Dividen ASB tahun 2016

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca yang hebat?

Tahun 2016 menutup tirai dengan pengumuman dividen ASB yang merentap hati pelabur terutama pelabur yang melabur dengan pakej pinjaman yang disediakan oleh berbagai institusi kewangan. Viral di sosial media dengan pelbagai status negatif apabila PNB mengumumkan dividen ASB 2016 adalah 6.75 sen seunit dan bonus sebanyak 0.5 sen seunit. Abang memang kurang galakkan melabur dengan meminjam.

dividen ASB tahun 2016

Bagi Abang, alhamdulillah syukur dengan rezeki ini walaupun ini adalah dividen ASB yang terendah sejak 1990, kerana pelaburan ASB adalah pendapatan jangka masa panjang. Pelaburan ASB ini kalau pandai menggunakan kuasa compounding memang lumayan, dapat dividen dari dividen. Dalam entri “Dividen Tabung Haji 2016“, Abang huraikan bagaimana duit pelaburan kita boleh berganda-ganda (compounding) pada jumlah yang banyak dalam tempoh tertentu.

senarai dividen ASB mengikut tahun

Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka ada berbagai bakul pendapatan, ada bakul hari-hari, ada bakul minggu-minggu, ada bakul bulan-bulan dan ada bakul tahun-tahunan. Pelaburan ASB adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari membaca buku sifu Azizi Ali jutawan pelaburan dan dikembangankan ilmu melalui perkongsian sifu-sifu yang lain.

Sifu pelaburan Abang juga menganjar bagaimana menggunakan duit dividen ASB dan Tabung Haji dapat menambah pendapatan keluarga. Majoriti pelabur menunggu duit dividen untuk dibelanjakan terutama untuk urusan anak-anak sekolah. Sifu bisnis Abang kata cara paling bijak adalah menggunakan dividen pelaburan untuk modal bisnis dan keuntungan bisnis barulah kita belanjakan untuk keperluan keluarga atau diri sendiri.

menggunakan laptop untuk belajar

Untuk memulakan taktik begini memang perlukan pengorbanan terutama kepada yang ada duit cukup-cukup makan. Nak berubah memang perlukan pengorbanan kalau tidak kita tetap berada pada tahap bermasalah yang sama sampai bila-bila. Kalau dividen sikit mulakan dengan bisnis yang kecil pasti lama-lama jadi besar.

Sekarang lebih mudah dengan cara bisnis online kita tidak perlu modal awal untuk membeli produk sebaliknya gunakan dividen ASB yang diperolehi untuk buat pemasaran di sosial media. Pelanggan yang tertarik dengan produk yang kita jual akan mebayar dahulu dan wang ini kita boleh gunakan untuk membeli produk yang kita jual. Ini yang dikatakan duit bekerja untuk kita, bukan kita jadi hamba duit.

Ada berbagai cara kreatif di zaman digital kepada yang sanggup  belajar. Andai anda ingin belajar selok belok bisnis online dengan menggunakan pemasaran blog secara sistematik, usah ketinggalan untuk hadirkan diri ke kelas WordPress For Business yang akan diadakan pada 7 & 8 Januari 2017. Ruang untuk mendominasi industri anda masih luas, lakukan sekarang dan anda akan dapat kesannya dalam tempoh 12 – 24 bulan dari sekarang.

Boleh terus ke http://akademi.denaihati.my untuk membuat pendaftaran.

Abang Denaihati
Usahawan Digital
bit.ly/AppsDenaihati (download ya!)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

58 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!