CEO Modenas buat kejutan, hadiahkan motorsikal buat pemuda berhati mulia yang beri makanan kepada kucing dan anjing

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, kisah insan yang bernama Anfalazie Anuar atau lebih mesra disapa Ann telah mendapat perhatian netizen, apabila setiap hari akan memberi makanan kepada kucing dan anjing jalanan.

Rentetan kisah tular itu, CEO Modenas telah hadiahkan sebuah motorsikal Modenas kepada beliau yang lebih mesra dengan nama Ann. Separuh dari gaji dia guna bagi makan kucingt di kawasan situ. Menggeletar tangan nak ambil motorsikal. Rezeki beliau berbuat baik pada haiwan.

CEO Modenas buat kejutan untuk Ann

Selalu sangat dengar kisah manusia yang miskin harta tapi pemilik hati yang paling pemurah. Mempunyai dua kerja dalam satu masa bukan lagi sesuatu yang luar biasa terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

Realiti kehidupan masa kini dengan kos sara hidup yang tinggi memaksa mereka melakukan lebih daripada satu kerja.

Dah lama beri makan kepada kucing dan anjing

Bukan semata-mata mencari sesuap nasi untuk dirinya sahaja, tetapi dia melakukan dua kerja; sebagai pekerja pembersihan sepenuh masa dan penjaga parkir demi memberi makanan kepada kucing dan anjing jalanan.

Anfalazie Anuar, 30, berkata, dia sudah memberi makanan kepada kucing dan anjing liar selama lebih 10 tahun, tetapi memasuki tahun keenam dia melakukannya secara serius.

Lebih mesra dengan panggilan Ann, pemuda yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang ini turut membela 10 ekor kucing di rumah keluarganya di Bukit Mertajam.

“Saya memang sayang dengan haiwan. Ibu didik saya untuk menyayangi segala macam jenis binatang dan jangan sesekali mengasarinya.

“Bukan setakat kucing dan anjing saja kena sayang. Dulu pernah ada ular masuk ke rumah kami, tapi saya tak bunuhnya tetapi bawa ia keluar dan lepaskan,”

Tetap beri makanan walaupun demam

Ann berkata, dia memperoleh gaji sebagai pekerja pembersihan sebanyak RM850 sebulan, manakala upah RM30 sehari menjaga parkir kereta selama dua minggu setiap bulan.

Anak sulung daripada tiga beradik ini memberitahu, kos makanan berupa ikan dan ayam untuk kucing dan anjing yang dibeli di pasar berdekatan pula adalah kira-kira RM50 sehari.

“Upah RM30 sehari yang saya dapat jaga parkir kereta hanya untuk beli makanan buat kucing dan anjing. Jika hendak diikutkan, upah yang dapat tu memang tak cukup.

“Apa yang saya buat adalah saya bayar dulu guna duit yang ada, bakinya saya hutang dengan peniaga di pasar. Bila dapat gaji tetap bulanan, baru saya jelaskan baki hutang tu,” kata Ann

Siapa sangka dengan gaji yang tidak sebesar mana, pemuda yang hanya belajar setakat tingkatan tiga ini hidup serba sederhana bersama ibu dan tiga beradik.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang ada, cukuplah nak bernafas untuk makan dan minum bersama keluarga termasuk memberi makanan kepada kucing dan anjing.

“Pasal makan memang tak berbelanja mewah, kalau dapat makan nasi kosong berserta telur goreng cicah dengan kicap pun dah cukup.

“Kadang-kadang ada rezeki lebih bila adik yang kerja di restoran bawa balik baki makanan berlauk yang tak habis dijual. Kalau ada kuah gulai, makan dengan telur goreng,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ann menjelaskan bahawa motosikal yang digunakannya ketika ini dipinjam daripada adiknya berikutan motosikalnya mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki.

“Dapat pinjam motor adik pun dah OK. Kalau nak pakai motor sendiri kena ada duit untuk baiki. Lebih baik saya gunakan duit tu untuk beli makanan buat kucing dan anjing.

“Tiap-tiap hari saya akan datang beri makan kepada haiwan-haiwan ni walau demam sekalipun. Kalau tak, saya sendiri yang akan rasa lebih sakit dan serba-salah sebab tak bagi mereka makan,” katanya.

Rezeki orang yang Ikhlas dan berhati mulia

Perancangan untuk buat kejutan pada Ann bermula sejak tiga minggu lalu. Melalui idea marketing manager Modenas, saudara Safirin telah mendapat kelulusan CEOnya encik Roslan.

Rezeki Ann mula datang sejak kisahnya menghabiskan separuh gajinya untuk beri makan kucing dan anjing mula diviralkan awal bulan ni. Berikutan keadaan motorsikalnya yang agak uzur, cik Michelle dari kelab pecinta haiwan KL mula membuat tabung untuk gantikan motor baru.

Apabila wang yang dikumpulkan hampir sampai sasaran tiba-tiba Modenas pula berbesar hati ingin menyumbangkan motor baru juga helmet Givi pada saudara Ann.

Itulah yang dikatakan rezeki doa dari haiwan-haiwan comel yang Ann bagi makan setiap hari untuk menyambung nafas mereka. SubhanAllah itulah yang tertulis bagi mereka yang ikhlas.

Baru sahaja selesai majlis kecil kejutan buat saudara Ann, terketar-ketar tangan dia nak sign invoice tadi. Aku turut tumpang gembira atas usaha kecil aku Ann dapat habuan, bolehlah dia bawa ibunya beraya dengan selesa tahun ni.
– SatuJohor , Jaafar Shah –


Spread the love

2 Comments

  1. Bagus cara beliau menjemput rezeki, bagi kucing dan anjing makan dan dapat habuan dalam bentuk kenderaan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!