Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Tun Mahathir senaraikan 13 kesilapan Orang Melayu”. Isu panas Malaysia sejak beberapa tahun lepas adalah duit RM2.6 billion, DS Najib kata duit hadiah dari Raja Saudi, Tun M kata itu duit yang dicuri dari 1MDB. Malam 1 Muharram 1140H DS Najib Razak telah mendedahkan dokumen sulit dari Raja Saudi sebahagian daripada duit RM2.6 billion. Jom kita baca pendedahan tersebut.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah – kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja Abdullah pada 2010 di mana baginda turut meminta agar ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya dengan pembiayaan.
Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi.
Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.
Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.
Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan. Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan.
Saya kemudian dapati jumlah pembiayaan yang dijanjikan untuk beberapa tahun itu adalah lebih rendah daripada negara jiran Arab Saudi yang terjejas teruk daripada Arab Spring.
Memandangkan saya bukan lagi Perdana Menteri dan Raja Abdullah telah mangkat (Al-Fatihah), saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.
Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperolehi dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian besar darinya. Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama.
Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-Saud menulis kepada saya, memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan US$100 juta (RM415 juta) kepada saya bagi tahun 2011.
Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi tahun 2011 menunjukkan yang US$20 juta dipindahkan daripada akaun Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud dan US$80 juta dipindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada saya.
Sebahagian besar dana yang saya terima digunakan bagi tujuan politik BN. Sebagai contoh, saya telah berikan dana ini kepada UMNO Johor bagi membeli beberapa van. Malangnya, kerajaan PH baru-baru ini telah menyita van-van ini.
Surat bertarikh 1 Februari 2011 ini adalah surat pertama daripada beberapa surat daripada putera yang sama dihantar kepada saya bersama sumbangan tahun-tahun kemudian.
Salinan surat-surat ini turut dilampirkan bersama dana yang dipindahkan ke akaun saya di Ambank bagi tempoh beberapa tahun. Sama ada BNM mahupun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap sumbangan ini, kerana ia turut dilampirkan dengan surat pengesahan.
Sebab itu, Kementerian Luar Arab Saudi sudah dua kali mengesahkan secara terbuka bahawa kerajaan mereka memberi sumbangan kepada saya tanpa sebarang syarat terhadapnya.
Kira-kira dua bulan lalu, Tun Mahathir kecewa apabila Arab Saudi enggan menafikan bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan kepada saya.
Sebulan kemudian, kerajaan PH menutup Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur.
Pada status FB akan datang atau melalui temuramah dengan media di mana saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci sambil menunjukkan bukti, saya juga akan menjelaskan mengenai sumbangan yang saya terima bagi tahun-tahun selepas 2011 – termasuk isu RM2.6 billion.
Sumber : FB page DS Najib Razak
30 Comments
Duit RM2.6 billion, DS Najib kata duit hadiah dari Raja Saudi, Tun M kata itu duit yang dicuri dari 1MDB
Dimana ye terletak nya Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur ni, Teringin nak tahu juga
Sudah tiada jawatan baru lah sibuk nak membersihkan nama dari pelbagai tuduhan dan fitnah
sebenarnya statement najib tak konsisten dari awal lagi soal derma dan 1mdb. susah nak percaya. makin lama akin pelik kes ini
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
Banyak sangat menipu. Diri sendiri pun konpius mana yang betul mana yang tak betul . .
itulah padahnya orangyang menipu sampai apa yang dicakapkan pun tak tahu dah yang mana satu betul
Bila lah yang setel kes Najib ni. Nak gak tahu kebenaran yang sebenarnya. Macam macam hallah
makin lama kes ni jadi makin rumit. rakyat pula tertanya tanya. banyak benda yg dipolitikkan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Itulah yang kita semua nantikan selama ini, asyik kena dakwa sahaja sampai berjuta-juta kena jaminan
Sampai satu tahap saya dah tak tahu nak percaya berita yang mana satu.. huhuhu..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
betul tu bro..tapi tu la, sebab kes dalam perbicaraan lagi, masih dalam siastan..harap2 cepat diselesaikan, rakyat nak tahu je betul ke idak sajo
Bukan tak nak percaya betul ke tak, tapi dah konpius mana satu cerita betul dan rekaan semata
Entah rekaan saja yang dia buat sebab nak melepaskan diri dari dakwaan yang disabitkan ke atasnya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Itu lah bila Najib cakap Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Isu DS Najib Razak ni jadi semakin hangat.. bukan sahaja di Malaysia.. malah mendapat liputan daripada media luar..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
malu juga bile tgk berita tentang korupsi bekas PM dlm berita luar negara. sampai buat movie yang tak senonoh
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
mungkin sebab najib ni dah banyak sangat membohong. bila sekali berkata benar, rakyat dah taknak percaya
tapi betulkah najib berkata benar kali ini? Kenapa tidak dari awal lagi buktikan kebenaran?
Kita tunggu dan lihat saja. Biar pakaryang buat kerja. Moga penyelesaiannya akan diketahui oleh rakyat
tak sabar nak tunggu keputusan yang sebenarnya. Buat masa sekarang, tak nampak bayang pun lg kan
Betul atau salah hanya Allah yang tahu.. semoga mendapat pengadilan sewajarnya daripada pihak berkuasa..moga yang bersalah juga menyesali perbuatan dan bertaubat
ya.. harap semua yang terlibat dalam penyelewangan wang rakyat dapat diadili dan dikenakan tindakan sewajarnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..IDwebhost Web Hosting Terbaik dan Murah
Sekarang adalah zaman yang amat canggih dengan teknologi, biar mereka yang pakar menyelesaikan hal seperti ini, ini semua di luar kawalan kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..8 Tips Kawal Marah Bila Tertekan Dengan Anak-Anak
Betul tu bro..serahkan kepada yang pakar. Tak sabar nak tunggu keputusan siasatan ini semua. Biar rakyat tahu..
Seelonya begitulah. biar yang pakar siasat dan menilai. Kita tunggu sahaja keputusan yang akan keluar nanti
Mengambil sikap Tawakuf (berdiam diri). Tidak mahu mengulas sangat kerana zaman ini adalah zaman fitnah!
Biar orang politik ‘berperang’ sesama mereka. Kita rakyat bawahan ini.. buat kerja untuk kehidupn kita. Hanya mampu berdoa agar Malaysia bertambah baik di masa akan datang. Politik rakyat biasa adalah sewaktu mengundi pilihanraya sahaja.
Isu Dato Seri Najib Razak dedah dokumen sulit duit dari Raja Saudi akan terus menjadi perhatian dan rakyat menanti keputusan mahkamah.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa Ameer
Ye, rakyat sedang menantu keputusan seterusnya. Pendakwaan pun dah banyak dilakuakn. Namun keputusan masih tertangguh
Comments are closed.