Di sebalik kejayaan Big Boss Air Asia, ini pesanan Tony Fernandes jika nak berjaya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa yang tidak kenal Tan Sri Tony Fernandes, dan pasangannya Chloe.

Perkahwinan tersebut telah dihadiri oleh keluarga terdekat, teman rapat serta pegawai tertingi AirAsia, termasuklah pengerusi AirAsia dan CEO Tune Group iaitu Kamarudin Meranun. Antara VIP lain yang turut hadir adalah pengerusi CIMB Group, iaitu Nazir Razak sebagai best man. 

Hampir semua rakyat Malaysia kenal siapa Tony Fernandes, namun tidak ramai tahu kisahnya bersama AirAsia. Di sini penulis ingin berkongsi kisah inspirasi bagaimana Tony Fernandes memulakan AirAsia, sehingga berjaya membina sebuah empayar perniagaan yang sangat kukuh, yang membuatkan Malaysia dikenali di mata dunia.

tony fernandes dan isteri korea bernama chloe

Kehidupan & Pendidikan Awal

Anthony Francis Fernandes dilahirkan di Kuala Lumpur pada 30 April 1964, berbapakan seorang lelaki India yang berasal dari Goa, India. Ibunya yang berasal dari Melaka mempunyai darah campuran India Malayali dan Asia-Portugis. Sewaktu kecil, beliau selalu mengikuti ibunya menjual Tupperware.

Beliau mendapat pendidikan awal di The Alice Smith School di Kuala Lumpur. Pada usia 12 tahun, beliau menyambung pelajaran ke sebuah sekolah berasrama di Epsom College, England.

Setelah tamat sekolah menengah, beliau ke London School of Economics (LSE) untuk program matrikulasi dan menamatkan pelajaran di universiti yang sama dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. 

tony fernandes ketika muda

Kareer Professional Sebelum AirAsia

Setelah tamat pengajian universiti, Tony bekerja di Virgin Atlantic sebagai seorang auditor, dan kemudiannya menjadi seorang eksekutif kewangan di Virgin Records milik Richard Branson di London dari tahun 1987 sehingga 1989. 

Beliau kemudiannya berjaya menjadi salah seorang ahli akauntan professional melalui Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) pada tahun 1991 dan menjadi ahli fellow pada 1996. Buat masa kini, beliau juga merupakan seorang ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Tony merupakan bekas eksekutif di Warner Music Malaysia, dan pernah mengetuai Warner Music Group sebagai naib presiden bagi kawasan asia tenggara dari tahun 1992 sehingga 2001. 

Apabila Time Warner Inc. mengumumkan penggabungan dengan America Online Inc., beliau meninggalkan syarikat itu untuk mengejar impiannya memulakan syarikat penerbangan tambang murah.

Permulaan Bersama AirAsia 

382798c3 2578 4adf a259 967b8a192668 13438 00000af53204abc9 895

Sejak kecil, Tony mempunyai cita-cita untuk memulakan syarikat penerbangannya sendiri. Ketika berusia 6 tahun, beliau menceritakan kepada bapanya tentang impian beliau untuk memulakan sebuah syarikat penerbangan.

Namun bapa beliau yang merupakan seorang doktor perubatan menyindir dengan berkata, “Sekiranya kau jadi lebih dari seorang doorman di Hilton Hotel pun, aku sudah cukup gembira.”

Setelah lama berkelana di United Kingdom, Tony akhirnya pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambah murah. Beliau menceritakan idea tersebut kepada teman rapatnya iaitu Datuk Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah bank pelaburan (kini beliau merupakan Pengarah Eksekutif AirAsia).

Tony bersama Kamarudin bersetuju untuk bersama memulakan syarikat penerbangan dan mereka bersama mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan modal permulaan sebanyak RM1 juta. Beliau masih ingat lagi tarikh tersebut, iaitu pada Mei 2001. 

tony fernandes bersama tun mahathir 502

Mereka berdua kemudiannya menjemput sahabat karib mereka daripada industri muzik iaitu Aziz Bakar untuk bersama mereka. Melalui bantuan Datuk Pahamin A. Rejab, beliau berjaya berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Oktober 2001. 

Daripada bermula dari kosong, Tun menasihatkan Tony untuk membeli sebuah syarikat penerbangan sedia ada kerana kerajaan sudah tidak lagi mengeluarkan lesen bagi syarikat penerbangan baru pada ketika itu.

Pada 8 September 2001, Tony membeli AirAsia Sdn. Bhd daripada DRB-Hicom Bhd. menerusi Tune Air Sdn. Bhd. dan menjadi CEO syarikat tersebut. Pengambil alihan AirAsia dan Tune Air datang bersama sebuah pakej, iaitu 2 buah Boeing 737 yang usang, lebih kurang 200 orang pekerja serta hutang sebanyak RM20 juta dengan Malaysia Airlines Bhd., Malaysia Airport Holdings Bhd. dan Petronas. 

tony fernandes di awal permulaan airasia 619

Pelaksanaan dan pengurusan kontrak tersebut berjaya dengan bantuan seorang rakan beliau, iaitu Datuk Nasser Abdul Kassim. Kontrak tersebut tidak disambung walaupun telah dilaksanakan dengan jayanya kerana ia diserahkan kepada MAS.

Bagi Tony, beliau sangat bangga kerana kejayaan AirAsia adalah kerana usaha mereka sendiri, tanpa bantuan subsidi daripada kerajaan. Tiada yang istimewa tentang AirAsia, sesiapapun boleh melakukannya dengan syarat mempunyai azam yang kuat.

Kini, Air Asia mampu bertanding di pentas antarabangsa dan mengubah lanskap industri penerbangan negara selaras dengan misi syarikat tersebut, iaitu “Now Everyone Can Fly”.

Pengiktirafan Terhadap Tony Fernandes & Empayar AirAsia

Kini, AirAsia telah menjadi sebuah empayar lebih daripada sekadar syarikat penerbangan, dengan menceburi industri-industri lain. Antara kejayaan Tony Fernandes sebagai wakil AirAsia Group adalah:

  • Berjaya meyakinkan negara serantau untuk membuka laluan penerbangan kepada AirAsia melalui perjanjian open-skies dengan bantuan Tun Mahathir. Sebelum ini, laluan penerbangan tidak pernah dibuka kepada syarikat tambang murah. 
  • Menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia sebanyak 9 kali berturut-turut.
  • Memiliki rangkaian Tune Hotels di beberapa negara termasuklah Britain dan Australia.
  • Pernah memiliki pasukan bola sepak Queens Park Ranger.
  • Pengasas Caterham Group, di bawahnya adalah Caterham F1 Formula One team.
  • No. 52 dalam Top 100 Most Creative People in Business.
  • 2010 Forbes Asia Businessman of the Year.
  • 2014 Brand Builder of the Year di World Branding Awards.
  • Dinamakan sebagai Commander of the Order of the British Empire kerana mempromosikan hubungan komersial dan pendidikan antara Malaysia dan UK. 

Nasihat Tony Fernandes kepada Usahawan

Ini adalah antara nasihat Tony Fernandes kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan:

  • Jangan dengar cakap orang, ikut hati anda.
  • Dapatkan produk yang orang inginkan, yakni yang boleh buat duit.
  • Marketing sangat penting. Pastikan orang tahu mengenai produk dan idea anda. Produk atau idea sebagus manapun kalau orang tak tahu, tak guna juga.
  • Kelilingini diri anda dengan individu yang hebat, mereka yang boleh menutup kelemahan serta melengkapkan anda. 
  • Semangat dan minat adalah sangat penting. Lakukan sesuatu yang ada suka, percaya dan cinta, itu boleh memberikan anda tenaga untuk maju ke hadapan. 
  • Perlu bercita-cita besar. Antara impian beliau semasa kecil selain memulakan syarikat penerbangan adalah untuk memiliki sebuah kelab bola sepak Inggeris dan team lumba Formula One. 
  • Menggalakkan pekerja beliau untuk mengejar cita-cita mereka. Namun begitu, AirAsia sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana mereka boleh belajar, berkembang dan melakukan apa yang membuatkan mereka bersemangat.
  • Ambil pekerja yang betul. Cari mereka yang mempunyai semangat di dalam hati mereka. 
  • Pastikan misi yang jelas. Misi AirAsia adalah “Now Everyone Can Fly” membawa mesej yang jelas, iaitu untuk membolehkan semua lapisan masyarakat untuk terbang bersama keluarga, serta untuk meneroka dunia. 
  • Peluang tidak datang selalu, apabila ia hadir, rebutlah.
  • Lihat di mana orang lain tidak pandang, anda akan nampak peluang.

Kredit:

  1. thomaswhite.com
  2. bbc.com
  3. wikipedia.org
  4. economictimes.indiatimes.com
  5. chrisfharvey.com
  6. yesinspire.com
  7. malaysianreview.com
  8. utusan.com.my
  9. channelnewsasia.com

Spread the love

4 Comments

  1. pemasaran yang digunakan oleh AirAsia sangat mantap.

    mereka bina jenama tersebut menggunakan cara-cara yang cukup kreatif.

    selain itu pengurusan yang bijak telah memastikan AirAsia terus gah bawah Tan Sri Tony Fernades.

    apa yang pelajari dari artikel ini ialah…buat sesuatu sungguh-sungguh dalam bidang yang kita minati
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Menaikkan Energi Getaran ManusiaMy Profile

  2. Memang Tony Fernandes seorang yang cukup gah dalam industri penerbangan..
    Kejayaan beliau juga dibantu oleh rakan-rakan yang tepat.
    Sebab itu kita perlu mencari rakan yang sesuai untuk berjaya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!