Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang tak menyesal publish entri “Kritikan terhadap contest lelaki kacak” tulisan Ariffshah kerana telah menjadi ruang diskusi yang terbaik untuk contest SEO samada kepada penganjur dan juga peserta. Walaupun ada nada protes dalam jawaban Titan tetapi ianya sangat positif untuk mencerahkan minda semua Rakan Blogger. Kepada yang belum baca semua komen-komen yang panjang lebar dan bernas rasanya wajib baca. Sesekali perlu ada diskusi seperti supaya bertambah ilmu untuk meningkatkan kualiti menulis dan berblogging.
Aku pernah menganjurkan dua kali contest SEO iaitu “Hidup Berani Untuk Gagal” dan “Hidup Seorang Blogger“. Untuk kedua-dua contest aku telah menetapkan syarat-syarat penyertaan dari awal untuk memastikan contest mudah diuruskan dan tidak tersasar daripada matlamat menganjurkan contest.
Kenapa aku buat contest SEO? Tujuan contest SEO yang pertama “Hidup Berani Untuk Gagal” adalah untuk mempromosi blog kerana ketika itu blog Denaihati memanglah tidak terkenal dan hasilnya blog Denaihati memang jadi terkenal kerana lebih daripada seratus blog menyertai contest tersebut. Tujuan contest SEO yang kedua “Hidup Seorang Blogger” adalah untuk meningkatkan kualiti blog Denaihati kerana itu antara syarat ketika itu adalah hanya blog PR2 ke atas sahaja yang boleh ikut serta dan hasilnya memang sangat positif.
Apa yang aku nak bagi tahu di sini setiap kali aku menganjurkan contest SEO, matlamat paling utama adalah faedahnya kepada blog penganjur bukan kepada peserta. Peserta yang bertuah sudah pasti akan mendapat hadiah yang telah ditetapkan tetapi yang paling penting apa faedahnya kepada blog penganjur. Seandainya blog penganjur masih ditahap yang sama setelah mengeluarkan modal yang banyak untuk hadiah contest SEO pasti tidak berbaloi. Alhamdulillah setelah dua kali menganjurkan contest SEO blog Denaihati semakin terkenal, pagerank meningkat ke PR4, trafik meningkat dan lebih penting mesra Google.
Seandainya aku ingin menganjurkan contest SEO ketiga pasti semua komen-komen di entri “Kritikan terhadap contest lelaki kacak” akan aku ambil kira tetapi pasti aku akan tetapkan syarat hanya blog yang ada kualiti sahaja boleh menyertai. Syarat blog PR2 pasti akan dikekalkan. Kenapa?
1. Supaya blog Denaihati mendapat backlinks yang berkualiti untuk mengekalkan kedudukan mesra Google.
2. Mendapat marketing yang lebih luas kerana setiap blog PR2 ke atas sudah mempunyai pengikut mereka sendiri. Kalau blog baru yang dibuat hanya untuk contest pasti tak ada pengikut tegar jadi matlamat promosi tak akan berlaku.
3. Memberi backlinks yang berkualiti kepada penaja yang dah keluarkan budget. Kesiankan penaja keluar duit tapi tak dapat apa-apa faedah.
4. Mengalakkan Rakan Blogger meningkatkan kualiti blog masing-masing.
5. Memberi peluang Rakan Blogger memahami ilmu SEO yang tidak pernah ada noktah.
Kesimpulan terpulanglah kepada penganjur untuk menetapkan syarat berdasarkan matlamat menganjurkan contest SEO cuma sayang kalau contest hanya sekadar contest tanpa dimanafaatkan sebaiknya untuk blog penganjur.
197 Comments
ehe, kalau diikutkan point yang bro DH kasi ni aku lebih setuju dari point kritikan sebelumnya.. ini baru terserlah sikit rahsia DH menganjur contest SEO. thanks bro! 🙂
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Honda Future Helmet-In 125cc Terbaru Dari Boon Siew Honda
nak contest lagi! nak contest lagi!
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kau Yang Terindah di Slot Akasia
contest..contest contest…gudluck bro denaihat….
Curahan rasa zuhairi @ ..Contest CepuCepuk!
Good luck utk apa ni
hahaha, lawak sigh
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2012
Untuk buat contest seterusnya kod.. ehehe..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Hari Ketiga Puasa : Masih Belum Kedengaran Bunyi Mercun, Alhamdulillah
Maybe terlepas pandang kot ni 😉
Curahan rasa Myra Jay @ ..Contest Eyriqazz Vs Denaihati – Cabaran SEO
biasalah lagi puasa….hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Pesantren Ramadhan Membentuk Karakter Siswa
Bagus jugak syarat untuk tetapkan blog PR2 ( minimum ) untuk contest… secara tidak langsung akan ada usaha rakan blogger untuk tingkatkan prestasi dan kualiti blog masing-masing….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..5 Blogger untuk calon HOST JALAN JALAN CARI MAKAN
Ye betul tu..
Macam blog Myra PR2 kira ada peluang la kan..heheee 😉
Curahan rasa Myra Jay @ ..Contest Eyriqazz Vs Denaihati – Cabaran SEO
yup kami menanti kontest SEO dari Denaihati.. hope syarat tu melepaskan aku joinlah nanti ye… heheehe.
Curahan rasa Myvitrd @ ..HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH
Yup…penganjur pasti ada hajat/faedah disebalik melakukan contest….bagaimanapun syarat2 contest harus terang dari awal dan tidak berubah ketika contest sdg berlangsung…kalau suka suki penganjur ubah syarat…hmmmm pasti ramai yg akan tak berpuas hati nanti.
Curahan rasa yas @ ..Template Mesra SEO V2 ThesisForBlogger
kadang kala kita tidak sedar yang kita sedang belajar sesuatu dari apa yang kita telah lalui… kerana tanpa sedar kita telah mengetahui…sedangkan pasti ada permulaan disetiap apa yang kita ketahui… melalui pelbagai cara… nanti kalau ada contest.. nak jadi penyumbang hadiah lah…hehe..
Curahan rasa hisham @ ..Download e-book PERCUMA | Panduan Solat Sunat Tarawih
Memang bagus mengetatkan syarat kepada blog PR2 sahaja yang layak menyertai contest seo untuk meningkatkan kualiti blog penganjur.tetapi bagi aku contest semacam itu hanya mesra penganjur dan tidak mesra peserta seo contest. Ini bermakna hanya peserta-peserta PR2 sahaja yang layak menguji tahap seo masing-masing..huhu
Curahan rasa hatiputera @ ..Pelajar Sekolah Dan Handphone
letak syarat PR2 ke atas tu pun dah tak larat nak uruskan sebab ramai yg join bayangkan kalau tak ada syarat lagilah ramai yg join.
Nak buat contest memang senang tapi nak uruskan contest mukan nya mudah tak percaya cuba buat contest berskil besar.
Curahan rasa denaihati @ ..Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2012
Perlukan sifu ni untuk belajar ilmu SEO ni…
Beli ebook SEO arifshah.com..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Hari Ketiga Puasa : Masih Belum Kedengaran Bunyi Mercun, Alhamdulillah
Bolehlah ikut untuk mengetahui potensi diri dalam SEO
Curahan rasa smp3lembang @ ..Shiyam/Puasa
memang untuk bisa membuktikan kualitas SE) dalam Blog Kita memang dengan tejun langsung dalam Kontes SEO yang Bang Munir
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Kemenakertrans 2012
meski tak faham betul, dan tak punya kekuatan tentang SEO, kalau untuk kontesnya mau juga ikutan…
Curahan rasa Dadan @ ..Pesantren Ramadhan Membentuk Karakter Siswa
kalau sudah ikutan lamabat laun kita akan tahu SEO juga meski masih dasarnya seperti saya
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 Pole Vault/Logo google Hari ini
Rasanya belum layak lagi klu menyertai contest SEO ni nanti..
Kena berusaha lagi utk mendapat tempat dlm contest SEO ni…
Approach “kualiti” diterangkan adalah benar dan tidak asing lagi dalam kontes SEO. Kepelbagaian dalam penganjuran sebenarnya adalah cabaran buat peserta kontes. Jika penulis/pemilik yg benar2 menghayati matlamat kontes SEO tersebut, sudah pastinya mendatangkan situasi menang-menang untuk semua.
Curahan rasa irsah @ ..Eyriqazz vs Denaihati – Puasa Power
sekarang PR 0..hehe..bila la nak naik balik
banyak belajar ilmu seo dengan meniliti contest² seo tu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bubur lambuk
Sepakat dengan hal ini sahabat, belajar dulu mengenai SEO baru kita mencoba pengetahuan tentang SEO ini dengan mempraktekkannya melalui mengikuti kontes SEO
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Setneg 2012
SEO selalu menantang untuk dipelajari selalu ada hal yang baru apalagi algoritma google yang selalu berubah
Curahan rasa smp3lembang @ ..Shiyam/Puasa
Kalau tentang SEO saya masih bingung sekali sampai saat ini
Curahan rasa Dadan @ ..Pesantren Ramadhan Membentuk Karakter Siswa
ehmmm,,niar tidak merugikan DH juga ya,,,jadi semuanya harus berkualita,,
Comments are closed.