Data pengguna Muslim Pro dijual pada ketenteraan US?

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Muslim Pro adalah satu aplikasi berkenaan waktu solat, zikir-zikir dan al-Quran, kira-kira hampir 98 juta pengguna seluruh dunia memuat turun aplikasi tersebut.

Terkini, aplikasi yang terkenal di kalangan umat islam seluruh dunia dengan kelebihan yang ada, data penggunanya dijual kepada ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Tambahan, maklumat tersebut dijual dengan sebab-sebab yang tidak diketahui, lapor Vice.

Menurut laporan, salah satu pembeli data tersebut ialah daripada bahagian Komando Operasi Khas AS atau US Special Operations Command (USSOCOM) yang berkait rapat dengan isu seperti anti-keganasan, anti-pemberontakan dan pelbagai aktiviti rahsia di seluruh dunia.

NST

Ketenteraan AS juga dilaporkan mendapatkan data lokasi pengguna dengan dua cara. Cara yang pertama ialah menggunakan alat pengesan bernama Locate X.

Cara yang kedua pula menggunakan syarikat bernama X-Mode. Syarikat ini akan peroleh data lokasi live daripada aplikasi kemudian menjual data tersebut kepada ‘pihak ketiga’ termasuk kontraktor kerajaan.

Menerusi laporan Vice, aplikasi Muslim Pro lah yang paling banyak mengirim data penggunanya kepada X-Mode. Sebagai imbalan, X-Mode akan membayar mereka berdasarkan jumlah pengguna yang dimiliki.

Contohnya, kalau ada 50,000 pengguna aktif harian di AS mereka akan hasilkan USD 1,500 sebulan!

Muslim Pro ni bukannya calang-calang aplikasi dan ia dikatakan antara aplikasi paling popular di kalangan umat Islam seluruh dunia.

Selain tunjuk jadual waktu solat, ia juga digunakan untuk tunjuk arah kiblat dan lain-lain.

Awani

Sehingga kini, Muslim Pro tidak memberi sebarang kenyataan lagi berkenaan laporan tersebut. Selain Muslim Pro, menurut Vice, aplikasi jodoh seperti Muslim Mingle juga menjual data kepada X-Mode.

Langkah berjaga-jaga, korang deletelah dulu aplikasi Muslim Pro.

Sumber: Lobak Merah


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!