Covid-19: Kluster Sivagangga kemungkinan ‘Super Spreader’

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada Jumaat, ada 12 daripada 25 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan dalam negara dikesan daripada Kluster Sivagangga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Baca: Jangan terlalu selesa dengan angka penurunan Covid-19 di Malaysia

Dr Noor Hisham berkata jumlah tersebut merangkumi 10 kes baharu yang dilaporkan di Perlis, satu kes baharu di Pulau Pinang dan satu kes di Kedah.

Beliau berkata sepuluh kes baharu yang dilaporkan di Perlis pada Jumaat dan juga kes ke-9002 yang dilaporkan pada 4 Ogos lalu terdiri daripada satu keluarga.

kredit foto: Metro

Hasil siasatan mendapati bahawa salah satu ahli keluarga tersebut (iaitu kes ke-9054, kes generasi kedua) adalah merupakan pelanggan tetap gerai milik kes ke-8976 (iaitu kes generasi pertama kluster ini).

Ini menjadikan kes ke-9054 tersebut sebagai kes generasi kedua dan sepuluh (10) ahli keluarga kepada kes ke-9054 adalah generasi ketiga kluster ini.

Kesemua 10 kes baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis untuk rawatan, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, katanya, satu kes baharu dari Kedah (kes ke-9053) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-9035 (iaitu suami kepada kes ke-90) yang telah dilaporkan pada 6 Ogos 2020.

Kredit foto: BHarian

Manakala satu kes baharu di Pulau Pinang (kes ke-9052) disaring kerana pada 30 Julai 2020 beliau telah pulang ke kampung halaman yang merupakan salah satu kawasan yang kini di bawah pelaksanaan Targetted Enhanced Movement Control Order (TEMCO),” katanya.

Tambahnya, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif diteruskan.

“Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan- kawasan yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini,” tambahnya.

Beliau juga berkata daripada jumlah saringan yang diluta terhadap kluster berkenaan, 2,320 individu negatif dan 883 masih menunggu keputusan.

Pada Khamis, beliau meluahkan rasa bimbang Kluster Sivagangga di Kedah berkemungkinan merupakan “super-spreader” yang berkait dengan Genom 614 dari Mesir dan Pakistan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, kajian teliti perlu dibuat memandangkan kluster tersebut merebak dengan sangat cepat berbanding sembilan kluster aktif yang lain.

Sumber: Awani


Spread the love

7 Comments

  1. Makin risau. Moga kluster ni cepat clear hendaknya. Kita pula sentiasa patuh sop dan hadkan pergerakan ke tempat2 yg berisiko tinggi. InsyaAllah moga selamat kita semua. Sembuh mana2 yg telah dijangkiti. Amin

  2. kes kali ini sangat cepat naik, mungkin sebab yang telah di jangkiti taktahu dia kena dan masih ada yang keluar itu yang cepat meningkat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!