Dividen dan bonus Tabung Haji 2017

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Ilmu itu tidak difahami kerana kita belum tiba tahapnya“. Kali ini Abang nak berkongi Hibah Tabung Haji untuk tahun 2017.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sebagai pelabur dalam berbagai platform antara yang Abang tunggu-tunggukan adalah pengumuman dividen dan bonus dari Tabung Haji untuk tahun 2017. Alhamdulillah pada 7/2/2018, Tabung Haji telah mengumumkan Hibah untuk tahun kewangan 2017. Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017. Hibah 1.75% untuk simpanan maksima RM9,980. Dividen dan bonus  yang diagihkan selepas ditolak zakat tahunan.

Hibah Tabung Haji

Alhamdulillah syukur dengan rezeki sebab dividen 2017 bertambah berbanding dividen tahun 2016 hanya 4.25 % + 1.50 %, kerana pelaburan Tabung Haji adalah pelaburan patuh syariah untuk jangka masa panjang. Kepada yang kurang berpuasa hati dengan hibah 4.50 % yang diumumkan, kita kena faham asas penubuhan Tabung Haji adalah untuk membantu rakyat untuk menabung bagi tujuan untuk mengerjakan haji jadi patut sangat kepada yang belum menunaikan haji mendapat pulangan yang lebih.

Mungkin kita nampak 4.50 % seperti sedikit tetapi jangan lupa ianya telah dizakatkan sebanyak 2.50 %. jadi sebenarnya kita mendapat 7.00 %. Ada juga platform pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi tetapi belum ditolak zakat.

Abang selalu kongsi pada kawan-kawan yang suka mengandakan duit untuk menjadikan Tabung Haji sebagai platform terakhir mengembangkan duit. Contohnya apabila kita ada modal, gunakan modal untuk membeli IPO, dari keuntungan IPO boleh digunakan untuk jual beli saham samada dalam negara atau luar negara dan keuntungan daripada jual beli saham simpan di Tabung Haji. Kepada yang tidak mahir membeli IPO dan jual beli saham boleh juga terus simpan di Tabung Haji. Pelaburan Tabung Haji pun sangat menguntungkan jika di uruskan dengan baik seperti yang pernah Abang kongsikan dalam entri “cara duit bekerja untuk kita“.

Cara Pengiraan Hibah TH 2017

Cara Bijak Mengurus Kewangan

Abang memilih Tahung Haji kerana ianya selamat di bawah jaminan Kerajaan. Nak simpan di Tabung Haji jangan tunggu banyak duit, mulakan walaupun hanya RM10 dan tambah secara beransur-ansur. Sekarang lagi mudah kita boleh hubungkan akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank jadi boleh tambah bila-bila masa secara online. Nak hubungkan akaun TH dengan Maybank boleh dibuat di ATM Maybank.

Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka diajar untuk melabur pada berbagai bakul pelaburan, ada bakul hari-hari, ada bakul minggu-minggu, ada bakul bulan-bulan dan ada bakul tahun-tahunan. Pelaburan Tahung Haji adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari sifu pelaburan Azizi Ali yang merupakan jutawan pelaburan. Abang juga belajar ilmu pelaburan melalui perkongsian sifu-sifu yang lain. Semakin banyak ilmu semakin bijak kita menguruskan pelaburan dan kewangan.

Mulakan mengandakan duit dari sekarang. Azam pada usia 40 tahun duit sudah bekerja untuk kita. JANGAN jadi hamba duit sampai tua.

Abang Denaihati
Founder Denaihati Network
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

44 Comments

  1. Mulakan mengandakan duit dari sekarang. Azam pada usia 40 tahun duit sudah bekerja untuk kita. JANGAN jadi hamba duit sampai tua. Bestnya kalu berjaya

  2. Alhamdulillah syukur dengan rezeki sebab dividen 2017 bertambah berbanding dividen tahun 2016 hanya 4.25 % + 1.50 %, tunggu yang tahun 2018 plak

  3. Denggan isu yang terjadi baru-baru, rasanya takyah nak menaruh harapn yang tinggi utk tahun 2018. Ramai yang masih tertunggu-tunggu tu

  4. Ramai yang tertunggu-tunggu dividen tabung haji 2018. Denggan isu yang terjadi baru-baru, rasanya takyah nak menaruh harapn yang tinggi

    1. Ramai yang tertunggu-tunggu dividen tabung haji 2018. Denggan isu yang terjadi baru-baru, rasanya takyah nak menaruh harapan yang tinggi sgt.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!