Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terbaca berita di Utusan Online katanya Chef Jo Masterchef tidak mahu diwawancara oleh pemberita setelah tamat Masterchef Malaysia pertama anjuran Astro. Alasan Chef Jo mudah je selepas berpuluh tahun beliau berjuang dalam dunia Chef tidak pernah sekali pun wartawan nak interview tetapi setelah Astro beri lampu sorot kepadanya barulaah wartawan nak kejar cari cerita. Biasalah wartawan bukan rajin sangat buat kerja mencari ni.
Chef Johari Edrus bukan asing kepada aku. Beliau pernah menjadi GM kepada aku dalam dua syarikat yang berbeza. Kami bekerja bersama lebih daripada 4 tahun dan boleh dikatakan sangat rapat bukan sekadar boss dan anak buah tetap juga sebahagai seorang sahabat. Chef Jo adalah antara perintis Chef Melayu pertama Malaysia lulusan ITM yang telah bekerja di banyak hotel besar dalam dan luar negara antaranya Switzerland dan China. Seorang yang sangat hard working dan kreatif dalam menghasilkan produk ibarat seorang pelukis terbaik yang menghasilkan lukisan terbaik. Chef Johari juga pernah menulis buku Masakan.
Di Malaysia di kalangan komuniti Chef, beliau sangat terkenal dan dihormati yang sering dipanggil dengan nama Papa Jo. Pernah menjadi President Persatuan Chef Malaysia dan kabarnya sedang menubuhkan Persatuan Chef Melayu Sedunia. Chef Jo memang tidak terkenal seperti Chef Selebriti yang sering menjadi undangan di kaca TV tetapi beliau sangat dihormati di kalangan komuniti Chef Professional. Majoriti Chef Senior di hotel-hotel besar di Malaysia mengenali beliau sebabnya aku sering bertanya mereka apabila menetap di hotel-hotel tersebut.
Sebenarnya bukan Chef Jo sahaja malah ramai lagi Chef Profesional lain yang hebat di dalam dan luar negara tetapi tidak pernah dipandang oleh wartawan … asyik-asyik 2 – 3 kerat Chef sahaja yang mendapat coverage. Kalau 20 – 30 tahun Chef Jo boleh berdiri sendiri membina nama di dalam dan luar negara pasti tanpa wawancara wartawan Chef Joe tidak akan sentap punya lah. Tapi biasalah wartawan bila ada je yang tak nak ikut cara mereka pasti kena belasah punyalah.
121 Comments
huhuuu …mcm ni pun nak kecoh apalahhh …skang sape yg tak berprfesional ?…. bila dh kluar media elektronik baru SIBUK2 nak interview …apa punya org lah mcm ni ? Cari-carilah bahan cerita lain utk di SENSEXYKAN untuk LAKUKAN SURAT KHABAR kome .
Curahan rasa Yusri @ ..PAKEJ BAJU REWANG
Saya pun baru kenal dengan Chef Joe semenjak adanya rancangan Masterchef…
Curahan rasa KDN @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
mcm tak profesional jerk chef jo nie…..
Curahan rasa hafizal @ ..Mengambil Lesen Memandu Dengan Mengunakan Kereta Automatik
tak jugak. hak dia la kan nak di wawancara atau tidak 🙂
Curahan rasa eyra @ ..#29 Wordless Wednesday – battle the pain
Aku xkenal chef Joe. Tapi lepas master Chef aku salute dia. Sebab tengok dia mmg orang yang berkarisma…
Curahan rasa jedi @ ..Breast Implant
Siapa yang melatah sekarang? Papa Jo cool sahaja. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai
Betul…. sentiasa cool
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Hanya dapat seminggu sekali
terbaiklah chef.. wartawan ni memang suka cari berita terbaru..
nmpk sgt prfesional..
CHEF JO NI SGT COOL DLM MASTERCHEF..BIARLAH DIA XNAK DIWAWANCARA PUN…HAK DIA
Curahan rasa lin azlina @ ..PRODUK NAK GEMUK DAN NAIKKAN BERAT BADAN
dia bg komen masakan peserta pn cool je kan haha
Curahan rasa eyra @ ..#29 Wordless Wednesday – battle the pain
SUKA DENGAN SIKAP CHEF JO NI…NMPK PROFESSIONAL…NAMPAK KEBAPAANNYA..HEHE
Curahan rasa lin azlina @ ..PRODUK NAK GEMUK DAN NAIKKAN BERAT BADAN
biasalah wartawan memang macam tu,,,suka cari benda yang glamour jer,,,
Curahan rasa hatiputera @ ..Skim Amanah Rakyat 1Malaysia telah dilancarkan
Bila dh masuk astro…bru chef2 ni terkenal..dulu mmg xknl….
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
i like chef joe..:)
Ala chef Jo…mende kecik je tue…tak yah la sentap2 sangat, kisah lama jgn diungkap lagi laa…bukak kisah baru plak…..hehehe
Curahan rasa yas @ ..Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2012 – Lagu Khas Badminton dr JoHara
chef jo ni tegas.. klo tak sedap, dia cakap terus, “saya x suka masakan ni”
hahhaa
Curahan rasa sjiehan @ ..Doa Murahkan Rezeki : Doa Dhuha
memang kelihatan sih dari auranya beliau….
Curahan rasa Dadan @ ..Tips Membuat Gambar Header Blog dengan Photoshop
dia bg komen masakan peserta pn cool je kan haha. nak marah pn tak marah sgt
Curahan rasa eyra @ ..#29 Wordless Wednesday – battle the pain
chef tidak mau di wawancaray karna memang tidak ingin di wawancaray dan tidak ingin semua tau,atau ada alasan lain ?
Comments are closed.