Doa mohon agar aib diri dan keluarga sentiasa dilindungi

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Zaman kini mudah sahaja aib kita tersebar. Kalau ia tidak dijaga dengan rapi mulalah tersebar di media sosial. Salah satu sebab boleh jadi seperti itu, kita menceritakan kepada orang lain yang kononnya mudah dipercayai tetapi sebaliknya.

Walaubagaimana pun, kita sekarang berada di zaman semua maklumat dan perkara boleh diakses di hujung jari. Sama ada maklumat itu adalah yang benar atau yang dibuat-buat, semuanya boleh diperoleh dengan mudah.

Apakah hukum menyebarkan aib orang lain? Klik sini.

Setiap kelebihan yang ada pada zaman ini, pasti wujud juga kekurangannya. Disebabkan itu, sebagai manusia yang berakal, menjadi tugas kita sendiri untuk memilih yang baik dan meninggalkan yang buruk.

Dengan akal inilah yang akan memandu kita ke arah kebaikan dan membantu kita memilih perkara yang baik. Jangan menerima segala perkara atau berita yang kita dengar secara sewenang-wenangnya tanpa melihat kepada kesahihan perkara tersebut.

Semak dahulu setiap perkara yang anda dapat. Bahkan, jika perkara tersebut adalah fitnah atau bentuk umpatan, sebaiknya ditinggalkan. Jangan menokok tambah atau mengapi-apikan yang boleh menjadikan situasi semakin tegang.

Melalui kitab Adzkar menyebut – “Cara ghibah (umpatan) boleh jadi melalui lisan, tulisan, isyarat atau bermain isyarat dengan mata, tangan, kepala atau seperti itu.” (Al-Adzkar, hal. 579)

Jika perkara itu tidak benar atau tidak pasti, ia termasuk dalam bentuk umpatan walaupun di alam maya. Dan perkara inilah yang perlu dielakkan.

Jadi, salah satu usaha kecil yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada aib sendiri daripada tersebar adalah dengan membaca doa.

Ada sebuah doa yang telah diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Umar yang mendengar bahawa Rasulullah SAW sentiasa membaca doa ini pada waktu pagi dan petang.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي، وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksud: “Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat padaMu. Aku memohon ampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga dan hartaku. Tutuplah segala kekuranganku, tenangkanlah hatiku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung padaMu dari musibah yang tidak terduga.” (Hadis Riwayat Ibnu Hiban, no. 961)

Doa agar aib kita dan keluarga kita dipelihara oleh Allah SWT

Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. (Hadith)

Fitnah yang berlaku pada zaman sekarang amat dasyat kesannya ke atas kita serta sekeliling. Oleh itu, jagalah diri sendiri agar keaiban dan maruah sendiri terjaga.

Sumber: tzkrh


Spread the love

3 Comments

  1. Iblis syaitan pandai menghias fitnah itu dengan hiasan warna warni sehingga tidak sedar, telah terperangkap di dalamnya. Kita berbuat fitnah tanpa sedar dan menganggap itu perbuatan benar.

    Jadi berlindung kita kepada Allah dengan berdoa banyak-banyak supaya kita terlindung dari melakukan fitnah ini dan terlindung dari terkena fitnah yang dilakukan oleh orang lain.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Disember 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah LulusMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!