Din Beramboi pergi tak kembali lagi

Spread the love

Petikan Utusan Online : “Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam. Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir. Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.”

Allahyarham Din Beramboi

Begitulah penghujung usia Allahyarham Din Beramboi. Beliau pergi tidak kembali lagi pada Malam Jumaat, itulah bahagiannya. Bila dan bagaimana pula pengujung usia kita? Apa pula bahagian kita?

Firman Allah swt : “Allah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, lalu mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali). Adakah di antara mereka yang kamu sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu yang demikian itu? Mahasuci Dia dan Mahatinggi dari apa yang mereka persukutukan.” – Ar-Rum : 40.

Hidup ini tidak salah mengejar dunia tetapi jangan lupa kepada akhirat. Malangnya ramai dikalangan kita hidup bagaikan tidak sedar esok lusa kita akan pergi tak kembali lagi.  Mojoriti hidup kita sekarang lebih berasaskan emosi dan nafsu bukan berlandaskan iman dan taqwa. Selagi hidup belum terlambat untuk kita berubah tetapi apabila kita sudah pergi tak kembali lagi apa yang dibawa hanya amalan bukan harta benda atau kaum keluarga.

AL-FATIHAH untuk Allahyarham Din Beramboi.

Salah satu twitter arwah dipetik dari blog hujanbatu : “Sunday, 14 March, 2010 8:05 PM TheRealBeramboi: Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!”
[ad#HTML]


Spread the love

39 Comments

  1. Al-fatihah kepada arwah, dan takziah kepada keluarga arwah..sampai sekarang still xdpt nk percaya yg arwah dh xde….bahaya tul demam denggi ni…. 😥
    .-= Dya´s last blog ..FabuLOVE Giveaway =-.

    1. @Dya, Saya lagi tak percaya.. balik dari campus, parents bagitahu yang arwah dah tak de, sedangkan dekat program Raja lawak tu, dia nampak ok jer.
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

      1. @Steward John, tu la…dya dpt taw die masuk hspital mase aznil gtaw kt era, tetibe seoknya diorg announce arwah dh xde huhu
        .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

        1. @Dya, Radio pun tak dengar sebenarnya.. itu pun dari mulut parents. ingatkan dorang ni memain.. akan banyak sangat kes kematian yang melibatkan artis sejak kebelakangan ni..
          .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

          1. @Steward John, hesh..xkn la kematian pn boleh dibuat main kut…huhu..tp tula, mmg byk sgt artis yg meninggal sejak akhir2 ni….ajal tu mmg satu kepastian, xkirala artis or x
            .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

            1. @Dya, Yer, pasal kes kematian ni pun dapat tahu dalam blog orang lain. asalnya memang tak percaya.. ye la,, manatahu tuan pun blog tu sekadar nak tarik traffickan.. tapi bila dengar dekat blog satu lagi, baru la mula percaya benda tu.
              .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

  2. Aku terasa kehilangannya… 😥
    .-= Ikhtiar2u´s last blog ..Personal Coaching | Putrajaya =-.

    1. @Ikhtiar2u, Walaupun bukan peminat setia kepada Arwah, tapi terasa juga kehilangan beliau.. Masih teringat akan majalah lawak beliau tu..
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

  3. Pingback: Sketsa "BANKER" Melampau - Perginya Seorang Pelawak & Penghibur
  4. dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Al-Fatihah untuk allahyarham.
    .-= Amir´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia =-.

  5. hitunglah hari kite pulak…sentiasa ingat pada mati…

    seorg pelawak yg tiada ganti…
    .-= Zura´s last blog .. =-.

  6. Pingback: uberVU - social comments
  7. Takziah buat ahli keluarga arwah..Sesungguhnya beruntunglah orang Muslim yg meninggal dunia pada hari Jumaat..Terlepas daripada seksaan kubur sehingga hari kiamat..Subhanaallah…

    Dan orang yang paling “bijak” didunia ini adalah orang yg sentiasa mengingati akan keMATIan..
    .-= Nadri´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!