Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih ingat lagi tak entry mengenai Teknologi cashless sedang mendominasi dunia dan Mampukah manusia hidup tanpa wang tunai?
Hidup dengan teknologi yang sentiasa dikemas kini dan terkini. Pasti ramai yang sudah pernah membuat transaksi atas talian. Daripada bank Maybank ke Maybank, bank Maybank ke CIMB bank, pemindahan Kad ATM, pengeluaran tanpa kad dan kini ada DuitNow!
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
DuitNow adalah perkhidmatan baru yang membolehkan anda memindahkan dana ke ID DuitNow penerima anda daripada nombor akaun mereka. Anda boleh mendaftar dan memindahkan menggunakan DuitNow melalui Maybank2u.
ID berikut boleh digunakan untuk pendaftaran DuitNow:
1) Nombor telefon Mudah Alih
2) Nombor kad pengenalan
3) Nombor pengenalan Tentera atau Nombor Polis
4) Nombor Pasport
5) Nombor Pendaftaran Perniagaan
Dengan DuitNow, ada beberapa kelebihan iaitu:
- Tidak perlu lagi mengingati nombor akaun
- Buat pemindahan dana berganda dan berulang menggunakan ID berdaftar anda sendiri
- Selamat & Boleh Dipercayai – Pemindahan dana secara selamat kerana ia menghapuskan penggunaan wang tunai
- Pengesahan akaun penerima – Nama pemegang akaun akan dipaparkan apabila memasukkan nombor ID DuitNow penerima.
Untuk transaksi DuitNow, pemberi dan penerima perlu ada aplikasi Maybank2u dan daftar DuitNow. Bagi mereka yang dipilih, anda akan dimaklumkan melalui laman web Maybank2u Inbox dan pemberitahuan push app Maybank.
Sekarang dengan DuitNow, tidak lagi memerlukan nombor akaun untuk menghantar atau menerima wang. Cukup pasangkan nombor TAC anda atau Nombor NRIC atau Pasport di Maybank2u untuk mula menghantar dan menerima wang.
Dapatkan ID DuitNow penerima anda untuk mula menghantar wang menggunakan melalui Maybank2u.
Cara pindah DuitNow melalui laman Maybank2u
- Masuk ke Maybank2u
- Klik ‘Pay and Transfer’
- Pilih ‘Transfer To: DuitNow’
- Klik ‘Pemindahan Baru’ dan pilih jenis ID DuitNow penerima
- Masukkan maklumat ID DuitNow anda misalnya. Nombor ID DuitNow, jumlah, rujukan penerima.
- Klik ‘Transfer’
- Masukkan nombor TAC dan klik ‘Sahkan’.
Cara pindah DuitNow melalui aplikasi Maybank
- Masuk ke aplikasi Maybank
- Klik ‘Transfer’
- Pilih ‘Transfer via DuitNow’
- Pilih akaun debit anda
- Klik ‘Pindahan Baru’ dan masukkan maklumat ID DuitNow anda misalnya. Nombor ID DuitNow dan pilih ‘Teruskan’
- Masukkan jumlah pemindahan dan rujukan penerima dan pilih ‘Teruskan’
- Sahkan butiran pemindahan sebelum meminta Pengesahan.
- Pemindahan anda berjaya, anda boleh menyimpan ID DuitNow sebagai kegemaran atau berkongsi resit pemindahan anda
Perpindahan sehingga RM5,000 adalah percuma manakala caj sebanyak RM0.50 bagi setiap urusniaga dikenakan untuk urus niaga di atas RM5,000.
Selamat mencuba!
43 Comments
Okay la tu bawah 5k dapat percuma. Sbb ramai yg tak berani nak pindah banyak
Senang je nak pindahkan duit ke duit now. Tp kena baca betul betul tau
Harap duit now ni secure supaya tak timbul masalah lain di masa hdpan
Boleh transfer sehingga 5000 juga ye macam apps biasa juga. Cuma kena ada id penerima lah.
Tahniah dan terbaik Maybank kerana memperkenalkan servis apps terbaru ini.. semoga tiada issue yang berbangkit..
Semakin mudah cara utk transfer duit.. harap sistem sekuritinnya tinggi spy tak menjadi bahan bualan
Kalau benda baru ni mesti ada kelemahannya yang perlu diperbaiki. Tapi, perlukan tempoh masa untuk percubaan dulu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mudah sangat nak buat transaksi guna ni. Tapi tu la, since ada issue dgn security perbankan skang ni, rasa macam nak tunggu dulu je la hehe
Saya pun pikir perkara yg sama. Kita tunggu dulu reaksi org ramai. Lagi pun maybank sy tak aktif sgt hehe
Hari tu dah aktifkan duit now ni, tapi tak guna kan pun. Hehe. Tak berani juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
bermacam macam cara yang direka untuk memudahkan transaksi. kita boleh pilih cara mana yang lebih selesa
Cara mana yang rasa selamat boleh lah diguna pakai. Takut juga benda baru ni kan
Pilih la mana cara yang paling sesuai dan yang paling kita yakin. Kena bijak menggunakan apps ni
Kita tengok dulu mcm mana respon pengguna pastu kalau okay baru kita guna jgak
Comments are closed.