F1 Malaysia 2009 memang power

Spread the love

Aku sememangnya peminat perlumbaan F1. Tapi tahun ni aku tak berkesempatan nak ke Sepang jadi hanya menonton di rumah je. Sepanjang penganjuran F1 di Malaysia sudah 5 kali aku menonton F1 secara live di Litar F1 Sepang. Pengalaman melihat secara Live memang berbeza dengan menonton di TV.

Untuk menonton di Litar F1 Sepang Aku mesti membuat persediaan yang rapi terutama jadual dan kederaan untuk pergi kesana jika tidak sudah pasti terperangkap di dalam kesesakan jalanraya. Biasanya Aku akan beli tiket parking yang berhampiran. Aku memang tak berani nak parking sesuka hati kat tepi-tepi jalan dan yang paling malas nak berjalan ber kilometer untuk masuk ke Litar.

gambar formula 1 sepang 2014

Perlumbaan tahun ni memang paling HOT. Dari awal aku dah agak perlumbaan ini pasti lain pada yang lain apabila waktu perlumbaan diubah ke 5 pm. Pada tahun-tahun sebelum ni perlumbaan jam 3 pm dan selalunya hujan lebat akan berlaku selepas perlumbaan. Sebagai peminat aku memang nak tengok perlumbaan macam ni dari sekadar melihat Pemenang di depan dari awal sampai habis perlumbaan tanpa aksi yang menarik..tu kan boring.

J.Button berjaya naik ke podium pertama untuk kali 3 dalam kariernya. Team kegemaran aku BMW Sauber berjaya mendapat podium ke 2 dari strategi yang betul…Nick Heidfeld memang bernasib baik dan beliau dah beberapa kali berjaya dengan strategi begini…Tahun ni F1 dijangka akan jadi lebih menarik kerana tiada pasukan yang favorite. Team baru Brawn-Mercedes, Toyota, McLaren-Mercedes, Ferrari, Bmw Sauber, Renault, William-Toyota mempunyai peluang yang sama.


Spread the love

12 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!