Denaihati Network mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 2019M

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2019 ditetapkan pada  5/6/2019. Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderitaan saudara seagama kita di seluruh dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini.

Peperangan di Syria semakin hebat seperti dunia semakin sampai di pengujungnya.

Jangan lupa kita amalkan adab-adab berhari raya dan perkara yang perlu kita elakkan sepanjang musim hari raya.

Seandainya ada kemampuan, janganlah kita lupakan mereka yang tidak bernasib baik, jamulah mereka, raikan bersama-sama. Semoga ikatan ukhuwah islamiah sesama kita bertambah utuh dan erat.

Sempena hari baik bulan baik ini, kami daripada Denaihati Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca blog dan page Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan niaga, para pengiklan, serta semua umat Islam di mana jua anda berada.

Sekiranya anda akan pulang ke kampung atau melawat saudara mara dan sahabat handai, memandulah berhati-hati dan semoga sentiasa bersabar dengan keadaan trafik yang pastinya sesak di musim perayaan seperti ini.

Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati.

Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.

“تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ”

“Taqabballallahu minna wa minkum”
(Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini.

SALAM EID UL-FITRI 1440H
MAAF ZAHIR DAN BATIN
BARAKALLAHUFIKUM AJMA’IN

Denaihati Network Sdn Bhd


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!