Darurat diisytihar di Korea Selatan, kebakaran besar melanda

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Korea Selatan mengisytiharkan darurat selepas kebakaran hutan yang bermula semalam semakin buruk.

Hampir 900 jentera bomba dikerah bersama berpuluh ribu anggota keselamatan untuk mengawal kebakaran.

Kebakaran bermula lewat Khamis lalu di sepanjang jalan di bandar Goseong yang terletak di timur laut negara ini dan sekitar 45 kilometer dari sempadan Korea Utara.

Angin kencang memburukkan lagi keadaan menyebabkan api merebak ke kawasan pergunungan, memusnahkan 400 kediaman dan 500 hektar tanah, menurut kerajaan.

Hampir 4,200 orang dipindahkan dengan seorang dilaporkan maut manakala 35 lagi cedera, kata pihak berkuasa.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in melawat kawasan di wilayah Gangwon paling teruk terjejas, untuk bertemu dengan penduduk yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Beliau turut melawat sekolah rendah di Goseong yang dijadikan tempat perlindungan di Goseong dan kampung Jangcheon, di mana banyak rumah kediaman dilaporkan terbakar.

“Saya harap anda memberi penjagaan yang lebih baik kepada semua mangsa kerana mereka kehilangan rumah dalam sekelip mata,” kata Jae-in kepada pegawai bomba.

Agensi Kebakaran Kebangsaan berkata lebih 870 jentera bomba dan kira-kira 10,000 anggota kecemasan dikerah untuk mengawal kebakaran itu.

Pasukan tentera turut mengerahkan 32 helikopter dan 16,500 anggotanya untuk membantu


Spread the love

9 Comments

    1. Insyallah. Sama-sama kita doakan semoga keadaan di sana baik-baik sahaja. Memang kebakaran terburuk yang pernah jadi di sana.

    1. Betul tu. Dah banyak tanda-tanda bencana alam yang Allah tunjukkan. Semoga kita semua terus istiqomah dalam kebaikan dan di perteguhkan iman dan amal kita. Insyallah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!