Pendakwah terkenal Dr Zakir Naik memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataan kontroversinya baru-baru ini.
Dalam kenyataannya pagi ini, beliau berkata tidak mempunyai niat untuk menyinggung perasaan mana-mana individu atau masyarakat yang sememangnya bertentangan dengan prinsip Islam.
“Walaupun saya telah menjelaskan perkara sebenar, namun saya rasa saya perlu meminta maaf kepada mereka yang tersinggung kerana salah faham ini.
“Saya tidak mahu mana-mana pihak menyimpan perasaan sakit hati terhadap saya dan bukan niat saya menganggu sesiapa. Jadi saya memohon maaf atas salah faham ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Zakir juga memohon agar semua pihak mendengar kembali ucapannya secara keseluruhan di laman media sosial yang disediakan.“Saya dengan rasa rendah diri memohon kepada anda semua, terutamanya kepada yang bukan Islam, untuk meluangkan masa mendengar kembali syarahan saya secara keseluruhan.
“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong saya semoga Allah SWT membalas jasa anda semua dengan baik,” jelasnya.
Sementara itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang penceramah terkenal Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.
Dalam notis edaran dalaman secara rahsia pasukan itu, arahan dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.
Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dan menyatakan tindakan berkenaan diambil demi keselamatan negara.
“Arahan itu dikeluarkan kepada kesemua kontinjen polis di seluruh negara dan dilakukan demi keselamatan negara dan memelihara keharmonian kaum,” katanya.
Terdahulu, tujuh negeri telah melarang ceramah oleh pendakwah tersebut, antaranya Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.
Sebelum ini, Zakir Naik selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selepas hampir 10 jam menjalani proses itu di Bukit Aman, awal pagi tadi.
Beliau dipanggil ke Bukit Aman berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.
Semoga Allah permudahkan urusan Dr Zakir Naik 🙂
Baca juga pengalaman selfie bersama Dr Zakir Naik
Sumber : Astro Awani & Harian Metro
7 Comments
Moga dimudahkan urusan beliau. Jalan dakwah itu berliku-liku tapi tetap kena sampaikan kebenaran.
Curahan rasa Mommyluv @ ..Cara Mudah Bersihkan Kerak Susu Pada Puting Dan Botol Susu Anak
Bagus apa yang dr. Zakir Naik ni buat.. kalau tak berlapang dada mmg tak blh terima apa yang dia sampaikan.. maklumla.. manusia ni byk yang tak nak guna akal sihat untuk hadam apa yang dia sampaikan
bila buat kerja dakwah pasti ada tentangan …
cuba kerja jahat..
isunya sekejap sahaja..
saya berharap Dr Zakir tabah menghadapi ujian sebegini..
ada manusia susah untuk diajak ke arah akhirat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua rahsia orang berjaya yang wajib diketahui
hmm dia ni memang sering mencetuskan kontroversi. silap dia jugak kerana mengeluarkan kata2 macam tu.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Resepi Nasi Ayam Sedap dan Padu
Semoga Allah permudahkan urusan Dr Zakir Naik untuk memberi ceramah dan berdakwah secara terbuka supaya hidayah Allah S.W.T sampai ke seluruh alam..
Curahan rasa Anuar @ ..Harga Emas Mahal Sekarang Ni! Rebut Peluang menang Gold Bar 2KG
Ketika berdakwah memang harus menyampaikan yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Namun, diharuskan juga untuk bijak dalam berdakwah.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Ada Paket Reguler Hingga VIP, Ini Alasan Mengapa Biaya Umroh Berbeda-beda
keputusan yang sudah disangka. apa-apa pun, semoga ‘kita’ semua tidak takut dan tewas dengan ugutan dan agenda drp ‘mereka’
Curahan rasa JMR @ ..13 Permintaan Anak Yang Mungkin Mereka Tak Ucap Tetapi..
Comments are closed.