Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Denaihati kembara ke Krabi Thailand“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kembara ke Bangkok Thailand.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ini bukan kali pertama kembara ke Bangkok, kali pertama pada tahun 1999 syarikat hantar untuk belajar sistem kerja di Bumrungrad International Hospital selama seminggu. Selepas itu banyak kali juga Abang menjejaki kaki ke kota Bangkok untuk urusan bisnis dan bercuti. Cuma kali ini pertama kali bercuti di Bangkok bersama isteri dan anak.
Trip kali ini kami menaiki pesawat MAS sebab dapat harga tiket termurah lebih kurang RM620 pergi balik, tempah menggunakan Traveloka. Kami menetap di hotel JW Marriot Bangkok dapat harga istimewa sebab ahli, dekat dengan pusat membeli belah dan dekat dengan station MRT. Nak dapat harga hotel diskaun banyak boleh booking di Hotel Denaihati.
Kali ini semasa pemeriksaan imegresen di Suvarnabhumi International Airport kena tanya macam-macam soalan dan kena tunjuk tiket balik. Mungkin sebab dalam pasport ada banyak visa ke Saudi dan nama pulak macam ala Arab. Itu antara risiko mengembara kepada orang Islam. Jadi paling bagus kita kena sediakan semua dokumen perjalanan pergi balik dan tempahan hotel yang telah dibuat. Ini bukan kali pertama di soal imegresen, pada entri kembara sebelum ini ada Abang kongsi pengalaman kena tahan lebih 45 minit di Macau.
Kami ke hotel yang jarak lebih kurang 50 minit menaiki Airport Limo pada harga 1200 baht, kalau naik teksi lebih kurang 600 baht dan kalau nak cepat bagus naik MRT hanya 150 baht. Abang suka naik teksi di Bangkok sebab khidmatnya sangat baik jauh sangat beza kalau nak dibandingkan dengan teksi di Malaysia. Jangan lupa kalau nak guna broadband internet bagus beli di airport. Di Thailand Abang lebih suka guna telco DTAC pakej 299 baht untuk 4GB seminggu.
Nak jadi rezeki rupanya Dato Hussamuddin, CEO Kumpulan Media Karangkraf juga menetap di hotel JW Marriot. Sempat kami kami mengopi dan sarapan pagi bersama. Hotel JW Marriot ini terletak di Sukhumvit Road kalau di Malaysia kira macam Bukit Bintang tempat pelancong bertumpu sebab ada banyak shopping mall dan dekat dengan Nana street yang banyak makanan halal.
Seronoknya duduk di hotel JW Marriot ini kerana ada makanan halal. Setiap makanan buffet pagi dan malam ada label untuk makanan halal dan tidak halal. Kalau tak nak makan di hotel boleh sahaja makan di restoran Beirut dan Arabesque Restaurant di hadapan hotel yang menyediakan berbagai menu halal yang sedap-sedap.
Hari kedua selepas sarapan pagi kami rancang nak pergi Bangkok Grand Palace and River of Kings Canal Cruise. Trip 2013 Abang pernah naik cruise ini boleh tahan menarik juga. Tapi bila sudah masuk teksi jadi lain pulak kerana terhasut pujukkan pemandu teksi. Kami pergi ke Floating Markets Bangkok di Damnoen Saduak lebih kurang 80 KM dari Bangkok. Ada beberapa pakej selain floating market cruise antaranya menunggang gajah, monkey show dan snake show. Untuk floating markets cruise selama 2 jam tiketnya seorang 1500 baht. Ditebing sungai ada berbagai kedai dengan macam-macam jualan tapi sebab kami datang hari biasa banyak juga kedai yang tutup.
Daripada Damnoen Saduak kami terus ke MBK Shopping Mall sebab nak cari makanan halal dan cuci mata window shopping. Mall ini memang terkenal kepada pelancong dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia. Pasaraya 6 tingkat yang menjual berbagai barang dengan harga yang sangat berpatutan. Nak cari makanan halal ada di tingkat lima dan tingkat enam. Surau pun ada untuk lelaki di tingkat enam dan surau perempuan di tingkat lima.
Hari ketiga sebelum check out hotel sempat kami singgah di Central Embassy Mall, lebih kurang 10 minit berjalan dari hotel. Mall ini menjual produk berjenama seperti Coach, Hermes, Chanel, Gucci dan banyak lagi jenama yang hebat-hebat.
Kami ke Airport awal tiga jam bukan apa trafik di Bangkok tidak boleh dijangka, lebih teruk jemnya berbanding trafik di Kuala Lumpur. Sampai di Airport kami cari restoran halal di Suvarnabhumi Airport Bangkok tetapi rupanya sudah berpindah ke level bawah. Alhamdulillah kembara ke Bangkok walaupun hanya tiga hari berjalan dengan lancar, dapat bawa isteri dan anak melihat bandar Bangkok. Kepada pembaca sila klik gambar untuk lihat lebih banyak gambar-gambar lain.
Video kembara di Floating Markets Bangkok
Amir Denaihati (follow FB sebab banyak lagi kisah kembara yang menarik)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
18 Comments
thailand memang best! terutamanya bab makanan.. sebab tu ramai yang jadikan negara ini sebagai salah satu tempat percutian idaman
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
…salam. teruja dan tertarik hati bila tengok video tentang DH sekeluarga ,
melancong ke Bangkok, Thaiand
Bercuti dan melancong memang best.. Saya pun ada keinginan untuk pergi ke Thailand bersama keluargs
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pelajari Teknik Forex Sebenar Yang Mudah
Terima kasih DH, atas perkongsiannya ya. Saya belum pernah sampai ke Bangkok. Mungkin kalau ada kesempatan ke sana boleh cuba semua tips dan info yang DH kongsi. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Bandar Seri Alam dan Johor Bahru
Thailand negara yang best untuk dilawati..
Sejujunya saya memang menyimpan hasrat dan impian untuk melancong
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pelajari Teknik Forex Sebenar Yang Mudah
Seronoknya.. bilalah ada kesempatan ke sana
Terima kasih untuk catatan tuan ini. Memang berguna sebagai rujukan dan panduan bila bercuti di sana
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Minggu Yang Padat Dengan Tempahan
itulah sebelum kita melancong ..kita boleh membaca blog orang lain dulu sebagai panduan yang berguna…
belajar dari pengalaman orang lian
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Hajat nak bercuti di luar negara kami tangguhkan dulu, anak anak masih bersekolah, cuti tak sama dengan ayahnya 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Orang Kerja Pejabat Buat Komisyen
bercuti bersama keluarga antara yang terbaik …
saya memang nak sangat terutama nak ke Thailand..
melancong macam orang kaya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Bestnya baca pengalaman tuan Denaihati dan keluarga pergi melancong ke Bangkok.
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Kadang tu rasa kecil jer dunia ni kan… pergi melancong ke Bangkok pun secara tak sengaja boleh jumpa orang Malaysia.. yang kita kenal pulak tu..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Kebetulan pula tuan Denaihati mempunyai minat yang sama dengan Dato Hussamuddin.. iaitu masing2 suka melancong ke.luar negara..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
saya juga ada hobi yang melancong…
tak kira kat dalam negeri atau luar negara..
sekarang ini tengah bekerja keras untuk mecapai impian tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Seronoknya bercuti kat Thailand. Tepi pantai Hatyai tu sedap masakan dia selain harganya yang agak murah. Bila la saya boleh bawa keluarga bercuti dengan hasil titik peluh sendiri ni kan…doa-doakan la saya ye…hehe
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Saya cuma pernah pergi Krabi saja. Tapi teringin nak ke Thai lagi, sebab makanannya memang sedap-sedap kan. Harga pun tak mahal.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Bandar Seri Alam dan Johor Bahru
saya nak melancong untuk cari pengalaman di negara orang..
mudah-mudahan doa dan impian saya bisa terlaksana..
aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
wah seru jalan-jalannya setidaknya bisa memberikan informasi hotel dan makanan halal buat kami. Thanks untuk infonya
Curahan rasa ade sunandar @ ..teh hijau camellia bee pollen tasly
masa melancong di luar negara makanan halal adalah yang sangat diperlukan..
dah sabar rasanya nak melancong
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Comments are closed.