Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saban tahun sentiasa menanti-nanti dan tertanya-tanya, kenapa ya akaun Tabung Haji tidak mempunyai kemudahan dan akses untuk membuat semakan secara online.
Rasa janggal pula. Maklumlah, berpuluh tahun tabung haji ditubuhkan dan sudah masuk di era maju sekalipun masih belum ada lagi kemudahan online tersebut.
Bagaimapun, Malaysia adalah sebuah negara yang maju dalam industri IT dan Tabung Haji mempunyai berjuta-juta pendeposit yang pastinya mereka semua sangat mengharapkan fasiliti yang canggih bakal ada.
Alhamdulillah dengan izin Tuhan, pada tahun 2020 fasiliti semakan akaun Tabung Haji secara online sudah menjadi kenyataan.
Kalau kalian nak tahu cara untuk berdaftar boleh lihat step-stepnya di bawah ini dan kalian juga boleh layari website THIJARI untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Berikut merupakan langkah-langkah Untuk Mendaftar
- Pilih butang “daftar”
- Untuk pendaftaran kali pertama, sila lengkapkan butiran pelanggan (Masukkan Nombor Mykad dan Nombor Akaun Tabung Haji)
- Masukan nombor telefon yang sudah berdaftar dengan Tabung Haji. Kalau belum kenalah daftar di kaunter Tabung Haji yang terdekat.
- Nombor yang sudah berdaftar boleh request TAC di telefon kalian.
- Apabila sudah menerima TAC melalui sms, masukkan dalam kotak yang disediakan.
- Buatkan satu nama ID. Contoh seperti “Denaihati251”
- Buatkan kata laluan yang sah dan mesti ada gabungan Huruf Besar, Huruf Kecil, Angka dan Simbol contoh 12345Hs@.
- Pilih salah 1 gambar daripada 5 yang di sediakan.
- Pendaftaran selesai.
- Untuk Log In, kalian perlu masukkan semula nama ID dan kata laluan yang sudah berdaftar. Jika gambar yang keluar sama dengan gambar yang kalian pilih maka boleh teruskan log in.
- Dalam akaun tersebut kalian boleh melihat status akaun, status permohonan haji dan boleh transfer simpanan ke akaun Tabung Haji yang lain.
Tahniah diucapkan kepada Tabung Haji di atas kemudahan fasiliti online yang canggih seperti ini. Semoga tahun baru 2020, Tabung Haji boleh membayar hibah lebih baik dari tahun lepas.
Video Cara Daftar akaun THiJari
Kepada yang sudah daftar kongsikan pengalaman kalian. Sebarkan supaya semua pemegang akaun Tabung Haji boleh mendaftar segera.
Kalian juga boleh lihat Facebook tuan Amir Hassan
Baca juga: Lelaki ini kongsi cara menulis format surat rayuan haji
2 Comments
yey..dah ada online senang sket nak berurusan kan. Semoga istiqamah menabung untuk anak isteri.
Curahan rasa JMR @ ..Puas Hati Dapat Remarks Macam Ni!
waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. baru ja tengok kat berita tadi pasal perlancaran thijari ni. alhamdulillah bagus th dah ada applikasi online ^_^
Curahan rasa umi nazrah @ ..Air ketum mampu merawat penyakit diabetes dan darah tinggi?
Comments are closed.