Kali pertama kembara ke Seoul Korea Selatan di musim sejuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Bagaimana blog menjadi medium untuk menambah saham akhirat“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kembara kami ke Seoul Korea.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sahabat kembara Abang ajak bercuti di luar negara. Pilihan nak ke Lagoi Indonesia, Tokyo Jepun dan Seoul Korea. Setelah berbincang kami memilih untuk bercuti di Seoul Korea. Kali ini kami menggunakan khidmat Mahsuri Travel & Tours sebab tak ada masa nak uruskan sendiri seperti kembara-kembara kami sebelum ini.

Ini bukanlah kali pertama Abang ke Korea, pada awal Disember 2017 terbang beberapa hari ke Seoul untuk menghadiri seminar duit crypto. Abang terbang dari KLIA2 awal pagi dan sampai Seoul jam 2.30 pm, terpaksa mengharung jem 3 jam sebelum sampai ke hotel. Ketika itu Abang menginap di Hotel Shilla di tengah-tengah kota Seoul berhampiran dengan Seoul Tower. Rezeki kerana masa itu kali pertama sajli turun untuk musim sejuk 2017.

Daripada pengalaman kali pertama terbang ke Seoul, kali kedua kami memilih untuk terbang penerbangan malam dari KLIA2 dan sampai di Incheon International Airport awal pagi jadi tak lah rugi masa. Kami hanya berlima sahaja dengan bantuan seorang tour guide dan seorang driver. Kami menginap di Hotel Tmark berhampiran dengan Namdaemun Market dan semalaman menginap di Hanwha Resorts Yongin.

Tempat Menarik di Seoul

Seoul ada banyak tempat menarik antara yang kami singgah sepanjang lima hari kembara di Seoul adalah :

NAMSANGOL HANOK VILLAGE 

Hanok village ni memang happening macam-macam acara ada dalam tu contohnya adat istiadat perkahwinan secara tradisional. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar Seoul tapi ia seperti memasuki  time tunnel melihat masa lepas kehidupan orang Korea. Memasuki Perkampungan ini, ade 5 buah rumah tradisional yang dibina menyerupai senibina asal era Joseon. Setiap rumah berbeza-beza fungsi, bentuk dan penghuni, ada rumah rakyat biasa, ada rumah pegawai tertinggi dan rumah queen.

Di sini pon ada juga program anak-anak sekolah pakai baju orange jadi tour guide untuk pelancung yang datang. Malaysia kena buat mcm ini jadi ada aktiviti yang bagus untuk anak-anak sekolah.

ISTANA GYEONGBOKGUNG

Hayati sejarah Dinasti Joseon di Istana Gyeongbokgung. Istana ini dipelihara sejak dahulu lagi sebagai usaha untuk memperkaya nilai tradisi dan kebudayaan masyarakat Korea. Menariknya, di sini anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbok dan bergambar di sekitar istana.

Changdeokgung Palace merupakan salah satu daripada tempat tinggal bagi keluarga diraja Korea. Untuk menerokai seluruh kawasan istana ini, anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam. Tak cukup dengan keindahan istana ini, di luarnya pula terdapat taman yang cukup mengasyikkan keindahannya.

Terdapat beberapa buah kolam teratai dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang penuh warna-warni terutama pada musim luruh, suasana di taman ini kelihatan sungguh magikal. Pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berjalan-jalan dengan keluarga raja di sini.

Waktu Operasi:

Feb – Mei, Sep – Okt: 9.00am – 6.00pm

Jun – Ogos: 9.00am – 6.30pm

Nov – Jul: 9.00am – 5.30pm

BayaranDewasa 19- 64 Tahun 3,000 Won | Remaja & Kanak-kanak 1,500 Won | Kanak-kanak Bawah 7 Tahun Percuma

Alamat :  99, Yulgok-ro, Jongno-gu, Seoul 03072, South Korea

National Museum of Korea

Melangkah masuk ke dalam muzium ini membuatkan anda merasa seperti merentasi zaman kerana pamerannya yang tersusun kemas bermula dari zaman pra-sejarah di Korea sehinggalah ke zaman moden, pameran ini juga lengkap dengan penerangan di dalam bahasa Inggeris (bukan senang nak jumpa muzium sebegini di Korea). Dah penat berjalan, anda boleh bersantai di banyak ruang santai yang disediakan pihak muzium.

Waktu Operasi Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat (10.00am – 6.00pm) | Rabu & Sabtu (10.00am – 9.00pm) | Ahad & Cuti Umum (10.00am – 7.00pm)

Bayaran Percuma

Alamat 137 Seobinggo-ro, Yongsan-gu, Seoul 04383, South Korea

NAMSAN TOWER

Tak sah kalau tak melengkapkan penjelajahan anda di negara Korea tanpa melawat N Seoul Tower atau Namsan Seoul Tower, salah satu bangunan ikonik di Seoul. Sudahlah terletak di atas bukit, ditambah lagi dengan ketinggian menara ini yang mencapai 777 kaki, bayangkanlah pemandangan yang disajikan dari atas menara ini. Cukup mengujakan. Ramai juga yang mengatakan pemandangan dari lobi bawah menara ini pun dah cukup hebat, tak perlu menuju ke dek pemerhatian.

Waktu OperasiIsnin – Jumaat & Ahad (10.00am – 11.00pm) | Sabtu (10.00am – 12.00am)

Bayaran Dewasa 10,000 Won | Kanak-kanak 8,000 Won

Alamat 105, Namsangongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea

Seoul Central Mosque

Itaewon adalah bandar yang terkenal dengan gabungan budaya yang meluas termasuk Islam. Disinilah terletaknya Seoul Central Mosque untuk kemudahan umat Islam. Makanan juga mudah dicari disini kerana populasi penduduk Islamnya yang agak ramai. Pelbagai makanan seperti kebab Turki dan makanan Indonesia dijual di kawasan ini bagi santapan pengunjung. terdapat beberapa deretan kedai untuk para pengunjung membeli belah.

Itaweon juga menempatkan beberapa kafe terkemuka yang menghidangkan pastri dan kek yang menarik. Di sini juga anda boleh mencuba kafe dan mengambil gambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel.

Namdaemun Market

Dengan sekitar 17,000 buah gerai, Namdaemun Market adalah sebuah pasar yang perlu anda lawati untuk menghilangkan kempunan membeli-belah anda. Antara barangan yang terdapat di sini adalah pakaian, peralatan menulis, karya seni, aksesori, topi, mainan, barangan kaca dan banyak lagi, apa sahaja yang terlintas di fikiran, mungkin ada di sini.

Harga yang ditawarkan di pasar ini juga cukup murah! Di sini juga terdapat pusat jualan borong, memang lokasi yang terbaiklah kalau anda nak bawa balik cenderamata bagi orang tersayang. Bagi Muslim, jangan risau, banyak juga gerai-gerai makan di sini yang sesuai untuk anda.

Waktu Operasi 24 Jam | Ahad (Banyak Kedai Ditutup)

Alamat 21, Namdaemunsijang 4-gil, Jung-gu, Seoul 04529, South Korea

DANGDAEMUN

Ade 2 perkara menarik di Dangdaemun, 1st adalah Dangdaemun market yang sangat besar yang menggabungkan tradisional market dan shopping center. Ia merangkumi 26 buah shopping mall, 30,000 shoplot dan 50,000 manufacturer merangkumi kain-kain, baju, kasut, accessories, barangan elektronik, barang kulit, sukan, barang office, mainan, pet dan lain-lain. Kawasan ni memang hidup 24 jam sebab pada malam hari ade pasar malam plak. Boleh sambung shopping sampai pagi ya kang kawan.

Gambar kat atas ni adalah tarikan ke 2 di sini, namanya Dangdaemun Design Plaza (DDP), sangat futuristik kan. Ia adalah gabungan tradisi, relics, cutting edge dan multi cultural yang moden. Di dalam nya terdapat Art Hall, Muzium, Design Lab, Design Market, dan dongdemun History & Culture Park. Penggemar drama korea pasti ingat lokasi ni dalam “My Love from the Star”

EVERLAND THEME PARK

Taman Tema Everland telah dinobatkan sebagai taman tema ke-16 paling femes di dunia pada tahun 2014. Merupakan taman tema terbesar di Korea dan diuruskan sepenuhnya oleh Samsung C&T Corporation, anak syarikat Samsung Group. Tarikan utama adalah T Express-Roller, coaster kayu! Merupakan roller coaster ke-5 terpantas di dunia, wauu. amacam ade beran?

Terbahagi kepada 5 tema:

1. Global Fair
Tempat makan, kedai cenderahati, kedai gambar, perkhidmatan locker dan stroller.

2. Zoo-topia
Anda boleh melihat haiwan-haiwan comel di sini antaranya kuda poni, beruang kutub, singa laut, penguin, beruang, harimau.
Anda boleh mengelilingi kawasan zoo topia dengan menggunakan bas yang disediakan.

3. European Adventure
Di sini anda boleh menikmati suasana seakan-akan di Eropah. Pada musim bunga, Everland di hiasi dengan berjuta-juta bunga tulip yang sangat cantik. Anda wajib mencuba Mysteri Masion dan T Express di sini.

4. Magic Land
Mencuba bermain Roda Ferris, Log Ride, Futuristic Flying Ride dan Robot Ride pasti mengujakan anda!

NAMI ISLAND

Nami Island terbentuk hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Mendapat nama daripada General Nami yang telah disemadikan di sini. Beliau telah dibunuh pada usia 28 tahun pada masa pemerintahan Raja Sejo (1455-1468) kerana telah dituduh sebagai pengkhianat. Pada tahun 1965, Nami Island telah dibeli oleh Mr. Minn Byeongdo (1916-2006), seorang pencinta alam semula jadi. Mr Minn kemudiannya telah menanam semula hutan di Nami Island, membina resort dan menjadikan Nami Island sebagai sebuah tempat pelancongan.

Terletak 63 km dari Seoul, 30 minit dari Chuncheon dan 1 jam perjalanan dari pinggir bandar Seoul, ia merupakan lokasi terbaik untuk merehatkan minda. Berkeluasan 553 560 km2 dan dipenuhi dengan pokok-pokok chestnut menjadikan Nami Island lokasi pengambaran Drama Korea popular Winter Sonata. Di Nami Island, anda berpeluang menikmati pemandangan indah dengan menaiki ferry. Di sini juga terdapat kemudahan sukan aktiviti air seperti perahu bermotor dan ski air.

Semasa musim sejuk, Nami Island bertukar wajah seputih salju.
Kecantikan Nami Island ketika musim sejuk telah dipilih sebagai lokasi dalam drama popular Winter Sonata.

Tahukah anda? Tiada satu pun tiang telefon di Nami Island! Semua wayar eletrik dibina dibawah tanah untuk mengekalkan landskap semulajadi Nami Island.

Gangchon Elysian Ski Resort

Mengambil masa sejam dari Seoul. Gangchon memberi jaminan keterujaaan dan keselesaan berski dengan 1000m untuk peluncur  baru (pemula), peluncur ski pertengahan, dan pakar.

Nikmati kestabilan dan keselesaan meluncur salji atas cerun lembah dan dengan keterujaan dan kesegaran berski atas cerun rabung. Bagi yang berminat meluncur pada waktu malam, ia beroperasi sehingga jam 2 pagi.

Taman tema Gangchon ini yang diperbuat daripada 10 tema berbeza merupakan tarikan unik dan Gangchon Channel Park pula merupakan taman ekstrem untuk mereka yang baru ingin mula meluncur sehingga kepada yang pakar ski.

Alamat: 688 Bukhangangbyeon-gil, Namsan-myeon, Chuncheon-si, Gangwon-do

Makanan Halal Di Seoul

Pengalaman dua kali ke Seoul makanan halal bukan masalah. Kepada yang suka selera makanan korea memang banyak sangat makanan korea yang halal. Biasanya travel agent akan bawa kita makan di restoran halal berselera korea.

Kalau nak makan makanan selera lain seperti Turki, Pakistan, Melayu dan Indonesia boleh gunakan aplikasi Zabihah cuma kena baca nota akan dinyatakan samada status halal yang diiktiraf atau hanya sebutan oleh pekerja atau pelanggan.

Bila dah sampai Korea kalau tak cuba Kimchi memang tak sahlah. Kami sempat pergi ke pusat membuat kimchi dan sempat juga mencuba membuat sendiri, taklah susah mana.

Kepada yang belum pergi Korea Selantan boleh je pergi sendiri lebih murah berbanding menggunakan travel agent. Semuga entri ini dapat membantu rakan-rakan yang berhajat nak ke Seoul Korea Selatan.

Kepada yang nak sewa bilik hotel murah boleh book awal-awal di Hotel Murah di Korea.

Kepada yang suka duduk di apartment daftar je kat Apartment Murah untuk dapat Apartment pada harga yang murah.

Selamat bercuti di Korea Selatan. Nak baca kisah Pengembaraan lebih 30 puluh buah negara jom baca Kembara Denaihati.

4 Comments

  1. Really great article, Glad to read the article. It is very informative for us. Thanks for posting. – it staffing company in bangalore, staff providing agency in bangalore

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!