Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika blogwalking aku singgah di blog MamaSyaidah yang membicarakan topik “Cara Nak Popularkan Blog” … emmm keywords POPULAR memang panaslah, sebelum ni ramai yang kata Blogger Popular tak layan Blogger newbie. 4 perkara yang ditulis oleh MamaSyaidah untuk popularkan blog iaitu blogwalking dan tinggalkan komen di shoutbox, tinggalkan komen positif di ruang komen, jadi follower dan buat entri dengan perkataan yang unik.
Tiada cacat celanya semua ke empat perkara yang ditulis oleh MamaSyaidah untuk popularkan Blog. Aku nak tambah beberapa perkara lagi untuk blogger go to next level untuk blogger yang ada visi jauh dalam dunia blogging.
1. Mempunyai lebih dari satu pada lokasi yang berbeza button atau kotak atau link untuk visitor subscribe RSS.
2. Mempunyai button TWITTER dan pujuklah seramai mungkin untuk follow anda.
3. Mempunyai Fan Page Facebook, jangan pandang rendah kemampuan Fan Page menarik trafik terutama setelah di integrate dengan TWITTER. (Cara pilih username untuk Fan Page @ Pilih Username Fan Page Facebook)
RSS, TWITTER dan Fan Page Facebook penting kerana ianya boleh membantu memaklumkan kepada semua follower setiap kali ada entri baru di blog anda. Bayangkan bila anda ada 10ribu follower dari ketiga-tiga service dan 10% akan melawat balik setiap kali anda entri baru … bayangkan lah! Yang belum subscribe dan follow blog denaihati jom lah.
[ad#Adsense234x60]
4. Follow network yang sudah mempunyai pengikut yang ramai contohnya Music Monday atau ada banyak lagi network diluar sana terutama di Facebook.
5. Follow Tag yang boleh beri faedah kepada blog anda seperti Tag Bahasa Jiwa Bangsa (bacalah banyak rasa peribadi aku ada di sini) yang pernah aku ikut.
Contest, Network dan Tag mempunyai kesan viral yang sangat berkesan seperti projek “5 Blog paling kerap dilawati“. Kesan viral akan nampak kesannya dalam jangka masa panjang.
Cukuplah 5 dahulu mengikut pengalaman sendiri, ada banyak lagi cara nak popularkan blog terutama teknik SEO, Blog Speed, Bounce Rate dan sebagainya. Insyallah next entri. Kepada teman blogger yang ada tips unik sila kongsikan supaya menjadi panduan kepada semua blogger baru dan lama. Ingat tiada jalan pendek untuk sukses begitu juga menguruskan blog.
Denaihati terus berubah mengikut masa :
[ad#nuffnang336]
145 Comments
nice tips..
Curahan rasa Ten @ ..10 Tips On How To Make Your Computer Run Faster
Salam. Memang perkembangan kaedah adalah perlu bersesuaian dengan masa, jika dulu guna email untuk war-warkan mengenai entri blog, tetapi sekarang dah ada macam2 platform.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..10 Petua Untuk Berjimat Di Pasar Ramadhan
Menarik + bagus + berkesan = senang paham.. 😀
Curahan rasa lAl @ ..Manipulasi Graduan.
Berinformasi + Bermanfaat = Denaihati Terbaik 🙂
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Insentif Tunai dan Rewards dari Blogger Otai
gembira sikit sekarang blog sudah lebih ramai sikit dengan menerapkan tips diatas
Curahan rasa munir ardi @ ..Google finally unveiled Google plus / Google+
Aku juga akan berusaha menerapkan di blog aku.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 38 Finalis Putri Indonesia 2011
Dah gradually cuba tips-tips ni, tq for sharing. Sekarang sedang sabar tunggu blog saya ‘grow’….
Curahan rasa Qaseh Gifts @ ..Ole-ole Ramadhan 2011/1423 / Treats and Gifts Ramadhan 2011/1423
time kasih atas tip tersebut. mcm mane la pula yg nk wat promosi bisnes. sy bru mula dn x dpengunjung lag huhu.sudi2la singgah easyprintings.com
Curahan rasa wan nadhirah @ ..Simili Paper
Tapi syarat nak dapat follower yang ramai pun mestilah blog mempunyai traffik yang tinggi kan,betul tak admin?
Curahan rasa PakarBuahPinggang @ ..Katakan Tidak Pada Gula Yang Membahayakan!
Boleh juga cari follower dengan follow secara manual seberapa ramai yg kita boleh insyallah trafik blog juga boleh up.
Follower saya belum seberapa dan kayaknya susah bertambah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-04-28 delicious
Saya pernah ketemu situs yang menyediakan follower secara otomatis kalau kita join tapi sekarang lupa alamatnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-05-19 delicious
twiends.com bang
Curahan rasa munir ardi @ ..Google finally unveiled Google plus / Google+
belum tahun sistem kerjanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 38 Finalis Putri Indonesia 2011
saya dalam keraguan sebenarnya, ada ke orang nak follow kalau buat fanpage? huhu…
Curahan rasa Pisyek @ ..Majalah AiyoMag terbaru telah pun diterbitkan!
Sya ada Fan Page jer, tapi bukan fan page untuk blog tu 100%. Hehe…Feedburner tu dah daftar tapi tak tahu macam mana nak pasang kat blog (yang untuk orang enter emaail tu).
Curahan rasa Sya Isya @ ..NAK KURUS INGAT JOEGRIMJOW
tak leh nak follow ke kat sini?
Curahan rasa Liza @ Adzriel AB @ ..Banyaknya jenis BINGKA
Comments are closed.