Chef Jo janganlah sentap

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terbaca berita di Utusan Online katanya Chef Jo Masterchef tidak mahu diwawancara oleh pemberita setelah tamat Masterchef Malaysia pertama anjuran Astro. Alasan Chef Jo mudah je selepas berpuluh tahun beliau berjuang dalam dunia Chef tidak pernah sekali pun wartawan nak interview tetapi setelah Astro beri lampu sorot kepadanya barulaah wartawan nak kejar cari cerita. Biasalah wartawan bukan rajin sangat buat kerja mencari ni.

Chef Johari Edrus Masterchef Malaysia 2012

Chef Johari Edrus bukan asing kepada aku. Beliau pernah menjadi GM kepada aku dalam dua syarikat yang berbeza. Kami bekerja bersama lebih daripada 4 tahun dan boleh dikatakan sangat rapat bukan sekadar boss dan anak buah tetap juga sebahagai seorang sahabat. Chef Jo adalah antara perintis Chef Melayu pertama Malaysia lulusan ITM yang telah bekerja di banyak hotel besar dalam dan luar negara antaranya Switzerland dan China. Seorang yang sangat hard working dan kreatif dalam menghasilkan produk ibarat seorang pelukis terbaik yang menghasilkan lukisan terbaik. Chef Johari juga pernah menulis buku Masakan.

Di Malaysia di kalangan komuniti Chef, beliau sangat terkenal dan dihormati yang sering dipanggil dengan nama Papa Jo. Pernah menjadi President Persatuan Chef Malaysia dan kabarnya sedang menubuhkan Persatuan Chef Melayu Sedunia. Chef Jo memang tidak terkenal seperti Chef Selebriti yang sering menjadi undangan di kaca TV tetapi beliau sangat dihormati di kalangan komuniti Chef Professional. Majoriti Chef Senior di hotel-hotel besar di Malaysia mengenali beliau sebabnya aku sering bertanya mereka apabila menetap di hotel-hotel tersebut.

Sebenarnya bukan Chef Jo sahaja malah ramai lagi Chef Profesional lain yang hebat di dalam dan luar negara tetapi tidak pernah dipandang oleh wartawan … asyik-asyik 2 – 3 kerat Chef sahaja yang mendapat coverage. Kalau 20 – 30 tahun Chef Jo boleh berdiri sendiri membina nama di dalam dan luar negara pasti tanpa wawancara wartawan Chef Joe tidak akan sentap punya lah. Tapi biasalah wartawan bila ada je yang tak nak ikut cara mereka pasti kena belasah punyalah.


Spread the love

121 Comments

  1. salam, saya merupakan pelajar phd dan topik kajian saya berkaitan dengan critical success factor bagi culinary practitioners in malaysia. harap dapat beri recommendation badan/persatuan mana yang saya perlu approach utk dapatkan maklumat berkaitan.. your help is really appreciated. thanks in advance.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!