Cara penebusan RM30 kredit eWallet; eTunai Rakyat 2020

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berita baik buat warganegara Malaysia terutamanya yang berumur 18 tahun ke atas. Adakah anda salah seorang yang akan mencecah usia 18 tahun atau lebih bermula tahun 2020?

Sekiranya begitu, anda layak untuk menikmati manfaat daripada program eTunai Rakyat. Bagi yang berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan eTunai Rakyat 2020 Cara Daftar Dan Tebus RM30 Kredit eWallet buat rujukan semua.

Buat makluman semua, pelaksanaan inisiatif eTunai Rakyat telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pembentangan Bajet 2020.

Menurutnya, peruntukan yang dibekalkan untuk inisiatif ini adalah sebanyak RM450 juta dengan agihan sejumlah RM30 untuk setiap seorang. Penebusan wang eTunai Rakyat ini boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana aplikasi e-Wallet Malaysia yang terlibat iaitu:

  • Touch ‘N Go eWallet
  • Boost
  • GrabPay

eTunai Rakyat 2020 Cara Download Dan Tebus RM30 Kredit eWallet

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan eTunai Rakyat 2020 Cara Daftar Dan Tebus RM30 Kredit eWallet untuk panduan semua.

Penebusan RM30 secara one-off boleh dilakukan pada tarikh berikut:

Tarikh Buka : 15 Januari 2020
Tarikh Tutup : 14 Mac 2020

1.Penebusan eTunai Rakyat Guna Touch ‘N Go eWallet

Cara daftar dan tebus RM30 kredit eWallet inisiatif e-Tunai Rakyat menggunakan Touch ‘N Go eWallet adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘N Go eWallet di IOS dan Android
  2. Daftar dengan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  3. Verify (sahkan) akaun Touch ‘N Go anda
  4. Tebus kredit sebanyak RM30 bermula 15 Januari 2020

2.Penebusan eTunai Rakyat Guna Boost eWallet

Cara daftar dan tebus RM30 kredit eWallet inisiatif e-Tunai Rakyat menggunakan Boost eWallet adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi Boost eWallet di IOS dan Android
  2. Isikan maklumat yang diperlukan kemudian teruskan dengan arahan selanjutnya
  3. Upgrade akaun Boost kepada akaun Premium dan Verify atau sahkan akaun tersebut
  4. Bagi pemula yang berbelanja RM10 yang pertama, boleh dapatkan RM5 wang kembali (cashbak)
  5. Klik butang e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020 nanti
  6. Klik butang Get Ready to Claim eTunai dan turuti langkah selanjutnya sepertimana yang dipaparkan
  7. RM30 telah berjaya ditebus dan boleh digunakan

3.Penebusan eTunai Rakyat Guna GrabPay eWallet

Cara daftar dan tebus RM30 kredit eWallet inisiatif e-Tunai Rakyat menggunakan GrabPay eWallet adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi GrabPay eWallet di IOS dan Android
  2. Klik Payment dan aktifkan GrabPay dalam aplikasi tersebut
  3. Isikan maklumat yang diperlukan kemudian teruskan dengan arahan selanjutnya
  4. Pengesahan akaun akan diterima dan penebusan kredit RM30 boleh dilakukan

Objektif Pelaksanaan eTunai Rakyat

Pelaksanaan e-Tunai Rakyat bermatlamat untuk:

  1. Menggalakkan transaksi tanpa tunai (cashless) dalam kalangan rakyat Malaysia
  2. Mempercepat penggunaan eWallet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna serta peniaga Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit

Maklumat Lanjut e-Tunai Rakyat

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari laman web eWallet yang terlibat iaitu:

Semoga perkongsian e-Tunai Rakyat 2020 Cara Daftar Dan Tebus RM30 Kredit eWallet ini dapat memudahkan urusan anda. Selamat menebus dan menikmati eTunai Rakyat masing-masing bermula 15 Januari 2020 nanti.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!