Dr. Zakir Naik Memohon Maaf dan Beliau Dilarang Berceramah

Spread the love

Pendakwah terkenal Dr Zakir Naik memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Dalam kenyataannya pagi ini, beliau berkata tidak mempunyai niat untuk menyinggung perasaan mana-mana individu atau masyarakat yang sememangnya bertentangan dengan prinsip Islam.

Dr. Zakir Abdul Karim Naik dilahirkan pada tanggal 18 Oktober 1965 di Kota Mumbai, India.

“Walaupun saya telah menjelaskan perkara sebenar, namun saya rasa saya perlu meminta maaf kepada mereka yang tersinggung kerana salah faham ini.

“Saya tidak mahu mana-mana pihak menyimpan perasaan sakit hati terhadap saya dan bukan niat saya menganggu sesiapa. Jadi saya memohon maaf atas salah faham ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zakir juga memohon agar semua pihak mendengar kembali ucapannya secara keseluruhan di laman media sosial yang disediakan.“Saya dengan rasa rendah diri memohon kepada anda semua, terutamanya kepada yang bukan Islam, untuk meluangkan masa mendengar kembali syarahan saya secara keseluruhan.

“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong saya semoga Allah SWT membalas jasa anda semua dengan baik,” jelasnya.

Sementara itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang penceramah terkenal Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.

Dalam notis edaran dalaman secara rahsia pasukan itu, arahan dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dan menyatakan tindakan berkenaan diambil demi keselamatan negara.

“Arahan itu dikeluarkan kepada kesemua kontinjen polis di seluruh negara dan dilakukan demi keselamatan negara dan memelihara keharmonian kaum,” katanya.

Sejak aktif melakukan dakwah, Dr. Zakir Naik sudah banyak mengislamkan ribuan orang dengan dakwahnya.

Terdahulu, tujuh negeri telah melarang ceramah oleh pendakwah tersebut, antaranya Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.

Sebelum ini, Zakir Naik selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selepas hampir 10 jam menjalani proses itu di Bukit Aman, awal pagi tadi.

Beliau dipanggil ke Bukit Aman berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Semoga Allah permudahkan urusan Dr Zakir Naik 🙂

Baca juga pengalaman selfie bersama Dr Zakir Naik

Sumber : Astro Awani & Harian Metro


Spread the love

7 Comments

  1. Bagus apa yang dr. Zakir Naik ni buat.. kalau tak berlapang dada mmg tak blh terima apa yang dia sampaikan.. maklumla.. manusia ni byk yang tak nak guna akal sihat untuk hadam apa yang dia sampaikan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!