Covid-19: Kluster Sivagangga merebak ke tiga negeri

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Seramai 45 individu dikesan positif COVID-19 dalam Kluster PUI Sivagangga setakat hari ini.

Baca: Covid-19: Kluster Sivagangga kemungkinan ‘Super Spreader’

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua mereka disaring daripada 4,636 orang di tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

“Seramai 4,078 orang telah disaring di Kedah dan daripada jumlah itu, seramai 31 orang didapati positif COVID-19, 4,020 individu negatif dan 27 individu masih menunggu keputusan.

“Di Perlis, 390 orang disaring, dengan 11 kes dikesan positif COVID-19 dan
379 individu masih menunggu keputusan.

“Hasil saringan 168 individu di Pulau Pinang, tiga kes dikesan positif COVID-19,
85 individu negatif dan 80 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan.

“Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini,” ujarnya.

Baca: Jangan terlalu selesa dengan angka penurunan Covid-19 di Malaysia

Sumber: Awani


Spread the love

4 Comments

  1. semoga negara kita bebas dari penyakit berjangkit, buat masa ni kena tak boleh terima pelancong untuk keselamatan rakyat malaysia

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!