Covid-19: Kluster baharu dikesan di Kuala Muda, Kedah

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Satu lagi kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Muda telah dikesan di Kuala Muda, Kedah pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa pertama kluster terbabit merupakan seorang anggota polis di daerah tersebut.

“Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9114) adalah lelaki warganegara Malaysia yang merupakan seorang anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Manakala, menurut Dr Noor Hisham lagi, kes positif kedua iaitu kes-9147 merupakan rakan sekerja kes pertama kluster itu.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyaring 124 individu yang juga merupakan kontak rapat kepada mangsa.

Jelas Dr Noor Hisham, daripada jumlah individu yang disaring, lima individu didapati negatif manakala 117 individu masih menunggu keputusan.

Tambahnya, KKM sedang menjalankan pengesanan kes secara aktif dan proses nyah kuman telah dijalankan di lokasi yang dikenal pasti.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini punca jangkitan masih dalam siasatan.

Sumber: Awani


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!