Cara semak keputusan SPM 2021 secara Online / SMS

Spread the love

Buat panduan pelajar Tingkatan 5 dan ibu bapa pelajar. Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan cara mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM tahun 2021.

Ianya merangkumi tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara atau kaedah membuat semakan.

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan SPM 2021 Diumumkan

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan :-

  • Tahun 2021 : Keputusan SPM akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis)
  • 2020 : 10 Jun 2021
  • 2019 : 5 Mac 2020
  • 2018 : 14 Mac 2019
  • 2017 : 15 Mac 2018
  • 2016 : 16 Mac 2017
  • 2015 : 3 Mac 2016
  • 2014 : 3 Mac 2015

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  • Tarikh semakan result SPM untuk tahun 2021 diumumkan adalah pada 16 Jun 2022 (Hari Khamis)

Kaedah/ Cara Semakan Keputusan SPM

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan SPM 2021 secara online dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan calon SPM. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka secara online selepas 1000 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada 16 Jun 2022
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

1. Semakan SPM Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan

Slip keputusan penuh boleh di muat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my (akan dikemaskini)

Sijil SPM pula akan diedarkan secara berperingkat kepada pelajar bermula tarikh yang akan dikemaskini (bergantung kepada situasi pada masa itu)

2. Semak Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat SMS. Cara semakan adalah speerti berikut :-

  • Taip SPM <jarak>No.KP<jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 68886
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
  • Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula dari jam 1000 pagi, (16 Jun 2022) sehingga jam 600 petang, (22 Jun 2022)

3. Melalui Aplikasi Mobile

Keputusan SPM juga boleh disemak melalui aplikasi mobile/ telefon pintar e-Lembaga Peperiksaan. Muat turun di Google Play untuk Android.

  • Tidak disediakan tahun ini

Kenyataan Media KPM

Kenyataan media bagi keputusan SPM 2021 adalah seperti berikut:-.

Selamat membuat semakan keputusan result SPM 2021 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Moga hasrat anda untuk melanjutkan pengajian tinggi anda ke Universiti awam atau swasta pilihan anda tercapai.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!