co Ltd, yang menjana pendapatan terbesar tahun lalu, disokong pertumbuhan kukuh di Eropah dan Asia.

Google rayu hentikan pengharaman

Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Google, cuba memujuk pentadbiran Donald Trump untuk membenarkan syarikat itu untuk terus melakukan perniagaan bersama syarikat tekonologi China, Huawei, menurut laporan Financial Times.

Laporan itu yang memetik tiga sumber berkata, Google mendakwa pengharaman kerjasama dengan Huawei hanya akan menimbulkan risiko keselamatan negara itu.

Jabatan Perdagangan AS (DOC) bulan lepas menyenaraikan Huawei dalam senarai “Entity list”, bermakna semua syarikat yang ingin berurusan dengan Huawei perlu meminta izin kerajaan.

Google kemudian mengantung hubungannya dengan Huawei dan menghentikan kebenaran penggunaan sistem operasi Android untuk semua peranti Huawei.

Bagaimanapun DOC membenarkan tempoh pembekuan pengantungan tiga bulan sebelum pelaksanaan penuh dilakukan.

Menurut laporan itu, eksekutif Google masih berunding dengan DOC untuk menyambung tempoh pembekuan tersebut atau mengecualikan pengharaman sepenuhnya.

Google berkata risiko keselamatan akan bertambah tinggi sekiranya Huawei berjaya mewujudkan sistem operasi sendiri. Google berhujah bahawa jika hubungan dengan Huawei dihentikan, AS akan mewujudkan dua jenis sistem operasi Android: versi asli dan hibrid.

Versi hibrid dijangka mempunyai lebih banyak ‘bugs’ (masalah) berbanding versi Asli Google dan ia mewujudkan risiko terhadap peranti Huawei digodam.

Kelihatan tekanan berlaku dan sudah pasti ada kesan dan perancangan daripada kedua-dua belah pihak. Yang pastinya, pengguna akan menunggu keputusan yang akan memberikan impak jualan dan penggunaan.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!