Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hidup seharian dengan kenderaan. Tidak kira jenis kereta buatan Malaysia atau luar negara, yang pastinya kita perlu membayar sejumlah wang untuk tujuan parkir.
Bukan sahaja kenderaan di negara kita telah melalui perubahan. Cara bayar parkir kenderaan pun telah beberapa kali berubah. Semuanya dibuat untuk menyesuaikan zaman yang semakin maju dan seharusnya kita akur, perlu ikut teknologi.
Masih ingat lagi tak? Bayar parkir di setiap kotak parkir dengan menggunakan wang syiling. Dahulu warnanya hitam atau kelabu, dan meternya pula secara analog. Dipusing tombolnya untuk berapa lama kita ingin parkir. Kemudian ia ditukar kepada jenis digital.
Revolusi parkir bermula
Masa berlalu pantas, mesin tersebut itu pun mungkin banyak yang sudah rosak. Dan banyak juga rasanya tangan-tangan tidak bertanggungjawab memecahkannya. Tidak pasti sama ada tujuan untuk mendapatkan wang atau untuk melepas geram. Sudahnya, tidak perlu bayar di petak parkir tersebut.
Selepas itu telah ada wujudnya sistem parkir berkupon. Masih ingat lagi kupon yang berlubang-lubang mengikut tahun, bulan, hari dan jam? Mungkin sekitar tahun 2000, kupon parkir berlubang itu digunakan dan kemudiannya kupon bergores pula diwujudkan.
Kemudian, wujud pula mesin bayaran parkir dengan memasukkan nombor plet kenderaan. Duit syiling masih digunakan dan pada masa ini ada juga digunakan kuasa solar dan dilihat lebih efisien.
Mesin rosak atau vandalisme?
Namun, mesin bayaran parkir ‘pay and display’ itu tidak juga bertahan lama. Dan masalah serta alasan pengguna adalah sama. Syiling tidak dapat masuk atau mesin itu rosak. Terpaksalah berjalan mencari mesin bayaran parkir yang elok.
Sambil itu berharap penguatkuasa tidak datang menyaman kenderaan sementara mencari mesin bayaran ataupun mencari ejen yang menjual tiket parkir bergores. Sudah pasti ada ramai yang mengadu tentang hal ini di mana adakalanya ejen kupon parking tiada stok.
Orang yang datang kerja pada waktu pagi mungkin akan ingat tentang kupon parking. Tetapi apabila kupon parking sukar didapati, maka ianya akan terlupa dan kesudahannya penguatkuasa memberikan surat kompaun. Dek kerana hanya 40 sen atau 50 sen, pengguna dikenakan kompaun RM30. Jika nak jimat, bayar dalam masa 24 jam boleh dapat bayar RM10 sahaja bagi Majlis Bandaraya Shah Alam.
Aplikasi parkir diwujudkan
Contoh di Shah Alam ini, Suasa Efektif antara yang dipertanggungjawabkan untuk hal pengurusan parkir dan stiker bulanan juga diwujudkan bagi yang kerap atau sememangnya bekerja di kawasan Shah Alam. Maka tidak perlu risau dengan ketiadaan kupon bergores yang perlu digores setiap pagi.
Namun masalah terus berlaku dengan mereka yang mungkin datang ke kawasan pejabat atau restoran, yang mengambil masa hanya dua tiga jam. Dan mungkin juga mereka yang datang, adalah dari kawasan yang berlainan contohnya dari Ampang, Selayang dan Sepang.
Aplikasi Flexi Parking diwujudkan. Dengan merangkumi 5 majlis perbandaran iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Cukup mudah dan dah gunakan aplikasi ini sejak lebih setahun lepas.
Cara bayar parkir guna aplikasi di smartphone
Kita boleh gunakan aplikasi tersebut untuk bayar parkir kenderaan dengan masa dan tempoh yang dikehendaki. Contohnya hanya untuk satu jam atau tiga jam, kerana kemudiannya kita akan ke lokasi lain pula. Tambah nilai boleh dibuat dengan menggunakan perbankan atas talian, kad kredit dan juga boost eWallet.
Pada tahun ini, aplikasi Smart Selangor Parking pula diperkenalkan dengan tambahan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Intipatinya sama cuma bertambah satu kawasan penguatkuasa sahaja. Bagi yang belum muat turun Flexi Parking, disarankan terus muat turun aplikasi Smart Selangor Parking di Google Store.
Tambah nilai semakin efisien dan pantas serta setiap resit transaksi kita direkodkan. Salinan juga akan dihantar ke emel dan boleh rujuk semula ke dalam aplikasi untuk melihatnya semula.
Yang menariknya,kita boleh menyimpan sehingga enam nombor plet kenderaan untuk diuruskan bayaran parkir. Mungkin ada tetamu, jemputan atau sahabat yang singgah di pejabat, maka bayaran parkir dapat diuruskan dengan mudah sekali.
Aplikasi Boost menyediakan servis bagi membayar parkir di kawasan Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Tiada lagi alasan untuk mencari di mana duit syiling, di mana kupon gores dan mesin ‘pay and display’. Ada juga yang menggunakan Aplikasi JomParking untuk urusan parking di Kuala Lumpur dan MCash di Kota Bharu.
Ringkas, mudah dan pantas.
Penulis sudah menggunakan lebih setahun dan dilihat lebih menjimatkan masa dan wang ringgit. Kita boleh tambah nilai RM10 atau RM30 dan seterusnya gunakanlah mengikut waktu dan tempoh yang diperlukan. Bagi yang tidak mahu fikir banyak, terus sahaja bayar untuk bayaran bulanan di aplikasi tersebut. Penguatkuasa pun tidak akan ganggu kita dengan kompaun.
Senarai aplikasi parking di Malaysia
- Flexi parking – Selangor (MBSA, MPKJ, MPAJ, MPSEPANG, MPSELAYANG)
- Smart Parking Selangor – (MBSA, MPKJ, MPAJ, MBPJ, MPSEPANG, MPSELAYANG)
- Boost – Kuala Lumpur dan Kota Bharu
- MBJB Spot – Johor Bahru (info dari Ana Fadil)
- Jom Parking – DBKL, MPJASIN, MPTAWAU, MB ISKANDAR PUTERI,CYBERJAYA, LRT PWTC (info dari Mohd Azri Naquiddin)
- MyMCash – DBKL & MPKB (info dari Mohd Imran)
- ParkByPhone – MD Kuala Langat, Putrajaya
Kita sudah dapat melihat perubahan yang dilalui sejak 10 hingga 20 tahun dahulu tentang parkir di Malaysia. Dari menggunakan wang syiling di mesin analog sehinggalah kepada membayar tanpa tunai hanya di aplikasi telefon bimbit.
Diharap lokasi lain termasuk negeri-negeri lain di Malaysia ini akan juga terus menggunakan alternatif dan juga sistem baru yang lebih mudah.
Zaman dan dunia sudah semakin maju. Mungkin akan datang, ada lagi kemajuan yang akan kita lalui. Mampukah kita hidup tanpa wang tunai?
51 Comments
Alhamdulillah, tak pernah kena saman parkir dengan majlis berkuasa tempatan. Kalau dengan polis trafik adalah juga.
Sama. Mungkin pernah tak bayar paking tpi ketika itu tak ada pegawai yg bertugas hehe
Tambah nilai boleh dibuat dengan menggunakan perbankan atas talian, kad kredit dan juga boost eWallet ni memudahkan pengguna.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Syukur Alhamdulillah.. Dah lama tak kena saman parkir.. Anggaplah pengalaman kena saman parking sebelum ni sebagai satu pengalaman dan pengajaran..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Sebenarnya, kena saman bila salh letak parkir tu la yang paling teruk. Padahal bayar parkir hanya beberapa sen, kalu kena saman kena RM100!
Siapa pernah ada pengalaman kena saman parkir ni tahulah macam mana perasaannya… lebih-lebih lagi bila dapat tahu kena saman selepas office hour.. nak bayar hari tu juga tak boleh..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
saman parking tidak la truk sangat. tapi nak pergi bayar tu memang liat. malas nak ambil nombor dan sebagainya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Bagus juga dapat memanfaatkan teknologi terkini dalam urusan bayaran parkir kenderaan… dapat memudahkan urusan pengguna
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Ye makin lama makin memudahkan kita. Tapi utk wargga emas mereka tak reti sgt guna yg elektronik
Aduh, baru 2 hari lepas kena kompaun dengan MBPJ..kalau tahu apps ni, memang takyah nak bayar kompaun mahal mahal..ruginya
rugi kan? klau lah tahu kewujudan apps ni dari dulu takde la kena saman.. lepas ni kena download terus
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Rugi kan. Sia-siaje kena saman dengan pihak berkuasa tempatan. So,next time kena alert mana kawasan yang boleh guna sistem online parkir ni
leceh betullah kalau yang kena gores2 tu.. mesin yang masukkan duit tu paling senang. kesian orang2 tua kalau guna sistem rumit.
dah la leceh..kalau awal pagi, nak beli kupon tu memang tak dapat la kan..geram btol
Curahan rasa JMR @ ..Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema
Sbb tubtak berapa minat sgt yg gores gores tu. Mesin yg masukkan duit tu je plg mudah
Betu sangat. Kalau guna yang gores tu memang tak suka.Hadoilah macam gores menang pulak.
sayangnya tak termasuk info tentang aplikasi MCash. di aplikasi tersebut pembayaran parkir akan dapat 100% pulangan tunai. ia boleh dikatakan parkir percuma kerana duit yang kita bayar akan dapat semula 100%.
duit parkir yang kita bayar dapat semula 100%? Biar betul..kalau betul yang ni memang banyak syoklah!
Betul, kadang susah nak cari mesin untuk bayar parking nak keluar kereta takut tiba-tiba kena saman. Apps ni mudahkan bagi semua pengguna
Tak perlu nak rasa risau kena saman kan. Tapi di Nilai belum ada lagi aplikasi online macam ni.
Skang ni guna kupon lak kan. Lagi susah nak jumpa kalau awal pagi buat dah nak tingglkan kereta di petak parking berkupon
Rasanya masih ramai yang tidak tahu apps ni. Namun kena fikirkan juga.. kerana tidak semua ada HP canggih yang boleh muat turun apps.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Lelaki Ini Yang Merompak RM50 Bilion Duit Negara
Saya pun baru je tahu ni. Lagi tak best, baru 2 hari lepas kena kompau dgn MBPJ sebab salah parking huhuhu.
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Geram betul bila tak jumpa syiling nak bayar parking. Dengan apps macam ni lrbih memudahkan. Zaman semakin maju kn huhu
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..11.11 Online Sale Shaklee. Dapatkan Dengan Harga Runtuh
Tu satu hal. Bila parkir yang guna kupon, tapi tak tahu nak dapat kat mana kupon tu. Dah la awal pagi, kedai byk tutup lagi
Wah keren aplikasinya, boleh diterapkan di Indonesia nih. Tapi mungkin hanya untuk kawasan tertentu sepertinya seperti pusat perbelanjaan dan sejenisnya.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Blok M Coffee, Tempat Kumpulnya Para Creator Pontianak
Mungkin boleh jadikan idea ini untuk diaplikasikan di Indonesia. Atau boleh di lebih baikan.
Apps untuk bayar parking masih lagi baru, namun ia sangat efisien lebih-lebih lagi menjimatkan sebab boleh bayar mengikut waktu yang diinginkan. Jika teknologi ini terus berkembang maka untuk elak saman parkir mudah saja caranya.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
Bila ada apps begini, lagi mudah nak bayar parkir, nak tunggu syiling memang susah la sebab bukan semua mesin boleh terima.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong, Bandar Tun Hussein Onn Dan Bukit Mahkota
Betul sangat.
Sistem kupon pun tak berapa mesra juga. Susah nak kena cari ejen kupon semua
Kan.. senang nak topup duit. Takde la tergagau cari syiling atu kedai yang jual kupon tu. aishh
Tq sharing.. First time tahu ada apps utk bayar parking… Agak2 area Alor Setar, Kedah dh ada belum ni.. Ia sgt2 memudahkan pengguna kenderaan…
teknologi parking ni semakin lama semakin canggih. dulu mesin meter, pastu gores, sekarang ni dah guna apps
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Lepas ni boleh terus donwload apps sebgini. Sangat memudahkan cara. Di harap dalam diperluaskan ke seluruh Malysia
Comments are closed.