Cara satukan umat Melayu Islam Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi catatan Saudara Mohd Amin pendakwah yang sudah pergi berpuluh buah negara antaranya dakwah di benua Afrika. Catatan pengalaman formula untuk satukan umat Islam Malaysia yang kian berpecah kerana keyakinan politik berbeza.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Cara untuk kembalikan umat Melayu Islam ini untuk kembali bersatu mudah je, semua lelaki akil baligh solat 5 waktu di masjid dalam satu barisan saf yang rapat dan lurus.

Kalau nak harap politik demokrasi kita bersatu sampai kiamat pun tak boleh sebab politik demokrasi yang diamalkan oleh Yahudi ini memang nak suruh orang Islam berpecah belah.

Mudah je dulu ada 2 parti Melayu Islam sekarang ada berapa pun aku tak reti kira dah itu kalau orang Islam tak terlibat dengan parti negara akan di kuasai oleh orang kafir dan akan bunuh orang Islam, hak Melayu Islam akan dinafikan, ini kata-kata orang yang cuma duduk kat Malaysia tak pernah berjalan ke luar negara.

Kawan-kawan pergi kat negara kafir Australia cuba pergi kat sekolah atau madrasah islam, pergi jumpa dengan tukang sapu sampah dia tanya dia gaji dia sapa yang bayar nanti dia cakap gaji aku kerajaan bayar dan sekarang jom kita tanya Mudir Madrasah kat malaysia bukan tukang sapu sampah yea tanya dengan mudir madrasah itu siapa bayar gaji dia? Setakat aku dah terlibat dengan pembangunan madrasah ni kadang-kadang kita terpaksa ikat perut nak bayar gaji madrasah dan nak bagi makan kat pelajar pelajar-pelajar madrasah.

Pegilah ke Thailand di seluruh pelosok negara ada masjid yang besar sama di India jumlah orang solat Suboh sama dengan orang solat Jumaat. Kes Islam kena bunuh di Myanmar, di Bosnia, Palastine dan lain lain negara bukan sebab kerajaan zalim tetapi yang zalim adalah umat islam sendiri yang telah tinggalkan perintah Allah. Jemaah dakwah kadang-kadang di larang masuk masjid dan kampung atau taman, sunah nabi mereka tinggalkan, masjid-masjid kosong dari amal, amalan kurafat hidup kembali. Kalau pun Allah tak bangkitkan kerajaan yang zalim untuk bunuh mereka kadang-kadang Allah hantar bencana tsunami, ribut taufan, gempa dan lain-lain bencana utk hancurkan mereka.

Sekarang jom kita kembalikan sunah nabi dalam seluruh kehidupan kita kerana dengan hidup kan sunah umat Islam akan dapat bantuan Allah.

Mohd Amin Hassan
Pendakwah

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. – Surah Al-Imran, 118.


Spread the love

39 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!