Cara perkenalkan blog baru kepada dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “beza usahawam MLM yang berjaya“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Cara perkenalkan blog baru.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dulu masa mula jadi blogger Abang memang tak pandai lansung teknik SEO. Ya lah dulu masa di universiti belajar bidang lain iaitu bidang pemakanan. Tahu serba sedikit ilmu pemasaran, itu pun sebab lepas belajar kat U sementara menunggu panggilan kerja dengan Kerajaan, Abang bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di Petaling jaya.

Ramai blogger baru mengeluh bagaimana nak bersaing dengan blog yang sudah lama. Blog seperti bisnis mesti bermula dari zero sebelum jadi hero. Jangan cepat kecewa apabila memandingkan dengan blog yang sudah berjaya tetapi belajar bagaimana mereka membina jenama sehingg menjana pendapatan pendapatan yang hebat. Kali ini Abang nak kongsikan tip blogging yang digunakan pada zaman awal jadi blogger dulu.

Antara taktik yang Abang guna dahulu supaya blogger lain kenal blog Denaihati adalah :

  1. Komen di entri blogger terkenal antaranya blog Zarul Husin, Paultan.org, Amanz.my, Vivvy Yusof, Hanis Zulaikha, Yuyu Zulaikha, Cik Epal, Fatin Liyana dan ramai lagi lah bukan blog di Malaysia sahaja, juga blog Indonesia, Australia dan USA. Abang memang tak mengharap blogger ini balas komen Abang sebab tujuan utama untuk dikenali oleh pembaca blog tersebut.
  2. Abang memilih blog untuk di komen antaranya yang mesti ada adalah aplikasi seperti commentLuv. Apabila kita letak nama automatik keluar link entri terbaru blog kita, jadi bolehlah merasa backlink blog tersebut dan pembaca dari berbagai negara boleh membaca tajuk entri terbaru kita. Sebagai contoh seperti ruangan komen di entri ini. Setiap kali rakan blogger menulis  komen mereka boleh kongsikan entri yang mereka ingin pembaca lain baca.
  3. Rajin share entri blog lain berulang-ulang kali pasti nanti mereka juga akan share entri kita. Tapi jangan rasa kecewa kalau kita sudah share banyak kali tetapi blogger yang kita share itu tidak share semula. Insyaa Allah rezeki tetap ada kerana pasti ada blogger lain akan share entri kita. Apa kita beri kita akan dapat balasan tetapi daripada orang lain.
  4. Sesekali buatlah contest yang gempak dengan hadiah yang gempak pasti follower akan jadi leih ramai. Hadiah yang gempak boleh cari penaja.

Alhamdulillah memang menjadi startegi yang Abang gunakan sehingga jenama blog Denaihati dikenali ramai seNusantara, cuma cara ini lambatlah hasilnya tapi sangat organik.

Blog baru yang nak berjaya dalam tempoh yang lama mesti ada kesabaran dan sanggup belajar daripada blogger yang sudah berjaya. Bila sudah ada jenama blog hebat, insyaa Allah blog tersebut akan menjana pendapatan yang sangat lumayan. Ini lah sedikit tips untuk blogger baru.

Itulah hebatnya menulis blog tetapi masih ramai meminggirkan dan sanggup berhabis duit beriklan disosial media. Kepada yang nak minat menulis blog dengan baik sila email hasrat hati ke admin@denaihati.com.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

62 Comments

  1. Saya baru nak berjinak2 dengan blogging nie.. tiada alasan lagi tiada punya masa… Must Do It!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!