Cuti sekolah jangan biar berlalu begitu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan UPSR dan PSRA abang Irfan sudah keluar dan ini tanda sessi persekolah 2015 akan melabuhkan tirai. Abang Irfan akan melangkah ke sekolah menengah jadi menjadi tugas berat untuk kami memilih sekolah yang sesuai. Peperiksaan SPM kakak Sahira pula akan berakhir akhir November bermakna kakak akan berehat lama menunggu keputusan SPM. Bermula percutian sekolah yang panjang.

keluarga Denaihati 2014

Dalam tazkirah di Surau Al-Ikhlas Bukit Belimbing baru-baru ini ustaz pesan supaya ibu bapa merancang percutian anak-anak dengan teratur. Buat pengisian dan jadual supaya cuti sekolah tidak berlalu begitu sahaja. Paling merisaukan apabila anak-anak dibiar begitu sahaja menghabiskan masa menonton tv, bermain game dan bersosial media keterlaluan sehingga menjadi budaya hidup.

Antara aktiviti yang dicadangkan oleh ustaz adalah :

  1. Membaca Al Quran setiap hari selepas solat suboh dan maghrib. Paling bagus bagi target jumlah juzuk yang perlu di baca setiap hari.
  2. Baca kitab dengan tajuk berbeza setiap hari bersama sehari sekali. Buat giliran untuk membaca kitab dan pastikan keluarga akan tetap membaca walaupun ayah atau ibu tiada di rumah.
  3. Bawa anak-anak ke majlis ilmu di masjid atau surau kalau tidak setiap hari paling tidak sekali dua seminggu.
  4. Balik kampung ziarah atok dan nenek.
  5. Bawa anak-anak ziarah keluarga dekat dan keluarga jauh untuk mengukuhkan tali persaudaraan yang semakin terhakis.

Kalau ibu bapa terlalu sibuk hantar anak-anak ke kem Al Quran atau kem motivasi yg terdekat. Jangan lupa kenali kawan anak-anak dan jangan biarkan anak berkawan dengan sesiapa saja yang kita tak kenal. Mengenali kawan-kawan anak bukan sampai mengongkong persahabatan mereka tetapi amil tahu supaya tidak tersilap langkah.

lokasi-menarik-di-kuala-lumpur

Kepada yang ada bajet lebih boleh juga bawa anak-anak melancong dalam negeri seperti di tempat menarik di Kuala Lumpur, tempat menarik di Langkawi dan tempat menarik di Terengganu. Dengan perancangan yang awal dan betul insyaa Allah percutian tidak akan jadi terlalu mahal. Nak sewa hotel dengan diskaun sehingga 60% boleh klik sini booking hotel murah. Kepada nak bawa anak-anak merasai susah senang hidup saudara Islam kita di Kemboja boleh minta  eQurban.com uruskan.

Terima kasih ustaz ingatkan kami.


Spread the love

355 Comments

  1. Masa cuti ini lah masa yang sangat-sangat sesuai untuk kita berikan anak-anak kita sesuatu pengalaman yang baru, supaya bila bukak selolah nanti, mereka akan seronok berkongsi cerita dengan kawan-kawan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!