Dr. Sahruddin Jamal angkat sumpah, sandang jawatan Menteri Besar Johor

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teka teki mengenai siapa yang bakal menerajui kepimpinan kerajaan negeri Johor selepas berita peletakan jawatan Datuk Osman Sapian dilaporkan Selasa lepas, sudah terjawab hari ini.

Istiadat penyerahan surat tauliah dan pengisytiharan pelantikan Menteri Besar Johor ke-17 akan berlangsung di Istana Serene di sini pagi Ahad, selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik menteri besar baharu setelah menerima surat peletakan jawatan Osman pada Sabtu.

Istiadat pelantikan berlangsung pada 9.30 pagi.

Desas-desus mengenai Johor bakal menerima menteri besar baharu bertiup kencang pada hujung minggu menjelang Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung pada Isnin dan Selasa lepas namun dinafikan oleh pembantu Osman.

Bagaimanapun pada 9 April, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Osman, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju kerajaan negeri pimpinan PH itu selepas ini.

Yang nyata, kepimpinan PH di negeri ini dijangka masih diteruskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus menunjukkan kesepakatan kepimpinan PH seperti yang telah dipersetujui ketika Pilihanraya Umum ke-14.

Menurut Osman pada satu sidang media pada Sabtu, ketika pertemuannya dengan Sultan Johor, baginda bertitah akan menetapkan beberapa syarat terhadap menteri besar baharu.   

sumber daripada FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Dr. Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (14 April).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim; dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.

Dr. Sahruddin, 43, menggantikan Dato’ Osman Sapian yang telah meletakan jawatan.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!