Denaihati Network mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020M

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Alhamdulillah, di kesempatan yang mulia ini, kita telah selesai menunaikan ibadah puasa selama sebulan di Bulan Ramadhan. Semoga setiap amal ibadah kita seperti puasa, zikir, baca Quran, Qiamullail dan sebagainya diterima dan di angkat oleh Allah SWT.

Baca juga: 7 Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Pada Aidilfitri Walaupun PKPB

Dalam masa yang sama, di tambah pula dengan jihad melawan COVID-19 serta mengharungi musim PKP dan PKPB. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mengharungi ujian yang besar pada tahun 2020 ini.

Kepada mereka yang tak dapat pulang ke kampung halaman, jangan bersedih. Tetaplah ceria di pagi hari raya bersama ahli keluarga di rumah. Sambutlah dengan kegembiraan dan suasana yang manis. Tak boleh berjumpa, kalian juga boleh video call dengan mereka.

Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang baik disebaliknya. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya menumpaskan Covid-19 ini di Malaysia. Kita jaga kita.

Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan kalian berkecil hati.

Dengan ini, kami daripada Denaihati Network SDN BHD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca blog dan page Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan niaga, para pengiklan, serta semua umat Islam di mana jua anda berada.

Salam kosong-kosong ya semua.

“تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ”

Maksudnya: “(Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini.”

SALAM EID UL-FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN
BARAKALLAHUFIKUM AJMA’IN

Denaihati Network Sdn Bhd


Spread the love

4 Comments

  1. selamat hari raya aidil fitri buat tuan Denaihati dan keluarga

    moga hari raya ini lebih bermakna dalam kehidupan kita pada hari ini

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!