Empat individu terbabit merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Punca beberapa kawasan di Selangor tidak mempunyai air baru-baru ini adalah kerana berpunca daripada pencemaran yang dilakukan oleh kilang haram ini. Yang lebih mengejutkan, kilang haram ini telah bertapak dan beroperasi selama 6 tahun!

Walaubagaimana pun, polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bagi proses pertuduhan terhadap lima individu berkaitan kes pencemaran air di Selangor.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan ringkas pada Isnin.

Kredit Foto: HarakahDaily

Menurutnya, empat individu terbabit merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan seorang pengurus kilang yang ditahan sebelum ini.

BACA: Sultan Selangor titah mahu tindakan lebih tegas terhadap kilang haram

Jelasnya, pertuduhan pertama ke atas lima individu tersebut dibawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang akan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Sementara itu, pertuduhan kedua ke atas lima tangkapan ini adalah dibawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit Foto: Awani

BACA: Kilang Haram Punca Pencemaran Sungai Sudah Beroperasi 6 Tahun

Seramai empat lagi tangkapan ujarnya telah dibebaskan dengan bon dibawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadiakan saksi.
Kesemua pertuduhan itu akan dilakukan pada 15 September (Selasa) di Mahkamah Seksyen Selayang.

Baru-baru ini kehidupan jutaan pengguna di sekitar Lembah Klang dan Selangor menghadapi gangguan bekalan air berikutan pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan empat buah Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor, Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang, dihentikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri berharap tindakan tegas akan segera dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah pencemaran sungai.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!