Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “kembara Denaihati ke Johannesburg dan Pretoria Afrika Selatan“. Kali ini Abang nak sambung kisah kembara kami ke Durban Afrika Selatan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Lima hari di Johannesburg adalah pengalaman yang menarik. Siapa sangka Denaihati akan sampai Johannesburg dan Pretoria. Tak pernah mimpi.
Untuk meneruskan perjalan jauh, kami sewa van daripada syarikat sewa kereta Avis. Tak mudah juga nak dapat van untuk muatkan bagasi dan orang seramai lima orang. Daripada Johannesburg kami bergerak ke Holistic Educarion Centre kepunyaan Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah di Springs Geduld lebih kurang 60 km dari Johannersburg. Kami bermalam semalaman di sini. Sama seperti asrama MTS yang lain bersih dan kemas luar dan dalamnya.
Perjalanan kami seterusnya adalah 600 km menuju ke Durban. Kami memandu bergilir-gilir merentas Afrika Selatan dengan keadaan jalanraya yang baik dan pemandangan sekeliling yang indah. Kami sampai di Hasan Durum Education Centre tengah malam. Hasan Durum Education Centre adalah antara beberapa madrasah di Durban yang diuruskan oleh Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah.
Sepanjang dua hari berada di Durban kami dibawa oleh seorang ustaz Turki ke beberapa tempat menarik di Durban antaranya waterfront yang sangat cantik, natal lion park dan summer camp yang diuruskan oleh MTS.
Durban memang bandar pelancungan yang moden dan ramai pelancung daripada berbagai negara yang bercuti di sini. Banyak penerbang antarabangsa yang membuat penerbangan terus ke Durban. Majoriti penduduk di Durban adalah daripada berkulit putih.
Kami sempat juga di bawa melawat ke bagunan baru madrasah MTS untuk menampung pemintaan yang tinggi untuk belajar ilmu Islam. Madrasah MTS di Durban seperti juga di Johannesburg dan Spring Geduld menerima pelajar yang bukan Islam yang telah bersetuju untuk belajar ilmu Islam.
Kami di bawa ke Natal Lion Park lebih kurang 15 km dari bandar Durban. Pertama kali dapat melihat Gajah dan Singa pada jarak yang sangat dekat. Kalau di Zoo Negara atau Zoo Taping hanya tengok dari jauh. Di Durban sebenarnya ada banyak safari-safari kecil sebagai tarikan pelancung. Selain itu ada juga Bird Sanctuary. Tiket untuk masuk ke Natal Lion Park Durban hanya R150 untuk satu kereta tidak lebih tujuh orang atau R220 untuk satu bas.
Jom tengok video kami memandu sendiri memasuki Natal Lion Park.
Lokasi summer camp di kawasan tinggi jadi boleh lihat bandar Durban yang cantik. Sepanjang perjalanan menuju ke Summer Camp terdapat banyak rumah-rumah kotak setinggan yang menjadi kediaman kaum kulit hitam. Mereka memang sangat miskin.
Makanan halal di Durban memang banyak sama seperti di Johannesburg. Sempat juga kami singgah di beberapa restoran halal ketika berada di Durban. Mudah sebab logo halal besar terpampang di pintu restoran yang mempunya status halal.
Banyak lagi tempat menarik di Durban yang tak sempat kami singgah kerana masa terlalu pendek. Ada rezeki Abang akan datang lagi melawat Durban untuk melihat tempat-tempat menarik yang lain.
Ini video penuh kembara Denaihati di Durban
Untuk membaca kisah pengembaraan Abang di lebih 20 buah negara sila klik Kembara Denaihati. dan tonton video kemabara Denaihati di Denaihati TV.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
29 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
afrika selatan sudah sangat berubah semoga akan terus bertumbuh agama islam disana
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Pancake Keju
terima kasih tuan atas sharing yang bermanafaaat… semoga tuan terus posting sesuatu yang menjana minda. tq tuan..
wow, 1st time baru tahu tempat ni. Untungnya dapat jalan-jalan kat sana.
Curahan rasa Umrah Murah @ ..Faktor Memilih Pakej Umrah
BESTNYA…lagi best sebab senang dapat kedai halal kan.. ni pun salah satu destinasi impian kami..
Wah Afrika Selatan.
Terdapat banyak makan para ulama nusantara disana kesan penjajah belanda
Memang menarik sekali. Tak sangka ada usaha untuk mengembangkan sekolah madrasah di sana.
Curahan rasa Hadi @ ..Tempat Menarik di Kuching & Panduan Lengkap Percutian Sarawak
rasa-rasanya macam panas sahaja negara Afrika ini…
mungkin malam agak sejuk kot.
sekarang belum ada peluang untuk pergi keluar negara
Curahan rasa mrhanafi @ ..Panduan Cari Duit Tambahan Di Jamumall.com
Subhanallah.. bestnya suasana kat sana tuan.. paling tering nak kunjung ke African bird of prey sanctuary..
Subhanallah.. bestnya suasana kat sana tuan.. paling tering nak kunjung ke African bird of prey sanctuary..
Curahan rasa Syakilla Azam @ ..5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan
alhamdulillah bisa melihat saudara muslim kita disana walaupun dengan melalui artikel yang di posting denaihati. Makasih untuk informasinya,
Curahan rasa ade sunandar @ ..Tasly Margarita Plus Capsule
sebenarnya ramai je rakyat berkulit putih di afrika. masih ramai yg tak tahu pasal ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan Filem To The Bone
Comments are closed.