Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Seramai 45 individu dikesan positif COVID-19 dalam Kluster PUI Sivagangga setakat hari ini.
Baca: Covid-19: Kluster Sivagangga kemungkinan ‘Super Spreader’
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua mereka disaring daripada 4,636 orang di tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
“Seramai 4,078 orang telah disaring di Kedah dan daripada jumlah itu, seramai 31 orang didapati positif COVID-19, 4,020 individu negatif dan 27 individu masih menunggu keputusan.
“Di Perlis, 390 orang disaring, dengan 11 kes dikesan positif COVID-19 dan
379 individu masih menunggu keputusan.
“Hasil saringan 168 individu di Pulau Pinang, tiga kes dikesan positif COVID-19,
85 individu negatif dan 80 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan.
“Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini,” ujarnya.
Baca: Jangan terlalu selesa dengan angka penurunan Covid-19 di Malaysia
Sumber: Awani
4 Comments
semoga negara kita bebas dari penyakit berjangkit, buat masa ni kena tak boleh terima pelancong untuk keselamatan rakyat malaysia
punca sungguh laaa kluster Sivagangga ni. Dah ramai dah berjangkit sampai generasi ketiga. Menyusahkan!
Penularan kluster baru kali ini betul betul menjadi pengajaran kepada kita semua. Barulah orang sedap pentingnya follow SOP
Curahan rasa Laila @ ..YouTuber Juga Perlu Bayar Lesen- Ellie Suriati
Ini lah akibat bila tak ikut arahan yang di keluar kan ole KKM. Bila penting kan diri dengan tak betul2 self quarantine, habis orang lain terpalit sama.
Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Ke Japanese Village Bukit Tinggi
Comments are closed.