DuitNow! Cara baru Maybank pindah wang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih ingat lagi tak entry mengenai Teknologi cashless sedang mendominasi dunia dan Mampukah manusia hidup tanpa wang tunai?

Hidup dengan teknologi yang sentiasa dikemas kini dan terkini. Pasti ramai yang sudah pernah membuat transaksi atas talian. Daripada bank Maybank ke Maybank, bank Maybank ke CIMB bank, pemindahan Kad ATM, pengeluaran tanpa kad dan kini ada DuitNow!

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

DuitNow adalah perkhidmatan baru yang membolehkan anda memindahkan dana ke ID DuitNow penerima anda daripada nombor akaun mereka. Anda boleh mendaftar dan memindahkan menggunakan DuitNow melalui Maybank2u.

ID berikut boleh digunakan untuk pendaftaran DuitNow:

1) Nombor telefon Mudah Alih
2) Nombor kad pengenalan
3) Nombor pengenalan Tentera atau Nombor Polis
4) Nombor Pasport
5) Nombor Pendaftaran Perniagaan

Dengan DuitNow, ada beberapa kelebihan iaitu:

  1. Tidak perlu lagi mengingati nombor akaun
  2. Buat pemindahan dana berganda dan berulang menggunakan ID berdaftar anda sendiri
  3. Selamat & Boleh Dipercayai – Pemindahan dana secara selamat kerana ia menghapuskan penggunaan wang tunai
  4. Pengesahan akaun penerima – Nama pemegang akaun akan dipaparkan apabila memasukkan nombor ID DuitNow penerima.
Daftar DuitNow di Aplikasi Maybank2U

Untuk transaksi DuitNow, pemberi dan penerima perlu ada aplikasi Maybank2u dan daftar DuitNow. Bagi mereka yang dipilih, anda akan dimaklumkan melalui laman web Maybank2u Inbox dan pemberitahuan push app Maybank.

Sekarang dengan DuitNow, tidak lagi memerlukan nombor akaun untuk menghantar atau menerima wang. Cukup pasangkan nombor TAC anda atau Nombor NRIC atau Pasport di Maybank2u untuk mula menghantar dan menerima wang.

Dapatkan ID DuitNow penerima anda untuk mula menghantar wang menggunakan melalui Maybank2u.

Pilihan guna nombor telefon sebagai ganti nombor akaun

Cara pindah DuitNow melalui laman Maybank2u

  1. Masuk ke Maybank2u
  2. Klik ‘Pay and Transfer’
  3. Pilih ‘Transfer To: DuitNow’
  4. Klik ‘Pemindahan Baru’ dan pilih jenis ID DuitNow penerima
  5. Masukkan maklumat ID DuitNow anda misalnya. Nombor ID DuitNow, jumlah, rujukan penerima.
  6. Klik ‘Transfer’
  7. Masukkan nombor TAC dan klik ‘Sahkan’.
Pemindahan wang melalui DuitNow

Cara pindah DuitNow melalui aplikasi Maybank

  1. Masuk ke aplikasi Maybank
  2. Klik ‘Transfer’
  3. Pilih ‘Transfer via DuitNow’
  4. Pilih akaun debit anda
  5. Klik ‘Pindahan Baru’ dan masukkan maklumat ID DuitNow anda misalnya. Nombor ID DuitNow dan pilih ‘Teruskan’
  6. Masukkan jumlah pemindahan dan rujukan penerima dan pilih ‘Teruskan’
  7. Sahkan butiran pemindahan sebelum meminta Pengesahan.
  8. Pemindahan anda berjaya, anda boleh menyimpan ID DuitNow sebagai kegemaran atau berkongsi resit pemindahan anda

Perpindahan sehingga RM5,000 adalah percuma manakala caj sebanyak RM0.50 bagi setiap urusniaga dikenakan untuk urus niaga di atas RM5,000.

Selamat mencuba!


Spread the love

43 Comments

    1. jika masih ada pilihan maka guna sahaja yang cara biasa..

      itu cara yang selamat.

      namun begitu apalah salahnya untuk mencuba sesuatu yang baru..

      guna dalam jumlah yang kecil

  1. Ohh baru faham pasal Duit Now ni. Hari tu Maybank bagi notification. Tapi tak belek lagi pasal apa. Lagi mudah la lepas ni nak transfer guna Duit Now.

    1. boleh cuba tuan..

      guna dalam jumlah yang kecil dahulu..

      jika sudah yakin baharulah guna untuk pindah wang yang besar..

      apapun Maybank memang terbaik.

      inovasi sistem yang terbaharu

    1. Banyak iklan Duit Now yang menari-nari di iklang skng ni. Baru develop, mesti tgh mencari ramai subscriber la kan

    1. Betul tuh, semakin canggih nih apa apa pun nak kena sentiasa berwaspada jugak nih. tak leh nak main bedal jerk..

      1. tapi tetap ada risiko selagi ianya dicipta oleh manusia. Tengoklah ada user cakap hilang duit dr internet banking.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!