Covid-19: Amerika Syarikat Isytihar Darurat

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada hari jumaat mengisytihar jangkitan wabak COVID-19 sebagai darurat di seluruh negara.

Keputusan itu diambil selepas Washington bergelut membendung penularan jangkitan virus yang setakat ini telah menjangkiti lebih 2,000 dan mengorbankan lebih 40 mangsa.

“Saya dengan ini mengisytiharkan darurat di seluruh negara,” kata Trump pada sidang media berhubung penularan jangkitan COVID-19 di Washington.

https://twitter.com/realdonaldtrump/status/1238570595710836738?s=21

Langkah itu menurutnya membolehkan dana kecemasan AS$50 bilion (kira-kira RM215 bilion) diagihkan kepada kerajaan negeri dan tempatan bagi mengambil langkah membendung wabak itu.

Menurut Donald Trump lagi, doktor dan hospital akan diberi kelonggaran dari segi perundangan dan kawal selia dalam merawat pesakit.

“Kita akan basmi ancaman ini. AS mampu bangkit apabila diuji. Ancaman ini akan berlalu,” kata Trump lagi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik.

Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.

Baca: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Sumber: Awani


Spread the love

One Comment

  1. Ini satu cara USA atau mana-mana negara untuk mengerahkan aset atau mengeluarkan wang tanpa perlu melalui Dewan Senat atau Parlimen.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!