Cara Nabi SAW Menyambut Hari Raya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti semua sedang bergembira menyambut Syawal yang mulia tapi di dalam hati tetap rasa sedih kerana bulan barakah Ramadan Al Kareem meninggalkan kita. Sebelum ini Ustaz Noehas telah berkongsi ilmu amalan sunat di malam Hari Raya. Alhamdulillah banyak feedback baik diterima dari entri tersebut.

Kali ini Ustaz ingin berkongsikan ilmu yang sangat berguna iaitu cara Nabi SAW menyambut hari raya. Semuga perkongsian ilmu ini akan menjadikan kita lebih dekat dengan Rasulullah dengan mengamalkan cara hidup baginda. Di akhir zaman ini terlalu besar ganjaran kepada umat yang mengikut sunnah Nabi.

[box type=”bio”]Amalan Nabi SAW menyambut hari raya untuk kita amalkan:[/box]

1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :”Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil”.

3. Mandi sunat hari raya.

4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa’id Ibnu Jubair, berkata :”3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :”Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat”.

6. Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7. Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.

8. Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

12. Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,”Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”

Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.


Spread the love

21 Comments

  1. sayangnya raya sekarang lebih kepada adat dari syariat…Rasullullah s.a.w merayakan aidilfitri sekadarnya tapi orang mesia membazir sampai boleh buat belaanja setahun..lepas tu sambut raya sampai sebulan..the only country yang celebrate sampai sebulan…so kalau nak citer bab sunat malam raya sememangnya dah sampai ke laut pun dengan sebuk memasak dan mengemas tak abis. Bila kita tegur atau bangkang alamat lah beranak anak telinga kena sembur.
    Curahan rasa kak baery @ ..JUBAH LYCRA – AQEELA CANTIKMy Profile

  2. Alhamdulillah, rata-rata kita masyarakat Malaysia memang amalkan sebagaimana yang diutarakan di atas. Walau bagaimanapun ada jugak yang terlajak tambah dengan pergi menonton wayang, bercuti ke tempat peranginan dan berniaga sampai subuh sehingga terlepas semua itu sebab tertidur…
    Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..5 terhebat minggu ini #10My Profile

  3. terima kasih diatas peringatan, ALHAMDULILLAH, ikut apa yang dibuat Nabi kita tadi Pagi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

  4. tadi lepas masuk masjid,, lupa nak solat tahiyatul masjid,, sobsss,, pergi dengan kete,, sobss,, balik jalan sama,, cuma lepas g kubur,, balik rumah jalan berlainan,, uwaaaaa,, banyak sunnah tak buat,, gara2 lambat baca entry ni :'(
    Curahan rasa muja @ ..Selamat Hari Raya Idulfitri dari MujaMy Profile

  5. Terima kasih atas perkongsian 12 amalan hari raya menurut sunnah nabi yang sangat bermanfaat ini.

    Taqabbalallohu minna wa minkum

  6. Gema Takbir Menyapa Semesta,
    Membesarkan dan Mengagungkan Yang Maha Esa nan Maha Suci,
    Bersihkan Hati Kembali Fitri di Hari Kemenangan,
    Terkadang Mata Salah Melihat dan Mulut Salah Berucap,
    Hati kadang salah menduga serta Sikap Khilaf dalam Berprilaku,
    Bila Ada Salah Kata, Khilaf Perbuatan dan Sikap,
    Bila Ada Salah Baca dan Salah Komentar,
    Mohon Dimaafkan Lahir dan Batin,
    Selamat Merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Hari Raya Idul Fitri 1 Syawal 1434 HMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!