Denaihati kembara ke Krabi Thailand

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri kembara sebelum ini “kembara Afika Selatan“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kembara ke Krabi Thailand.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Bulan Mei setiap tahun sejak 2012 Abang sering mengembara keluar negara untuk melihat keindahan alam ciptaan ALLAH, boleh baca di Kembara Denaihati. Tahun ini rakan kembara tidak dapat bersama kerana simpan cuti untuk menjadi tetamu ALLAH, mengerjakan ibadah haji bersama isteri. Kebetulan anak yang belajar di Madrasah An Nur sedang bercuti panjang jadi Abang ambil keputusan mengembara bersama isteri dan anak tahun ini. Destinasi kali adalah kembara ke Krabi Thailand dekat tapi belum pernah dijejaki.

Abang buat persiapan pembelian tiket pesawat dan tempahan bilik hotel di saat terakhir kerana kebetulan sehari sebelum terbang ada tetamu dari Indonesia datang ziarah. Terbang dengan Airasia sebab lambat buat tempahan dapat harga agak mahal RM800 pergi balik. Menggunakan Agoda tempah bilik di hotel Pelican Residence & Suite di pantai Klong Muang sebelum terbang ke Krabi, memilih sedikit jenis bilik sebab kami pergi bertiga. Harga tertera dalam website Agoda USD1038 tapi sebab ahli dapat harga istimewa USD138, ada kolam renang peribadi. Kalau kawan nak booking hotel murah macam Abang sila klik sini Hotel Agoda.

Abang memang tak boleh nak bayangkan Krabi ini macam mana sebab tak sempat nak buat kajian. Sementara menunggu terbang baca beberapa blog review tentang Krabi. Menurut review ini majoriti pelancong yang datang ke Krabi akan menetap di Pantai Ao Nang.

Alhamdulillah penerbang ikut jadual dan proses imigresen pun tiada masalah. Perkara pertama yang Abang buat tanya pada kaunter pelancongan berapa jauh Pantai Klong Muang dari airport, berapa jauh dari bandar dan bagaimana nak dapatkan makanan halal di Krabi. Setelah mendapat semua informasi, Abang ambil keputusan untuk menyewa kereta. Abang sewa kereta Toyota Altis dari syarikat sewa Sixt pada  kadar RM110 sehari. Dokumen yang perlu untuk menyewa hanya pasport dan lesen memandu. Oleh kerana Thailand negara Asean jadi tidak perlukan lesen memandu antarabangsa seperti pengalaman memandu di Eropah.

Suasana kiri kanan memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi ke Pantai Klong Muang hampir sama seperti memandu di Malaysia cuma bahasa di papan tanda sahaja berbeza. Jaraknya lebih kurang 30 KM. Waze bantu menunjuk arah sehingga sampai ke hotel.

Sesampai di Hotel Pelican kami disambut dengan ramah. Salah seorang krew wanita, Diana begitu teruja apabila berjumpa isteri rupanya dia Islam, siap peluk-peluk lagi. Hotel Pelican terletak di hujung pekan kecil di Pantai Klong Muang. Lokasi hotel dengan pantai hanya di pisahkan dengan jalanraya sahaja. Memang tenang dan ramai pelancung dari Eropah menentap di sini. Betul bilik kami ada kolam peribadi yang agak besar, konsep apartment dua bilik yang luas dan selesa. Berbaloi sangat bayar USD138 semalam.

Lewat petang perut pun dah berbunyi. Apa lagi masa mencari seefood Krabi yang segar. Diana maklumkan pada kami antara seefood halal yang besar di Krabi adalah Restoran Paknam Seafood. Guna waze Abang pun memandu menuju ke Restoran Paknam di daerah Sai Thai, Mueang, lebih kurang 20 km daripada Hotel. Memang berbaloi memandu sejauh itu sebab makanannya memang sedap dan suasan di tepi sungai menambah sedap makan.

Selesai mengisi perut dengan berbagai menu seafood kami bergerak ke Pantai Ao Nang. Memang meriah Ao Nang ini ada beratus hotel memewah, sederhana mewah dan homestay. Memang meriah di sini ada macam jenis kedai, kelab malam, pusat urut Thai, restoran dan banyak juga kedai-kedai makan halal. Nampak juga masjid besar tersergam tepi jalan dalam pekan Ao Nang. Betul lah majoriti pelancong tertumpu di sini. Kami hanya lalu sebab nak terus pulang, esok ada aktiviti laut lebih lapan jam. Jarak Pantai Ao Nang dengan Pantai Klong Muang lebih kurang 10 KM.

Awal pagi jam 8 am, hari kedua kami sudah bersedia di lobi hotel untuk ke Pulau Phi Phi. Bayaran untuk ke Phi Phi Island adalah 1800 baht seorang tapi Diana bagi harga istimewa 1500 baht dan tambahan 400 baht untuk yuran antarabangsa. Selain daripada pakej Pulau Phi Phi ada lagi 3 pakej iaitu pakej 4 island, snorkeling dan hot spring. Semua pakej harga berbeza-beza. Kami di bawa ke jeti di Pantai Ao Nang, berkumpul bersama-sama pelancung daripada hotel-hotel lain.

Jam 9 am, bot laju yang diisi 35 pelancung dari berbagai negara dengan enjin berkuasa kuda 750 mula membelah laut menuju beberapa destinasi. Sungguh indah pemandangan laut Krabi dengan dihiasi pulau-pulau kecil dan air laut hijau kebiru-biruan, sangat jernih. Lokasi pertama yang kami singgah selama 45 minit adalah Pantai Bamboo. Sangat cantik dan pasirnya sangat halus.

Kemudian kami dibawa ke sebuah kawasan yang dipenuhi pulau-pulau batu kapur. Subhanallah memang sangat cantik, tak mahu tulis banyak tengok gambar dan tonton video kembara Krabi dari kami. Kami di bawa ke gua batu kapur, pantai Maya dan sempat juga snorkeling untuk pertama kali dalam hidup. Di Pantai Maya kami dibenarkan mandi manda, memang seronok. Selepas Pantai Maya kami singgah kejap di Monkey Beach dan terus ke Pulau Phi Phi.

Abang pernah sampai di Pulau Phi Phi pada tahun 1992, tapi sekarang setelah Tsunami banyak sudah berubah, lebih cantik. Di sini kami diberi makan tengahari secara buffet. Di Pulai Phi Phi majoriti penduduk adalah Islam jadi semua buffet yang disediakan adalah halal dan ada logo halal terpampang besar. Surau pun tidak jauh dari jeti dan sangat bersih, ada telekong, ada kain pelekat dan juga jubah. Kami berehat di sini dan buat aktiviti bebas lebih kurang satu jam.

Kami bergerak dari Pulau Phi Phi pada jam 3.30 pm dan sampai  di jeti Pantai Ao Nang pada jam 4,30 pm. Sepanjang perjalanan pergi dan balik untuk pakej Phi Phi Island terasa berada di Syurga dunia, begitu cantik alam ciptaan ALLAH. Sampai bilik apa lagi terjun kolam untuk buang segala pasir dan garam laut yang melekat di badan.

Sebelum Maghrib teman madam urut kali di sebuah pusat urut di Pantai Klong Muang sambil layan sunset yang sangat indah. Tepi pantai ini ada berpuluh gerai dengan berbagai juadah yang sesuai untuk pelancung bukan Islam. Memang meriah. Sebelah malam kami memandu ke Pekan Ao Nang untuk mencuba seafood halal Krabi di Restoran Bamboo yang terletak di Muslim Street Ao Nang, berhampiran dengan Masjid Ao Nang. Ada  berpuluh restoran halal di kawasan ini boleh semak di Makanan Halal di Krabi. Kali ini kami cuba menu lobster segar dan ikan bakar.

Hari ketiga sebelum balik kami berjalan-jalan di Pantai Klong Muang tengok nelayan turunkan ikan. Madam layan urut badan di tempat semalam, katanya urutannya sedap dan harga murah. Kami keluar dari hotel agak awal sebab nak  singgah solat zuhur di Masjid Ao Nang. Selesai  solat kami dipelawa oleh seorang jemaah untuk ke Restoran halalnya iaitu Restoran Seefood A Hud yang tidak jauh daripada masjid. Selesai makan tengahari kami bergerak ke Lapangan terbang, sempat singgah setengah jam di Krabi Outlet Village kira-kira 5 KM dari airport.

Video Kembara Denaihati di Krabi

Alhamdulillah kembara Krabi kami berjalan sangat lancar dan merupakan suatu pengalam indah yang tidak dapat dilupakan. Masih terkenang-kenang keindahan pantai, pulau dan laut Krabi. Ada rezeki pergi lagi. Kepada pembaca sila klik gambar untuk lihat lebih banyak gambar-gambar lain.

Amir Denaihati (follow FB sebab banyak lagi kisah kembara yang menarik)
Founder Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

62 Comments

  1. Salam bang..terima kasih atas entri krabi ni. Sangat mmbantu. Nak tanya sewa kereta rm 110 sehari tu dah termasuk insurans sekali ke?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!