Chef Joe masak ketupat goreng sempena program Malaysian Heritage Cuisine

Spread the love

Pada 30 Mac bertempat di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel, Kuala Lumpur telah berlangsung acara demonstrasi masakan secara global menerusi siaran langsung.

Baca: Masters Of Malaysia Cuisine

Program ini diadakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) bersama kumpulan Masters of Malaysian Cuisine (MOMC).

Program masakan ini melibatkan 5 bandar utama iaitu Sydney, Dubai, United Kingdom, Afrika Selatan dan Kuala Lumpur menerusi 8 panggilan video secara langsung.

Boleh lihat di sini: http://www.malaysianchefs.com/mafi/

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi sajian Malaysia menggunakan produk tempatan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha MAFI, Dato’ Haslina binti Abdul Hamid dan pencipta kandungan terkenal, Mark O’dea.

Sehubungan itu, Chef Johari Edrus atau lebih dikenali dengan nama Chef Joe dan Chef Bob Adnin menunjukkan bakat resipi masing-masing.

Pada 30 Mac, sesi dimulakan dengan demontrasi masakan resipi Ketupat Goreng oleh chef terkenal yang juga merupakan bekas juri Masterchef Malaysia, Chef Joe.

Selesai sesi bersama chef Joe, Chef Bob Adnin pula mengambil alih sesi demonstrasi dengan menunjukkan cara memasak Kerutuk Itik Salai.

Kesemua bahan yang digunakan adalah daripada produk dan bahan-bahan tempatan.

Objektif utama kolaborasi diantara (MAFI) dan (MOMC) adalah untuk memberitahu bahawa bahan-bahan masakan dari Malaysia mudah didapati disetiap pelusuk dunia.

Pada masa yang sama, denga kecanggihan teknologi masakini, sedikit sebanyak program ini memudahkan mempromosi sajian tradisi tempatan secara global dikala sempadan negara masih ditutup akibat wabak Covid-19.

Program Malaysian Heritage Cuisine ini turut dijayakan oleh ramai pakar sajian Malaysia seperti Zaleha Olpin, Jackie M, Dave Murugaya, Rene Juefri, Debbie Teoh dan Chef Liam Ghani dan telah dipancarkan di setiap saluran MOMC termasuk laman sesawang www.malaysianchefs.com , Facebook, Youtube dan Twitch serta melibatkan media sosial MAFI.

IKUTI MALAYSIAN CHEFS DI FACEBOOK | INSTAGRAM

#MYHeritageCuisine #MAFI_MOMC #DeliciouslyMalaysian

Sumber: thisisreef


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!